W: regret

102 15 0
                                    

Treasure Villa.

~ tangan hyunsuk hampir mencapai wine yang Ada dirak dapur tapi wine tersebut di rampas seseorang. Hyunsuk menoleh.

"Jihoon..."ujar hyunsuk. Jihoon gelengkan kepala. "Kau patut jaga kesihatan Kau.. bila-bila masa badan kau boleh Jadi lemah balik!"nasihat jihoon.

Hyunsuk mengangguk. Jihoon Buang wine tadi kedalam Tong sampah. Dia risau Jika hyunsuk juga jatuh sakit seperti adiknya,jiyu.

"Jadi...danhee macam mana?"soal jihoon. Hyunsuk tersenyum sinis. "Budak tu bakal meringkuk dalam penjara. Kalau dia Minta maaf Dari awal semua ini takkan berlaku"balas hyunsuk.

Jihoon mengangguk faham. "Adik Aku pun menyesal. Banyak Kali dia merayu dengan Aku supaya dia dapat jumpa jiyu"ujar jihoon.

"Adik Kau...hurmm,jangan bagi dia jumpa jiyu. Aku takut adik Aku Makin lemah. Cukup dia pengsan dekat Balai semalam"Kata hyunsuk.

Jihoon mengangguk faham. "Hai,bro!bincang apa?"sapa seseorang. Mereka menoleh. Hyunsuk tersenyum pandang orang itu.

"Kau tak sekolah?"soal jihoon. Orang itu mencebik. "Hyung,Kau boleh sabar tak?awal Masih lah lagipun mana Ada buat apa-apa pun dekat sekolah"rungut orang itu.

Jihoon gulingkan matanya. Menyampah dengan orang dihadapannya yang banyak alasan. "Jadi Kau dah mula lancarkan serangan dekat keluarga Choi?"soal hyunsuk.

Orang itu ketawa. "Hyung...video yang Kau bagi tu Aku dah hantar..Kita kena slow-slow hyung...Baru menarik"balas orang itu.

Jihoon buat muka. "Ikut kau lah. Yang penting keluarga Choi perlu sedar silap mereka"ujar hyunsuk. Orang itu tersenyum.

"Jangan risau..Kau tahukan Aku sangat mahir dalam bidang ni"Kata orang itu. Hyunsuk mengangguk. Dia bangun Dari duduk.

"Perhatikan Beomgyu...Aku tak nak dia stress sangat. Kalau boleh Kau lindungi dia. Kau tahukan keluarga Oh Ada dekat Sana"arah hyunsuk.

Orang itu membuat simbol ok menggunakan jarinya. Hyunsuk tersenyum. "Kau pun hati-hati!"pesan hyunsuk lalu Naik keatas.

Orang itu buat muka terharu. Hyunsuk sayangkan dia. Orang itu pandang muka jihoon. "Apa?"soalnya apabila jihoon pandang dia macam Nak Makan.

"Pergi sekolah!"arah jihoon. Orang itu mencebik. "Asahi tak sekolah hyung tak marah!"rungut orang itu. Dia bangun Dari duduk.

Takut pula dia tengok jihoon yang Ada tanda-tanda Nak Naik angin. Kasut sekolah di pakai sebelum melangkah keluar Dari rumah.

Dia tersenyum. Oh Semi,gadis itu dari keluarga oh. Musuh tradisi keluarga Choi sebenarnya. Misinya adalah buat keluarga Choi sedar kesilapan mereka dan pertahankan keluarga itu yang bakal dihancurkan Oleh keluarga oh.

Hyunsuk memang berdendam dengan keluarga Choi tapi hyunsuk tak sampai hati untuk tengok keluarganya sendiri hancur kerana keluarga oh.

Kematian soowin bukanlah disebabkan lemah jantung sepenuhnya. Sepatutnya soowin selamat biarpun Ada lemah jantung.

Kematian sebenar soowin adalah kerana keluarga oh. Keluarga itu bertindak merasuah doktor untuk ambil hati soowin buat Anak lelaki mereka. Oh Seomin.

****************************************************************************
Hanlim Art Highschool.

~ soobin nampak muram. Begitu juga Beomgyu. Keluarga mereka semua muram sebaik sahaja pulang Dari Balai polis semalam.

Beomgyu duduk termenung dalam kelas. Semi tersenyum. Dia bergerak mendekati Beomgyu. "Hi,gyu!"sapa semi lalu duduk sebelah Beomgyu.

우리는 (We)Where stories live. Discover now