Bab 18 : Dealing With The Devil!

2.7K 201 5
                                    

Di bawa dekat botol losyen malam yang ada di varniti ke hidungnya lalu dihidu sedikit. Mahu kenal pasti okay ke tidak baunya. Berpuas hati, dia kemudiannya picit tiub losyen itu ke tapak tangannya. Namun baru saja cecair berwarna merah jambu itu hendak menyentuh kulitnya, bunyi ketukan pintu kedengaran tidak semena.

Knock!

Knock!

Tersentak, Devina palingkan kepala ke pintu bilik. Keningnya terangkat tinggi. "Siapa?"laungnya. Rasanya tak mungkin Damon, ini kan bilik suaminya, jadi takkan la lelaki tu nak ketuk pintu bagai.

"Saya Marisa Puan."jawab suara wanita dari luar.

Eh?Devina pandang ke cermin depannya lalu buat muka. "Masuk."arahnya.

Pintu bilik terbuka sesaat kemudian. Seorang wanita berpakaian maid jalan masuk sambil menatang dulang berpenutup bulat silver ke bilik itu.

"Ya?Ada apa?"tanya Devina sambil sambung menyapu losyen ke tangannya. Dia nak tidur. Esok ada meeting dengan Haden. Jadi dia perlukan rehat yang secukupnya supaya dapat berfikir.

"Maaf menganggu puan, Saya bawakan makanan untuk Tuan Damon."maklum Marisa.

Sambil meratakan losyen hingga ke sikut, Devina palingkan kepala ke maid itu. "Makanan?"lah...Damon keluar bilik bukan untuk makan ke?Dia ingatkan lepas mandi lelaki tu keluar bilik sebab nak makan.

"Ya..."

"Dia tak turun makan tadi?Saya ingatkan dia keluar untuk makan tadi?"perlahan-lahan Devina bangun dari kerusi itu lalu mendekati maid tersebut dengan kening berkerut tak faham. Dah tu kemana pulak si Damon pergi?Rasanya tadi lelaki tu pakai t-shirt malam dan seluar pyjama tidur saja.

"Tuan Damon tidak biasa makan di meja makan. Biasanya dia makan di dalam bilik sendirian paling tidak pun tak makan apa-apa sepanjang hari."ujar Marisa lagi.

"Dah kenapa dia buat macam tu?"Devina pandang ke dulang makanan yang dipegang oleh Marisa dengan muka tak faham. Ada-ada saja la si kepala angin tu. Makan pun nak di suruh, nak dibawa segala. Menyusahkan orang.

"Tuan Damon gemar sibukkan diri dengan kerjanya..mungkin kerana sudah terbiasa dia suka berlapar."jawab Marisa.

Urgh!Devina menjuling mata menyampah lepas dengar. Orang tua ni kan! "Dia dekat mana biasanya?"tanya dia dengan jengkel. Kalau bukan mengenangkan lelaki tu suami dia, tak kuasa dia nak susahkan diri untuk ambil kisah.

Marisa Tarik senyuman lega sebaik mendengar soalan Devina. "Sini saya tunjukkan."beritahu dia.

Here we go!Time to dealing with the devil!

Memegang dulang makanan di tangan, Devina perhatikan langkah Marisa pergi menjauh meninggalkan dia, di depan pintu bilik kerja suaminya. Lantas dia alihkan matanya dari Marisa ke pintu kayu di depannya.

Satu keluhan kesal lepas dari bibirnya, jadi menyesal pulak ada dekat sini. Yalah, balik tadi yang menyentap pada dia kan Damon. Dan sekarang dia pulak yang kena bagi makan dekat lelaki tu. Patutnya dia biar kan aje Damon berlapar. Padan muka situ!

Dalam keterpaksaan, dia beri beberapa ketukan ke permukaan pintu itu. Tanpa tunggu balasan dari dalam, tombol pintu itu terus di pulas lantas daun pintu tersebut di tolak ke dalam dengan sebelah tangan. Kepalanya di jengah terlebih dahulu ke dalam sesaat sebelum matanya terarah pada Damon yang sedang duduk di belakang meja kerja.

Oleh kerana jarak penglihatannya yang terhad kerana rabun walaupun bercermin mata, Devina terpaksa kecilkan mata dia untuk dapatkan penglihatan yang jelas. Dan baru la dia sedar yang mata Damon sedang tertutup.

Tidur ke Mr.Menjengkelkan ni?

Sambil tertanya-tanya, Devina berhati-hati atur langkahnya ke dalam bilik tersebut dan tutup pintu di belakangnya sambil tu. Setelah itu dia tinggalkan dulang tadi di meja tengah bilik dan mendekati Damon sejurus itu. Lelaki tu hanya duduk bersandar di situ, tangan bersilang di dada, mata terpejam. Sesenyap yang boleh dia pun lambai la tangan depan muka tu nak pastikan Damon betul-betul tidur atau tidak. Sekali tu tiada pergerakan dari Damon.

Ah!Sudah!

Mati ke suaminya ni?

Jangan eh!Tak mahu dia pegang title janda usia muda macam ni! Jatuh saham oi!

Cuak punya pasal, Devina angkat tangan kanan dia lalu bawa jarinya ke bawah lubang hidung tu. Nak rasa deru nafas ada atau tidak. Terus deru hangat menyapa jarinya serta merta.

Fuh!

Nasib baik hidup lagi!

Devina bongkok dekat situ buat seketika, apabila mata dia tertancap pada wajah Damon. Tanpa bertentang mata, atau dengar kata-kata menjengkelkan dari Damon, sebenarnya suaminya boleh tahan jugak orangnya ya. Dia tak nak mengaku sebenarnya. Tapi bila tengok dekat-dekat macam ni nampak handsome la pulak!

Kan bagus kalau Damon bukan dari The Royal, kalau lelaki ni dari keluarga lain, paksa ke tak paksa dengan rela hati dia kahwini lelaki ni. Tapi itu la...angan-angan tak pernah boleh jadi reality! Haih..kenapa la dia boleh terima semua ni?

Tidak semena mata Damon terbuka, dan sementara Devina mula membutang mata terkejut selepas sedar yang suami dia sudah pun terjaga! Kejung sebab terlampau terkejut, Devina bertentang mata dengan Damon buat beberapa saat. Dari renungan mata tu Devina nampak ada sesuatu dekat mata tu seperti rasa serba salah dan terganggu. Tapi tak tahu la betul atau tidak. sebab sebelum sempat dia nak tafsir dengan lebih lama Damon dah bersuara.

"Apa awak cuba buat?"tanya Damon dengan suara dalam baru terjaganya.

Rasa bahang terus menjalar dari dada naik ke leher sebelum berhenti dekat telinganya taktala dia mula berasa malu dengan keadaannya yang saling ubah seperti stalker. Sambil buat muka cool tak bersalah seakan tiada apa-apa yang berlaku, Devina berdiri tegak lalu berjalan menjauhi meja kerja tu.

"Makanan.."tunjuk Devina ke dulang makanan yang ada di atas meja tadi. Oh my god!Malunya! Mesti Damon fikir dia perempuan gatal! Haih!Dia tepuk dahi dalam kepalanya! "Marisa kata awak tak makan seharian ni so...saya pergi dulu..."merabannya yang entah apa-apa. Tapi baru beberapa langkah dia berjalan, Devina berhenti lalu berpaling semula menghadap Damon. "FYI, saya bukan stalker atau perempuan gatal yang terlalu kemaruk dengan muka handsome-"Devina ketap bibirnya serta merta taktala terlepas kata!Damn it! "maksud saya...saya cuma nak checked awak bernafas atau tidak!Sebab tu saya dekat. Itu je!Selamat malam!"kata dia selaju yang mungkin dengan saty nafas sebelum berlari keluar dari bilik tu sepantas kilat!

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now