Bab 16

790 60 5
                                    

Wawa POV

Exam sudah habis. Tunggu mid-year exam. So kami sekarang tengah buat marathon SPM. Bukan marathon drama Korea ye anak-anak *even saya ni kaki drama korea 🤪*
"Weyh korang. " Panggil Atirah kepada kami.
"Ha pebenda? " Tanya aku kepada Atirah.
"Next week birthday Nad kan? " Tanya Atirah kepada kami semua.
"Haah. Pahal? Ada plan ke? " Kata Nazeef kepada Atirah.
"Takde laa. Aku just tanya je. " Balas Atirah sambil tersengih.
"Buduh la kau ni. " Kata aku. Tiba-tiba si Khairil datang masuk kelas kitaorang.
"Assalamualaikum korang. " Sapa Khairil kepada kami semua.
"Waalaikumussalam. Haa apahal kau datang sini? Cikgu tak ada ke? " Tanya Raisya.
"Takde. Sebab tu datang sini. " Jawab Khairil. Kami mengangguk
"Kau datang sini mesti nak lepak en? Sudah la kita ni dah nak SPM tau. " Kata Nazeef kepada Khairil. Dia mengerutkan dahinya.
"Takdenya aku nak lepak dekat sini. Actually aku nak bagitau something ni. " Balas Khairil.
"Pebenda? " Tanya aku.
"Aku ada plan untuk birthday Nad. " Kata Khairil kepada aku.
"Apa dia? " Tanya Nazeef.
"Taknak cakap dekat sini. Nanti aku whatsapp dalam group. " Jawab Khairil. Kami semua menganggukkan kepala.
"Cikgu korang dah sampai. Aku chaw lu. " Kata Khairil. Dia pun keluar dari kelas.

Skip

Aku sudah sampai ke rumah.
"Assalamualaikum. Wawa dah balik. " Kata aku selepas masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam. Ha Wa balik dah? Alya mana? " Tanya kakak aku , Marissa.
"Alya pergi rumah kawan dia. " Jawab aku.
"Kenapa dia tak cakap dengan akak? Nak kena la budak ni. " Kata Marissa kepada aku.
"Kak. Janganlah marah dia. Sampai bila dia nak berkurung dekat rumah? " Balas aku.
"Ikut suka kau lah. Cakap dekat dia , lain kali kalau nak pergi mana-mana ke bagitau akak dulu. Akak ni mak dia , bukannya kau untuk dia bagitau. " Kata Marissa.
"Ye kak. Jangan marah dia tau bila balik nanti. " Balas aku.
"Aku bukannya apa , geram dengan perangai dia tu. Asal keluar bukannya nak bagitau. " Kata Marissa.
"Okay la. Wawa naik atas nak mandi dulu. " Balas aku.
"Ye la. Nanti turun makan bila akak dah siap masak. " Kata Marissa. Aku mengangguk dab naik ke bilik aku. Sampai ke dalam bilik , aku terus mandi. Selepas mandi , aku berbaring di atas katil dan bermain phone.

Ting

Bunyi notification masuk. Ni mesti dari group. Aku menekan aplikasi whatsapp dan membuka group chat.

Drama Squad 🤪🖤


Nazeef Aqil ✨

Assalamualaikum.

Weyh Khairil mana?

Tadi beria nak plan pebenda tah.

Raisya Qistina 💋💛

Waalaikumussalam

Itu la.

Mana tah dia tu.

Khairil Asyraf 👻

Waalaikumussalam

Aku ada je ha ni.

Aku tunggu semua orang on.

Khairil Asyraf removed Nadia Syafikah 💋💖

Me

Aik asal kau remove Nad?

Khairil Asyraf 👻

Crushku Pengawas Handsome (Complete)Where stories live. Discover now