W: coming

90 16 0
                                    

Seoul.

~ hueningkai tersenyum kelat. Dia akhirnya tiba ke Korea. Jisung yang perasan dengan riak hueningkai terus memeluk bahu lelaki itu.

Hueningkai pandang jisung dan jisung hadiahkan senyuman manis kepada hueningkai. "Gwaenchana!"ujar jisung sebagai Kata semangat.

"Gumawo!"balas hueningkai. Dia sangat tak sangka yang dia Akan Jadi serapat ini dengan bekas pembuli nya. Semuanya sebab jiyu.

Gadis itu satukan semua orang dan mengubah seseorang Jadi insan yang lebih baik.

Renjun dapatkan jisung dan hueningkai sambil menolak beg mereka. Dia pergi ambil beg sebentar tadi.

Nak harapkan dua orang budak mentah ini sampai Bila pun mereka takkan dapat beg mereka. "Kaja!"ajak renjun.

Jisung dan hueningkai mengikut renjun. Mereka Akan kembali ke villa Aeyeon. Chenle dah sediakan Cara untuk hueningkai jumpa keluarganya semula.

Dengan menghantar hueningkai,jisung dan renjun ke Majlis yang keluarga huening buat. Majlis Hari Jadi bahiyye.

Encik park memeluk hueningkai. Hueningkai membalas pelukan itu. Sungguh encik park rindu budak itu biarpun Baru 4 Hari lelaki itu di Chicago.

Masuk sahaja mereka ke dalam kereta, hueningkai membuang pandangannya keluar tingkap. Jisung hanya memerhati hueningkai.

Dia kesiankan hueningkai tapi dia bersyukur juga yang lelaki itu bertemu jiyu. Jika tidak dia tidak dapat bayangkan hidup hueningkai.

"Kamu tinggal sini sampai Bila?"soal Encik park tapi fokusnya Masih pada pemanduan. Renjun tersenyum tipis.

"Tak lama,ahjusshi...mungkin 2 minggu sahaja"jawab renjun. Encik park mengangguk faham. "Macam mana dengan yuyu?"soal Encik park lagi.

"Noona sedang jalankan pembedahan. Kami tak Tahu apa yang Jadi sekarang...rasanya pembedahan Belum tamat sebab Johnny hyung cakap mungkin Akan ambil 18 jam untuk bedah noona"jelas jisung.

Encik park mengangguk faham. Dia berharap yang gadis itu kembali Pulih dan mencapai kebahagiaan. "Ahjummah kamu Ada masak banyak...ahjusshi harap kamu semua suka"ujar encik park.

Mereka tersenyum. "Gumawo,ahjusshi!"balas mereka. Hueningkai kembali melemparkan pandangan keluar tingkap.

'i am coming'

Bisik hati hueningkai. Dia berharap yang keluarganya Akan sedar tentang dirinya. Terutama ibu dan ayahnya. Dia mahukan orang tuanya kembali menerimanya.

Tanpa sedar hueningkai melepaskan keluhan yang kuat. Renjun sentuh bahu hueningkai. Hueningkai tersentak.

Renjun tersenyum manis. "Gwaenchana?"soalnya. Hueningkai balas senyuman renjun dan mengangguk mengiyakan.

"Nan gwaenchana"sahutnya. Renjun ragu-ragu dengan jawapan hueningkai tapi dia tetap mengangguk.

****************************************************************************
Chicago.

~ chenle yang tertidur di kerusi menunggu membuatkan jaemin risau. Sudah 12 jam berlalu dan jiyu Masih belum keluar Dari bilik bedah.

Pipi chenle ditepuk pelan oleh jaemin. Jeno Pula hanya memerhati tindak tanduk jaemin.

Chenle gosok matanya. Dia sekarang berada dalam keadaan mamai. "Jiyu dah keluar?"soal chenle dengan suara yang serak akibat Baru bangun.

우리는 (We)Where stories live. Discover now