W: out

124 16 6
                                    

Kediaman keluarga Choi.

~ setelah tamat Majlis memperingati adiknya Beomgyu kembali berkurung dalam bilik. Membuatkan keluarga Choi risau.

Beomgyu selalu salahkan dirinya. Beomjyu takkan hilang kalau dia tak lepaskan tangan Beomjyu.

Soobin dan yeonjun bersandar pada pintu bilik Beomgyu. Mereka mengeluh. Mereka boleh dengar suara tangisan Beomgyu.

"Gyu...ini semua Salah Kau. Kau kecil lagi masa tu...semua ini Salah Aku dan soobin...kalau kami tak tinggalkan korang dalam hutan pasti Benda ni tak terjadi"pujuk yeonjun.

Yeonjun juga kesal. Dia yang beria-ria membawa adik-adiknya masuk kedalam hutan. Semua ini Salah dirinya.

Soobin memeluk bahu yeonjun. "Ini semua bukan Salah sesiapa...tuhan cuma Nak uji Kita. Aku yakin jyu masih hidup cuma dia tak tahu Cara Nak kembali kepada Kita sekeluarga"pujuk soobin.

Puan Choi dan Tuan Choi yang sedari tadi memerhatikan Anak mereka mengeluh. Sungguh mereka juga turut bersedih.

Beomgyu yang berada dalam bilik terdiam. Dia akui apa yang soobin katakan cuma dia terlalu rindukan Beomjyu.

Ketika kejadian itu mereka Baru sahaja berumur 5 tahun. Dia tak boleh bayangkan apa yang terjadi pada Beomjyu.

Mereka terlalu Muda ketika itu. Terlalu kecil dan lemah. Beomjyu sihat kah?cukup Makan?semakin cantik kah?

Persoalan itu sentiasa berlegar didalam otak Beomgyu. Yang membuatkan Beomgyu semakin tertekan apabila melihat jiyu.

Dia tak boleh bayangkan Jika adiknya juga dibuli seperti itu. Ditumbuk dan ditendang tanpa belas kasihan. Membayangkan perkara itu sahaja membuatkan dia sakit.

Beomgyu Buka pintu biliknya. Hampir sahaja soobin dan yeonjun jatuh terbaring. "Hyung...esok Kita cuti"ujar Beomgyu.

Yeonjun mengangguk setuju. Dia Akan telefon guru untuk memaklumkan nanti. "Kita keluar ya,gyu?"pujuk soobin.

Beomgyu tersenyum tipis. "Mari pergi Taman Tema"ajak Beomgyu. Laju sahaja soobin dan yeonjun mengangguk setuju.

Air mata yang bersisa ditubir mata Beomgyu dilap Oleh yeonjun. Dia hadiahkan senyuman manis pada adiknya itu.

Beomgyu membalas senyuman itu. Lega hati soobin melihat yeonjun dan Beomgyu. Dia juga Ada perkara lain Nak beritahu tapi dia batalkan.

Dia tak Nak rosakkan suasana yang jarang mereka dapat. Mereka menapak masuk kedalam bilik Beomgyu. Mereka mahu tidur bersama.

************************************
~ hueningkai memerhatikan jiyu yang sedang makan. Mereka sekarang berada disebuah kafe untuk bersarapan.

Taehyun menyonggol lengan hueningkai. Hueningkai menoleh. Taehyun menjuihkan bibirnya tanda Makan. Hueningkai mengangguk.

"Jadi nak pergi mana dulu?Masih terlalu awal Nak ke Taman Tema"soal jiyu setelah mereka siap Makan. Taehyun menongkat dagunya.

"Noona nak pergi mana?"soal Taehyun. Jiyu mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Apa Kata Kita pergi tengok wayang?"cadang hueningkai.

Taehyun mengangguk setuju. "Khaja!"ajak jiyu lalu mereka menuju ke mall berdekatan. Ticket dibeli Oleh hueningkai manakala makanan Taehyun yang beli.

Sebelum masuk kedalam pawagam mereka mengambil gambar terlebih dahulu. Memandangkan hueningkai tinggi Jadi lelaki itulah yang mengambil selfie mereka.

Sepanjang dalam pawagam,suara hueningkai lah yang paling kuat menjerit. Jiyu dan Taehyun hanya tenang. Cerita hantu ini bukanlah menakutkan sangat.

우리는 (We)Where stories live. Discover now