Bab 24

695 59 4
                                    

Nellysa POV

Sepanjang hari ni , aku rasa tak sedap hati.
"Kenapa aku rasa macam ada something bakal jadi eh? " Kata aku seorang diri. Sebab semua benda yang aku buat semua tak betul. Aku membuang perasaan itu jauh-jauh dan masuk ke dalam bilik air. Selepas aku keluar dari bilik air , ada missed call dari Harraz. Aku try call Harraz semula mana tahu ada benda penting. Talian aku disambungkan.
"Assalamualaikum? Harraz? Apasal call aku?  "
"Hello. Ni Nellysa Aisyah ke? "
"Err ye saya. Siapa ni? " Aku dah rasa tak sedap hati.
"Saya kawan Harraz , Luqman. "
"Ouh Luqman. Kenapa call saya? " Aku dengar dia menghela nafas di hujung talian.
"Harraz. "
"Kenapa dengan Harraz? " Ya Allah kenapa aku rasa tak sedap hati ni. Kau lindungilah sahabat aku Ya Allah.
"D-dia. Dia accident. " Gugur jantung aku bila dengar dia cakap Harraz accident.
"Ya Allah! Bila accident? "
"Lepas balik dari kedai. Dekat kawasan rumah dia. "
"Sekarang dia dekat mana? "
"Hospital Columbia Asia. "
"Okay. Terima kasih. " Kata aku.
"Sama-sama. Oh ye by the way , boleh tak awak tengok-tengokkan dia? Saya tak dapat nak teman dia lama-lama. "
"Okay boleh je. "
"Terima kasih ye? "
"Sama-sama. " Aku menamatkan panggilan. Ya Allah patut aku tak sedap hati dari tadi. Aku terus mengambil kunci kereta dan turun ke bawah. Sampai di ruang tamu , Along menegur aku.
"Hang pi mana? " Tanya Along.
"Icha nak keluar sat. " Jawab aku dan terus berjalan ke pintu rumah.
"Awat macam kalut ja hang ni? " Tanya Along.
"Err- Harraz masuk hospital. " Jawab aku. Along terkejut. Tiba-tiba ibu menyelit.
"Ya Allah macam mana boleh accident? " Selit Ibu. Aku menggeleng.
"Icha tak tahu ibu. Okay la Icha pi dulu na. Bye assalamualaikum. " Kata aku dan mengalami tangan ibu dan Along.
"Ye la. Elok-elok nak bawak kereta tu. Jangan kalut sangat. " Pesan ibum aku hanya mengangguk lalu berjalan ke kereta.
"Bye. " Kata aku. Kereta Myvi milik aku memecut laju menuju ke hospital.

Skip

Harraz POV

Aku baru tersedar dari pengsan dan aku perasan yang kaki aku berbalut.
"Awak dah sedar Harraz? " Tanya seorang doktor. Aku hanya mengangguk. Dia tersenyum.
"Saya doktor Shah. Saya nak beritahu awak yang buku lali awak hancur. " Kata doktor Shah. Aku terkejut.
"Dan kaki awak akan dimasukkan besi di bahagian tulang betis awak patah. " Jelas doktor Shah. Aku hanya mengangguk.
"Itu sahaja yang saya hendak beritahu. " Kata doktor Shah.
"Terima kasih doc. " Ucap aku dengan senyuman kecil. Dia mengangguk lalu tersenyum.
"Sama-sama. Selamat berehat. Saya keluar dulu. " Balas doktor Shah dan keluar dari wad yang aku duduki. Ya Allah beratnya ujian yang kau berikan kepadaku Ya Allah. Semoga aku dapat jalani ujian diberi oleh-Mu ini dengan penuh ketabahan. Aku hanya mampu merenung kaki aku yang berbalut. Nak menangis tak ada guna. Semasa aku sedang termenung , ada seseorang masuk ke dalam wad aku. Ouh Nelly rupanya.
"Assalamualaikum. " Sapa Nelly dengan senyuman. Aku membalas senyumannya.
"Waalaikumussalam. " Jawab aku.
"Kau baru sedar ke? " Tanya Nelly selepas duduk di sebelahku. Aku membetulkan kedudukan aku. Dari baring kepada duduk bersandar.
"Haah. Kau datang sini dengan sapa? " Jawab aku.
"Sorang. " Kata Nelly dengan senyuman.
"Sorang? Tak ada sapa yang teman kau ke? " Tanya aku. Dia menggeleng.
"Lepas dapat call dari Luqman ,aku terus datang sini. " Jawab aku.
"Luqman call kau? " Tanya aku terkejut. Dia mengangguk.
"Dia kata kat aku yang kau masuk hospital. " Jawab Nelly.
"Ouh ye by the way , sapa yang teman kau kat sini? " Tanya Nelly. Aku mengangkat bahu tanda tak tahu.
"Tak tahu la. Papa and mama aku outstation. Abang aku dah balik U pagi tadi. " Jawab aku.
"Aku temankan kau? " Tanya Nelly.
"Eh tak payah la. Kau perempuan tak elok duduk dengan aku berdua dekat sini. Dan lagi satu tak elok balik malam sangat. Bahaya. " Jawab aku.
"Aku temankan kau kejap je. Dalam pukul 6 aku balik la. Please? " Kata Nelly sambil membuat muka comel.
"Okay. " Balas aku.
"Thank you bagi aku temankan kau. Kau lapar? " Kata Nelly.
"Aku tak makan lagi dari tadi. " Balas aku.
"Okay. Kau tunggu kejap aku beli makan untuk kau. " Kata Nelly. Aku hanya mengangguk lalu tersenyum. Dia keluar dari wad. Care juga dia dekat aku. Tanpa sedar aku tersenyum sendiri.

TBC

Crushku Pengawas Handsome (Complete)Where stories live. Discover now