BAB 2

821 195 198
                                    

"Waalaikumussalam..." Salam ku dijawab.

Aku menoleh ke belakang dan ketawaku meletus.

"Aku beri salam bukan untuk koranglah!" Aku kuatkan sedikit suaraku agar mereka bertiga dapat mendengarku.

Ya, bukan hantu atau hero yang jawab salam. Budak tiga orang dekat luar tu yang jawab salam aku tadi.

Suasana menjadi seram semula. Bak kata Spider Man 'My spider sense is tingling'. Sekarang ni, aku rasa My hantu sense is tingling. Hati aku rasa tak sedap. Semua bulu badanku aku rasa sudah berdiri tegak.

Tiba-tiba hoodku terbuka. Aku yakin ini kerja hantu tu. Kalau nak kata angin yang buat, sangatlah mustahil sebab hood aku ni kalau menghadap puting beliung pun tak akan terbuka punya melainkan ada orang tarik. Tak pun, hantu yang tarik.

Sebiji bola yang sudah kempis jatuh dari rak. Aku pergi ke situ dan tunduk untuk mengutip bola tersebut. Tanpa dijangka, hoodku tersarung semula di kepalaku. Aku berpaling ke belakang dengan pantas kerana aku yakin ada makhluk yang berdiri di belakang.

Handsome! Ya, itulah tanggapan pertamaku apabila melihat mata hitam pekat dan alis kening tebal miliknya. Turun ke hidung mancungnya sehingga ke bibir merahnya yang asli. Kulitnya juga cerah dan bersih tanpa ada sebarang jerawat pun. Rambut hitamnya yang digayakan messy hairstyle itu sangat sesuai dengan muka kacaknya. Aduh, kenapa handsome sangat ni! Wahai Cik Jantung, pleaselah pam darah elok-elok. Nanti kang dia dengar bunyi degupan jantung aku yang dah tak tentu arah ni.

Dia memandang aku dengan senyuman manis yang mampu mengheret mana-mana wanita ke Hospital Sakit Jiwa. Aku terpegun seketika. 1... 2... 3... Alhamdulillah, aku masih waras.

Oleh kerana aku tidak mahu dia tahu yang aku aku boleh melihatnya, aku membuat riak kehairanan dan memandang ke tempat lain seolah-olah masih mencari siapa yang menyarungkan hoodku tadi.

Senyuman pencairya tadi sudah hilang. Kini, mukanya menayangkan riak sebal.

"Aku tahu kau boleh nampak aku. Tak payah berlakonlah, kau ingat hebat sangat ke lakonan kau tu. Jangan risau, aku tak kan makan kau. Aku dah makan tadi. Makan nasi dan sambal udang petai Mak Cik Leha tu. Pergh... Meleleh air liur tokk!"

What? Ni hantu ke atau baru terlepas dari rumah sakit jiwa. Walaupun, aku terkejut dengan tindakannya tadi. Aku masih lagi meneruskan lakonanku. Walaupun aku dah tenung dia lama sampai nak terleleh air liur tadi aku tetap buat tak tahu akan kehadiran dia.

"Hoi, hoi, hoi!" Dia cuba menarik perhatianku dengan memetik-metikkan jarinya di hadapan mukaku. Aku masih lagi buat-buat bodoh.

"Dah-dahlah tu berlakon. Mira Filzah pun boleh nangis tau tak tengok lakonan kau ni?"

Okay, aku give up.

Aku melepaskan keluhan yang berat.

"Apa kau nak, ha?" Nada suaraku naik senokta.

Tiga manusia yang berada di luar itu sudah dalam ketakutan. Mereka tahu yang sekarang Hana sedang berurusan dengan hantu yang menggangu mereka kelmarin.

"Amboi, Cik Adik. Garang-garang nak pergi mana ni?" guraunya.

"Kenapa kau kacau orang kelmarin?" tanyaku dengan riak wajah tanpa perasaan.

"Aku tak kacau diorang pun. Diorang yang kacau rumah aku." jelasnya.

Aku tersenyum sinis. Hantu low class rupanya.

"Pakai baju mengalahkan instafamous tapi tinggal kat bilik sempit yang penuh dengan sarang labah-labah. Hei, ukur baju di badan sendiri lah kawan," sindirku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 10, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HANTU PALING HANDSOMEWhere stories live. Discover now