Bab 15

847 61 0
                                    

Nellysa POV

Hari ini adalah Ujian 1. Aku dah prepare everything before exam. So harini tinggal baca apa yang patut dan ready untuk jawab exam. Aku dah bersiap-siap untuk pergi sekolah. Lepastu aku teringatkan Nazeef. Dia ni dah bangun ke belum? Baik aku pergi tengok. Aku pergi ke biliknya. Sebelum masuk ke dalam biliknya , aku mengetuk pintu terlebih dahulu.
"Azeef. Aku nak masuk ni. Kau dah bangun ke belum? " Tanya aku dari luar.
"Aku dah bangun. Masuk je la. " Sahut Nazeef dari dalam. Aku masuk ke dalam biliknya. Masuk je bilik tu aku terkejut beruk.
"Ya Allah bilik kau Zeef. Dah macam tongkang pecah. Ya Rabbi. " Kata aku. Dengan bajunya bertimbun dalam bakul , selimut tak lipat betul-betul. Apa nak jadi dengan dia ni.
"Alaaa. Tak sempat nak kemas tho. Aku tidur pukul 3 pagi. Study punya pasal. " Balas Nazeef kepada aku.
"Hm alasan. Kalau dah malas tu memang malas la kan. " Kata aku kepada Nazeef.
"Bukan alasan. Tu memang betul. " Balas Nazeef.
"Pape je la. Dah kau pergi turun dulu. " Kata aku. Dia keluar dari bilik tanpa cakap apa-apa.
"Haih macam mana la kalau dia dah kahwin nanti. Tak faham betul aku dengan dia ni. " Bebel aku seorang diri sambil mengemas biliknya. Nasib baik baru pukul 5.30 pagi. Lepas dah siap kemas bilik Nazeef , aku turun ke bawah untuk breakfast.
"Lambat turun? " Tanya along kepada aku.
"Kemas bilik si Azeef tu la. Bersepah sangat. Sakit mata tengok. " Jawab aku.
"Dia tu memang. Tak reti kemas bilik. Bila korang pergi sekolah , Mak Yam la yang tolong kemaskan bilik dia. Pemalas budak tu. " Kata along.
"Eh along ni kan. Cakap macam tu macam Azeef ni tak ada dekat sini je eh. " Selit Nazeef. Eleh sentap la tu.
"Nasib Mak Yam yang kemas. Kalau ibu mau balik nanti kena piat telinga dengan ibu. " Kata ibu yang baru keluar dari dapur. Setepek kena dengan ibu.
"Ibuuuu! " Rungut Nazeef. Eyy mengada.
Selepas solat subuh berjemaah , kami membaca quran.
"Sadaqallahul'azim. " Kami dah habis baca quran dan berehat sekejap.
"Hari ni kamu berdua exam kan? " Tanya abah kepada kami berdua. Kami pun mengangguk.
"Ye abah. Kenapa? " Balas Nazeef.
"Ha jawab exam tu elok-elok. Sebelum jawab tu baca doa ni. Ikut abah. 'Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa' maksudnya persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu. Dan kalau lupa pulak baca 'Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirni ma nasiit' sebanyak 3 kali. Insyaallah ingat apa yang kita baca atau belajar. " Pesan abah kepada kami. Kami mengangguk tanda faham.
"Baik abah. Doakan kitaorang tau. Sebab cikgu kata lepas exam ni kitaorang ada pertukaran kelas. " Kata aku kepada abah.
"Kami selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu abah. " Balas ibu kepada kami semua.
"Icha. Pergi siap. Dah pukul 6.30 ni. " Kata along kepada aku. Aku mengangguk dan naik ke atas. Nazeef tu memang dah siap. Aku je masih pakai t-shirt. Masuk bilik , aku terus menyarungkan uniform sekolahku. After that , aku mengikat rambut aku gaya 'messy bun'. Dah wangi-wangi , aku pakai beg , jam , stokin apa semua dan aku terus turun ke bawah.
"Okay dah jom. Bye ibu abah. Icha pergi dulu. " Kata aku kepada ibu abah dan menyalam tangan mereka.
"Elok-elok na jawab periksa tu. " Kata ibu kepada aku. Ibu sempat mencium pipi serta dahiku. Aku mengangguk. Kami masuk ke dalam kereta BMW milik along.

Skip

Kami dah sampai sekolah. Disebabkan awal lagi , kami sempat la study apa yang patut. Selepas itu kami masuk ke dalam kelas dan peperiksaan pun bermula.

TBC

Crushku Pengawas Handsome (Complete)Where stories live. Discover now