Bab 8 : Slam Dunk!

2.8K 235 3
                                    

Disebabkan Devina anak tunggal dan tiada waris lelaki dalam keluarganya, semua perniagaan yang ayah dan ibunya telah ditinggalkan kepada dia diuruskan oleh beberapa pasukan pakar selama beberapa tahun ini.

Hanya tinggal lawat dan tengok-tengokkan saja. Devina tak perlu peningkan kepala untuk uruskan atau fikir akan masalah perihal company keluarganya.

Seperti rutin setiap minggunya, Devina hadirkan diri ke beberapa buah anak syarikat keluarganya untuk lihat-lihat akan prestasinya. Dekat tiga jam Devina memandu sendiri dan lawat setiap company yang ada dalam bandar itu seorang diri. Setelah berakhir sesi lawatannya Devina pergi ke hq company untuk berbincang sesuatu dengan pasukan bertugas yang mengawal keluar masuk duit syarikat.

Maka meeting pun diadakan di bilik mesyuarat tingkat 8 di bangunan setinggi 10 tingkat itu.

"Taniah saya ucapkan di atas perkahwinan puan."ucap pengurus besar cawangan kepada Devina.

Devina buat muka tak suka dengan ucapan itu. "Ha-ha...ya. terima kasih."balasnya dengan terpaksa. Tak suka dia bila orang ucapkan taniah kepada dia untuk perkahwinannya dengan Damon. Seram sejuk pun ada rasannya.

"Apa yang puan nak bincangkan dengan kami pada hari ni?"ketua pengurusan jabatan pula bersuara.

Devina tolak fail yang diberikan kepada dia oleh assistant dari pengurusan utama cawangan ke depan tiga lelaki a.k.a orang kuat dan tulang belakang utama syarikat keluarganya.

"Saya ada tawaran untuk awak bertiga uruskan."ujar Devina sambil menjuih bibir ke fail tu.

Lelaki ditengah-tengah sekali tarik fail tu merapat lantas di buka penutupnya sebelum.meneliti isi kandungan dokumen dalam fail tu.

"Seperti yang awak baca...ianya adalah kandungan maklumat Anak syarikat yang dibawah naungan The Royal. Syarikat-syarikat yang mana telahpun mereka rampas dari pemilik-pemilik sebelumnya dengan cara yang salah."beritahu Devina sewaktu pandang mereka bertiga.

Ketua jabatan angkat matanya dari bacaan ke Devina sambil berkerut kening tak faham. "Apa yang puan rancangkan?"

Memandangkan dia dah ikat perjanjian dengan keluarga The Royal. Besar kemungkinan aset dan liabiliti yang dia miliki bakal di ekploitasi dengan mereka. Untuk elakkan sebarang komplikasi berlaku, dia perlukan umpan untuk alihkan perhatian mereka supaya tak sentuh mana-mana company atau aset keluarganya.

"So...saya nak awak bertiga cipta satu company untuk saya tapi atas nama saya. Dan ubah semua yang ada atas nama nenek saya. Termasuk aset saya sendiri. Pendek ceritanya. Mufliskan saya sepenuhnya. Jangan tinggalkan sebarang harta atas nama saya kecuali company yang saya suruh awak reka tu." beritahu Devina sebelum tarik sengih manis menampakkan barisan gigi. Mereka nak harta dia bukan. So kalau dia dah tak ada harta, itu bermakna dia tak perlu rasa takut untuk langgar mana-mana larangan dalam perjanjian tu nanti.

Mereka bertiga membutang mata terkejut lepas dengar.

"Boleh saya tahu kenapa puan hendak mufliskan diri sendiri?Kalau itu terjadi macam.mana puan nak jalani kehidupan puan?"tanya pengurus besar pula.

"Hahaha..."ketawa Devina. Tak mati kebulurnya pun dia kalau tak ada harta. Lagipun nak risau apa. Damon dan keluarga dia kan ada. "Hei...awak lupa ke saya ni isteri kepada siapa?"tanya dia sambil selak rambut panjangnya ke belakang bahu dengan yakin.

Lelaki yang duduk dekat tengah-tengah tu pandang ke Devina dengan renungan dalam. Buat beberapa ketika dia diam hendak memproses apa yang sedang dirancangkan oleh Devina. Setelah analisisnya selesai baru la dia bersuara.

"Puan hendak rampas semula apa yang mereka rampas dan pulangkan semula kepada pemilik asal ke?"soal lelaki di tengah-tengah akhirnya.

Devina gerakkan mata dari pengurus besar ke lelaki ditengah-tengah sebelum jungkit kening dengan tinggi kerana terkejut. Wow!Ada yang pandai la dekat sini. Sememangnya...orang kuatnya ini tidak pernah menghampakan dia!

"Brilliant!Saya tak terfikir pun soal tu. Terima kasih sebab bagi cadangan. Asalnya,saya rancang hanya nak lindungi semua orang dan nenek saya dengan mufliskan diri saya saja. Dah awak cakap macam tu, ianya buat saya sedar, why not kan?"seloroh Devina sambil topang bawah rahang dengan jari telunjuknya sewaktu pandang mereka.

Mereka di situ diam tidak berkata apa-apa. Takut kalau mereka salah cakap, entap apa pulak Devina hendak lakukan nanti.

Clap! Devina tepuk tangan satu kali."Kalau begitu, awak bertiga uruskan apa yang saya minta terlebih dahulu. kemudian baru proceed dengan rancangan tadi. Selebihnya saya akan jelaskan kemudian satu persatu."ujarnya setelah itu.

"Baik puan!"sambut mereka bertiga dengan serentak.

Berasa puas hati dengan apa yang dirancang Devina sandar ke belakang lalu silangkan kaki. Kedua-dua tangan direhatkan pada arm rest kerusi yang dia duduk.

"Oh ya..."Devina tersedar sesuatu. Dia pandang akan lelaki berjambang di muka itu dengan muka ingin tahu."Pengurus besar.." panggil dia.

"Ya saya puan."

"Awak tahu hadiah apa yang mentua suka diterima dari menantu mereka?"tanya Devina.

Pengurus besar buat muka berfikir kemudiannya. Beberapa ketika kemudian, dia baru la bersuara. "Biasanya saya berikan mereka duit atau belanja mereka vacation."

"Oh really?Kalau masakan, awak rasa macam mana?"aju Devina pula."Okay tak?"

Ketua Jabatan buat muka serta merta. "Puan pandai ke memasak?Kali terakhir puan cuba masak, puan telah mengakibatkan satu bangunan terpaksa dievakuasi."selorohnya dengan sindiran.

"Excuse you! Bukan salah saya okay. Fire alarm tu bunyi hanya kerana asap.makanan hangus saya je. Bukannya terbakar."kata Devina sambil buat muka geram. Suka hati je!

Terus tertawa mereka di situ mendengar penafian Devina.

"Boleh saja...kalau puan rancang nak buat keluarga mentua puan keracunan makanan.." kata lelaki di tengah-tengah pula.

Devina tersengih jahat sebaik mendengarnya. "Okay jugak idea tu."getusnya di dalam hati. Mungkin dengan cara ni dia boleh cetuskan kemarahan mereka. "Nanti bila soal pemindahan harta dan pertukaran nama tu selesai. Beritahu saya okay?"pesan dia kemudiannya.

"Baik puan."angguk mereka dengan patuh.

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now