W:sequel story (우리는 함께해 가족이야)

130 19 7
                                    

Whatever the outcome...we always will be together as family.

Moto itu tergantung di ruang tamu rumah mereka. Bunyi kanak-kanak ketawa riang memeriahkan suasana. "Kang Tae oh!"jerit semi,ibu kepada Tae oh.

Siapa sangka yang semi tidak lagi berdendam dengan keluarga Choi malah semi sangat cintakan Taehyun. Mereka sudah berkahwin 7 tahun lepas dan di kurniakan Kang Tae oh,Anak lelaki mereka.

Jiyu ketawa melihat Anak beranak itu berlari berkejaran. Comel sahaja pada pandangan matanya. "Mama?"seru seseorang.

Jiyu menoleh. Dia tersenyum kearah Anak lelakinya. "Oh,yuchen!"balas jiyu lalu memeluk anaknya. Yuchen tersenyum.

Dia duduk di sebelah ibunya. Yuchen adalah Anak lelaki chenle dan jiyu. Adik kepada Zhong Xiele dan abang kepada Zhong chenji.

Sekarang dia berada di Korea untuk bersama ahli keluarganya. Xiele dan chenle tak dapat hadir kerana chenle sibuk dengan kerja.

Manakala Xiele ada peperiksaan penting. Xiele,Anak lelaki sulungnya itu sudah berusia 12 tahun dan Ada peperiksaan sekolah menengah.

Sudah 14 tahun berlalu sejak dia sedar Dari Koma yang lama. Mereka Kini sudah bahagia bersama. Moto yang Ada dalam rumah ini adalah Moto yang Taehyun tulis.

Choi yubin berlari dapatkan Tae oh. Dia membantu semi untuk menangkap Tae oh. Choi yubin, satu-satu nya Anak soobin dan Yumi.

Yeonjun dan Yeonni yang Baru pulang Dari kerja di sambut mesra Oleh Anak mereka iaitu Choi Yeonji dan Choi Ijun.

Jiyu tersenyum gembira. Melihat keluarganya bahagia buatkan dia juga bahagia. "Seronok nampak?"tegur hyunsuk.

Jiyu memandang hyunsuk. Dia lentokkan kepala pada bahu abang sulungnya itu. "Danghyunhaji!"balasnya.

"Syukurlah..."ujar hyunsuk. "Seoyeon eonni mana?"soal jiyu. Pelik apabila isteri lelaki itu tiada di ruang tamu. "Ada dalam bilik"balas hyunsuk.

Jiyu mengangguk faham. Seoyeon pasti penat melayan 4 orang anaknya yang boleh dikatakan sangat hyper aktif. Kalau dia yang jaga dia pun penat.

"I am home!"jerit Beomgyu dan serentak itu. Beomin dan jingyu berlari dapatkan bapa mereka itu. Beomgyu memeluk anak-anaknya.

"Omma mana sayang?"Tanya Beomgyu. "Omma tengah tidur appa...omma penat. Lagipun tadi kami main dengan jiyu imo"jawab jingyu.

Beomgyu mengangguk. Dia terus memandang jiyu dan menghadiahkan senyuman kepada abang dan kembarnya itu.

Tak lama kemudian muncul Taehyun dan hueningkai. Taehyun Baru pulang Dari kerja. Hueningkai Pula datang bersama Anak dan isterinya.

Elliesh Hana Huening. Comel sahaja Anak perempuan hueningkai yang Baru berusia 3 tahun itu. Isteri hueningkai iaitu Hellen Pula cantik orangnya.

"Selamat pulang,Tae!"sapa semi lalu mendekati Taehyun. Taehyun terus mencium dahi isterinya. Tae oh terus memeluk kaki papanya.

"Appa!"sapa Tae oh yang berusia 6 tahun itu. Taehyun terus mengangkat Tae oh. "Hai sayang!seronok tak Hari ni?"soal Taehyun.

Tae oh mengangguk mengiyakan. "Seronok!dapatkan kenakan mama dan appa chenji cantiklah!"balas Tae oh.

Taehyun ketawa kecil. Dia mencuit hidung anaknya itu. Semi Pula mencebik kerana Anak lelakinya itu suka mengenakan dirinya.

"Nakal kamu ni!kalau kamu suka chenji...kamu kena Jadi budak baik!uncle chenle kamu tak Nak chenji kahwin dengan budak nakal!"usik Taehyun.

Mata Tae oh membesar. "jjincha?kalau Tae Jadi budak baik Jadi Tae boleh kahwin dengan chenji!"ujar Tae oh dengan teruja.

Jiyu yang mendengar perbualan antara Anak dan ayah itu terus ketawa. Ada-ada Saja. Apalah yang Tae oh suka sangat dengan Anak bongsunya itu.

우리는 (We)Where stories live. Discover now