PROLOG

1.3K 225 184
                                    

"Awak tahu tak apa yang awak buat ni salah? Awak tak takut dosa ke?"

Dapat aku dengar tengkingan seorang wanita dari bilik stor yang berada di hujung jalan itu.

"Awak boleh tak jangan sibuk urusan saya. Rimaslah!"

Nampaknya ini adalah pergaduhan diantara dua jantina. Nak masuk campur ke tidak? Aku sudah mula runsing.

"Saya akan lapor awak pada pihak polis." Perempuan itu membalas dengan nada yang sebak.

Apa sebenarnya yang berlaku ni sampai nak kena lapor polis. Argh! Aku tak boleh, curious sangat ni. Baik aku jenguk sikit sebab aku tahu readers pun tengah curious macam aku. Aku pun pergi lebih dekat dan mengintip dari tingkap bilik stor itu.

Dapat ku lihat seorang wanita yang bertudung litup berdiri dihadapan seorang lelaki dan seorang lagi lelaki sedang duduk di atas kotak.

Alangkah terkejutnya aku melihat pek serbuk putih yang berada di tangan lelaki yang duduk itu. Aku yakin yang itu adalah dadah. Kalau tak, tak akanlah bedak. Bukannya dia orang nak buat skincare routine malam-malam begini, di bilik stor pula tu.

"Awak janganlah macam ni, awak dah tak sayang saya ke?" rayu lelaki itu.

"Kita bunuh je lah perempuan ni kan senang? Tak payah nak pujuk rayu bagai. Kau ingat dia nak dengar ke?" Lelaki yang sedari tadi diam menjadi penonton drama sebabak di hadapannya itu melontarkan idea bodohnya dengan selamba badak.

Belum habis sisa terkejutku akibat melihat pek dadah tadi, ditambah lagi kejutan apabila lelaki itu berniat ingin membunuh wanita itu. Sedangkan aku yang jantan ni pun dah gelabah, apa lagi gadis itu. Dia pasti dalam ketakutan yang amat sekarang ini.

"Kau hilang akal ke apa? Kau tahu tak siapa yang kau nak bunuh ni. Ni girlfriend aku lah bodoh!" Marah lelaki yang berada di hadapan wanita itu.

Aku hanya diam menjadi pemerhati sementara otak ku ligat berfikir apa yang harus aku lakukan. Nanti karang kalau aku masuk dengan aku-aku sekali kena tikam tapi kalau aku tak masuk nanti readers ingat aku ni pengecut pulak.

"Girlfriend tak girlfriend, yang aku tahu, aku tak nak masuk penjara disebabkan perempuan jahanam ni!" tengking lelaki itu sambil menuding jari ke arah wanita itu. Tersentak dia apabila ditengking sebegitu rupa.

"Tak guna!"

Lelaki yang kononnya teman lelaki si gadis mengangkat buku limanya dan dihayunkan menuju ke muka rakannya. Belum sempat tumbukan itu sampai, satu tikaman hinggap dahulu di perut si boyfriend.

"Sham!" jerit wanita itu. Air matanya jatuh berguguran. Sungguh sakit apabila orang yang kita cinta menipu kita, tapi lebih sakit lagi jika orang yang kita cinta ditikam sebegitu dihadapan mata kita.

Aku tanpa berfikir panjang lagi terus berlari masuk ke dalam stor tersebut lalu pantas menarik pergelangan tangan wanita itu ingin membawanya keluar dari kekalutan itu. Tak apa pun kalau sekali-sekali jadi Hero kan? Jangan nyawa aku ikut melayang, sudah. Tapi yang peliknya, dari mana pulak Mamat tu dapat pisau? Tak kan lah nak buka pek dadah tu pakai pisau kot. Penat-penat je kilang-kilang kat dunia ni hasilkan gunting.

"Woi!" jerit lelaki yang baru sahaja menikam si Sham tadi. Dia perasan yang aku telah membawa wanita itu lari bersamaku.

Dalam kami lari ingin menyelamatkan diri, tiba-tiba gadis di sebelahku ini tersungkur menunduk meraung macam lirik lagu Luluh Khai Bahar tu. Ya Allah, terlalu tak tepat timing kau untuk luluh kat sini Cik Adik.

Aku membantunya bangun. Lelaki tadi sudah menghampiri kami dengan pisau yang masih bersisa darah. Dia menghayunkan pisau itu ke arahku namun aku lebih pantas menepis dengan tendangan. Pisau itu terlepas dari genggamannya dan terjatuh ke atas lantai.

Satu tumbukan padu aku lepaskan ke mukanya yang tak seberapa kacak itu. Darah mengalir keluar dari mulutnya. Belum sempat aku melepaskan tumbukan kedua. Terasa perutku ditendang kuat oleh lelaki tak siuman itu. Badanku terhempas ke dinding. Dia bangun lalu memegang kolar bajuku kasar sebelum tumbukannya melayang di mukaku. Habis muka kacak yang aku jaga selama ini.

Perempuan tadi hanya menyaksikan pergaduhan kami sambil menangis teresak-esak. Apa dia buat kat sini lagi? Tolonglah aku. Kalau tak boleh nak tolong baik lari sekarang.

"Lari!" jeritku pada perempuan itu.

Sebaik sahaja dia mendengar arahanku, dia bangun untuk lari tetapi, lelaki tadi memungut pisaunya yang berada di lantai dan berlari mengejar wanita itu. Khudratku sudah lemah akibat tumbukan tanpa henti olehnya tadi. Aku cuba berjalan untuk membubuti langkah mereka dengan langkahku yang longlai-longlai.

Disebabkan dia lebih laju daripada wanita itu. Dia memusingkan badan si wanita dengan kasar lalu menikam perutnya seperti mana yang dilakukannya kepada sahabatnya tadi.

Dia cuba mencabut pisau dari perut wanita itu. Aku yakin aku adalah mangsa yang seterusnya. Apalah nasib kau Kyle. Kau datang bangunan ni malam-malam sebab nak hantar fail je. Macam mana boleh terjerumus dalam aksi thriller ni.

Aku tanpa membuang masa terus berlalu menuju ke tangga ingin lari dari situ. Namun, niatku tidak kesampaian. Aku ditolak kuat dari belakang. Aku jatuh berguling dari atas tangga hingga penghujung tangga tersebut. Kepalaku berlumuran dengan cecair merah. Duniaku mula gelap. Mataku berat dan akhirnya aku tidak sedarkan diri sehingga sekarang. Niatku yang tadi mahu menyelamatkan wanita itu hanya sia-sia.

🎀🎀🎀

Jangan lupa vote and komen ye. Btw nak review pendek boleh? Sorrylah kalau boring. Lobe u guys! Muah!♡

 Lobe u guys! Muah!♡

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.
HANTU PALING HANDSOMEHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin