BAB 1

856 194 177
                                    

Seperti hari-hari biasa yang lain, aku bersiap untuk pergi ke kelas. Sedang aku sibuk menyikat rambut hitamku, terasa seperti aku diperhati oleh seseorang. Aku menoleh ke jendela. Sepasang mata bengkak yang sudah kemerah-merahan sedang memerhati aku.

"Kau ni tak ada kerja lain kan? Hidup ke, mati ke. Masih juga nak skodeng anak dara orang. Padanlah mata kau bengkak macam kena sengat tebuan!" marahku dengan suara yang sedikit tegas.

Hantu itu hanya tersengih seperti kerang busuk lalu menghilang begitu saja. Potong mood betullah hantu gatal ni.

Aku bukan hantu ya teman-teman. Tak semestinya aku boleh nampak hantu aku ni hantu. Aku manusia tapi bukan manusia biasa. Aku mempunyai keistimewaan yang hanya sesetengah manusia di muka bumi ni ada. Aku mampu lihat makhluk halus macam hantu gatal tu tadi. Yes, itu dipanggil indera ke-6.

Takut? Pfft, aku dah biasa dari kecil lagi tapi yang sedihnya bila orang di sekeliling aku gelar aku sebagai perempuan gila. Aku tak marahkan dia orang sebab aku rasa kalau aku kat tempat dia orang pun, aku akan gelar diri aku sendiri gila. Yalah, kadang orang nampak aku bercakap sendiri tapi sebenarnya aku tengah bercakap dengan hantu. Tak apa lah. Dah takdir aku macam ni, nak buat macam manakan? Redha je lah.

.....

Dalam perjalananku ke dewan kuliah, ada sekumpulan budak perempuan bersama teman-teman lelaki mereka. Tak lain tak bukan, kalau dah pakaian ala-ala artis kpop ni mestilah Group Queenys tu. Siapalah yang tak kenal mereka? Anak-anak bangsawan ada, jutawan ada, yang penting parents dia orang mesti ada 'wan' punya.

Mereka semua hanya memandang aku yang berhoodie hitam ini dengan pandangan sinis. Dah kenapa nak senyum macam tu kat orang? Aku apa lagi, aku balas kembali pandangan mereka dengan senyuman yang lebih sinis. Kalau nak couple pun, couplelah dengan manusia. Dia orang fikir kalau dia orang couple dengan hantu boleh sampai ke jannah ke?

Pandai pula hantu-hantu lelaki itu menyamar sebagai manusia. Ini mesti kes mati waktu muda ni. Handsome-handsome pula tu. Astaghfirullahhalazim... Mengucap Hana, mengucap. Tak kan lah dengan hantu pun nak sangkut.

"Hana Laurah!"

Aku menoleh ke belakang apabila suara seorang wanita menyeru namaku. Yalah, siapa lagi ada nama yang indah itu selain daripada aku di sini? Okey, stop angkat bakul. Dia berjalan menuju ke arah ku.

"Kau ni Hana Laurah kan?" soal gadis itu.

"Ya, aku Hana Laurah. Kenapa ya?"

Setahu aku, perempuan ini tiada dalam senarai kenalan aku. Aku tak tahu pun usal-usul dia, macam mana dia boleh kenal nama aku?

"Aku dengar kau boleh nampak hantu. Betul ke?" tanyanya lagi dengan nada yang sedikit perlahan.

Boleh tahan famous jugak aku ni ya. Rasa-rasanya, kalau aku buat akaun Instagram, ramai tak followers? Yalah, aku ni pun boleh tahan lawa jugak. Kalau tak disebabkan mata aku yang boleh nampak hantu ni, mahu berbaris lelaki nak jadi boyfriend aku. Malangnya, manusia jantan kat kampus aku ni semua penakut plus pengecut. Maklumlah, kat kampus ni banyak dah kejadian-kejadian ghaib berlaku. Nak tambah haru, ramai pulak tu orang yang mati kat kampus ni. Ada yang mati kemalangan, mati bunuh diri dan mati dibunuh pun ada.

"Hello... Hana?"

Gadis itu melambai-lambaikan tangannya di hadapan mukaku. Mungkin perasan yang aku tidak focus dengan apa yang dia katakan.

"Ha? Apa kau cakap tadi?"

"Aku tanya kau tadi. Betul ke kau boleh nampak makhluk halus?"

"Ya... Betullah tu. Tu ada satu kat belakang kau." Sengaja aku berkata begitu ingin mengenakannya.

HANTU PALING HANDSOMEWhere stories live. Discover now