W: Kim danhee

99 14 0
                                    

Balai polis Seoul.

~ danhee pandang pegawai polis dihadapannya. Dia tersenyum tipis. Sekarang dia berada dalam bilik soal siasat. Ada cermin hitam.

Yang pasti, disebalik cermin hitam itu Ada orang yang memerhatikannya. Keluarga Choi dan beberapa lagi pegawai polis.

"Kim danhee, awak ditahan kerana memanipulasi dan membunuh. Biarpun umur awak Muda tapi awak tetap akan terima hukuman kerana keluarga Zhong saman awak dengan cubaan membunuh Choi Jiyu,Dari keluarga Aeyeon"pegawai polis itu membaca kesalahan danhee.

Danhee diam. "Boleh awak jelaskan macam mana awak bunuh Choi Beomjyu?"soal pegawai polis itu. Danhee tersenyum.

Masih Segar dalam ingatannya tentang Choi Beomjyu. Danhee pandang pegawai polis itu. "Keadaan dia dah memang teruk masa tu..."ujar danhee.

Dahi keluarga Choi berkerut. Keadaan Beomjyu dah memang teruk?apa maksud danhee. Danhee pandang cermin hitam itu sebentar.

"Aku cuma tolong dia capai ketenangan"tambah danhee sinis. Beomgyu kepalkan penumbuknya. Dahi pegawai polis itu berkerut.

"Boleh ceritakan lebih mendalam?kenapa awak bunuh dia dan apa motif awak?kenapa awak cuba bunuh Choi Jiyu?"soal pegawai polis itu.

Danhee terdiam. Dia bermain dengan ibu jarinya. Choi Beomjyu. Gadis kecil itu sangat baik tetapi sayang dirinya mudah tipu. Danhee mula ceritakan segala-galanya.

Ketika itu danhee,berumur 5 tahun. Dia membesar dirumah Anak yatim. Hidupnya susah dan dia cemburu dengan Anak orang Kaya.

Dia ingin bersiar-siar dihutan kerana hutan Busan itu adalah tempat dia selalu melepak kalau ingin bersendirian.

"Chogiyeo!"sapa seseorang. Danhee tersentak. Dahinya berkerut. Ada seorang budak perempuan berdiri di hadapannya sambil memeluk beg kecil.

"Nugu?!"soal danhee dengan sedikit takut. "Jangan takut!"ujar budak perempuan itu. Danhee mengundur ke belakang.

"Kau siapa?kenapa keadaan Kau macam ni?!"soal danhee sedikit kuat. Danhee takut dengan budak perempuan itu.

Tubuh budak perempuan itu penuh dengan luka. Terutama kepala budak itu. Darah juga sudah mulai mengering.

Budak itu tersengih. "Saya...Saya tak ingat"balas budak itu. Danhee terdiam. Budak itu keluarkan buku Dari dalam begnya.

"Ini mungkin dapat membantu...Saya tak ingat macam mana Nak membaca"ujar budak itu sambil menghulurkan buku tersebut.

Danhee mengambil buku itu. Dia membuka helaian pertama buku itu.

Choi Beomjyu (13 March 2001)

Dahi danhee berkerut. Dia Buka Pula helaian seterusnya. Ada satu gambar keluarga yang berkonsepkan elegen. Danhee ketap bibirnya.

Omma,appa, yeonjunie oppa,soobinie oppa dan kesayangan Beomjyu,Beomgyu.

우리는 (We)Where stories live. Discover now