Bab 36 : Repay

2.7K 204 1
                                    

Brit!

Brit!

Telefon skrin sentuh yang ada di atas katil menyala sewaktu panggilan masuk. Bergetar-getar minta di angkat.

Devina yang sedang tekun draw eyeliner di atas kelopak mata terus berhenti dari melakukannya. Dia palingkan kepalanya ke arah katil. Belum sempat dia nak bangun, Damon muncul dari bilik pakaian sambil pegang tali leher dekat tangan tunduk membongkok capai telefon dia.

Dipegang saja telefonnya, Damon kemudiannya berdiri regak. Dia pandang skrin telefon Devina dengan kening berkerut. Tapi tak lama. Sesaat lepas tu dia dekati Devina.

Berasa kagum melihat penampilan segak suaminya, Devina blushing sendiri. Entah kenapa dia temgok Damon semakin mengamit hati dia. Ada masa buat hati dia berbunga. Ada masa masa buat perut dia memulas seperti ada kupu-kupu terbang di dalamnya.

Damon berdiri melangit di belakang Devina lalu sua telefon tersebut ke depan muka tu."Nenek." beritahu dia sambil tu.

Baru la mata Devina berkedip, tapi masih lagi pandang ke Damon sewaktu capai telefonnya. "Thank you."ucap dia setelah itu.

Damon tersenyum. "Most welcome."balas dia sebelum tunduk mengucup dahi Devina lalu berdiri tegak dekat depan cermin varniti untuk ikat tali leher.

Tanpa berlengah, Devina pandang akrin telefonnya kantas menjawab panggilan tersebut. Dia pusingkan badannya menghadap cermin. Lalu perhatikan Damon yang berdiri dekat belakang dia tengah ikat neck tie.

"Ya Nek?"sambutnya.

"Devina...apa yang telah berlaku ni?Kenapa pasukan dari Jabatan Cukai dan Rasuah serbu pejabat HQ dan tuduh kita sembunyikan wang gelap dan memilik aset tidak sah?"

Tersentak Devina lepas mendengarnya. "Apa nenek kata?"balasnya. Dah kenapa pulak company keluarga dia pula yang kena. Rasanya pelan dia belum lagi bermula!

"Ya!Mereka semua siap bawa waran geledah untuk ambil semua dokumen dan audit kita untuk di siasat."beritahu Mariah dengan cemas.

Devina ternampak Damon pandang dia. Dan masa itu la dia baru tahu kenapa. "Nenek tahu kenapa mereka boleh ada dekat situ dan dari mana mereka dapat maklumat mengenainya?" dia boleh agak semua ni kerja siapa!

Damon yang sedang memasang telinga, mendengar perbualan Devina berhenti dari mengikat neck tie. Dia berdiri dekat situ lepas dapat faham apa maksud renungan isterinya. Ada sesuatu yang telah berlaku ke?

"The Royal. Siapa lagi kalau bukan mereka yang hendak lihat orang kaya dalam bandar ni jatuh satu persatu. Kalau tak mananya nenek hubungi kamu. Devina...nenek tak peduli apa kamu akan lakukan kepada mereka. Apa nenek tahu, harta keluarga kita tak boleh jatuh ke tangan mereka."tegas Mariah dengan bengang dalam panggilan tu.

Pensel eyeliner dicapainya semula. Lalu dia sondong ke depan cermin untuk lihat lebihjelas akan kerjanya. "Don'r worry grandma. I will not let it happen. Biarkan saja mereka. Serahkan apa yang mereka mahukan. Biarkan Devina uruskan yang lain."beritahu Devina semasa sambung semula garisan hitam di kelopak matanya.

"Fine. Nenek percayakan kamu. Jadi lakukan yang terbaik. Tunjukkan pada mereka dengan siapa mereka cari pasal yang sebenar-benarnya."

"Ya Nek."balas Devina.

"Itu je."pamit Mariah dengan marah sebelum putuskan panggilan.

Setelah itu Devina turunkan telefon dari telinga lalu di letakkan atas meja varniti sebelum berdiri menghadap Damon.

"Ada apa?Sesuatu berlaku ke?"tanya Damon sejurus itu.

Devina tak jawab. Dia malah pegang neck tie Damon lalu bantu meneruskan ikatan oada kolar kemeja Damon.

"Devina?"panggil Damon sambil letakkab tangan dekat pinggang tu. "Beritahu saya?"

"Nothing serious."beritahu Devina dengan nada bersahaja. "Dia cuma nak beritahu saya yang datuk awak fitnah syarikat family saya menyimpan aset yang tidak sah dan telah hantar jabatan cukai dan anti rasuah untuk geledah."katanya tanpa memandang Damon sewaktu jari dia dengan cekap melilit neck tie tersebut.

Terus berkerut kening Damon lepas dengar. "Apa?Atuk dia buat apa?"soalnya dengan terkejut. Dah kenapa pulak!

Setelah selesai, Devina pun dongak. Dia tepuk dengan lembut dada Damon lantas tersenyum senang. "Awak nak ke syarikat bukan?"soal dia. Nampaknya ada yang kena diberi lawatan secara mengejut kejap lagi ni.

"Ya..."Damon angguk kepala dengan perlahan. "Ada apa awak tanya?"

Lantas Devina senyum sambil kerutkan hidung dia dengan manja. "Bawa saya sekali ke sana ya. Saya nak jumpa dengan datuk kesayangan awak tu. Lama dah tak tanya khabar dia sejka kali terakhir dia ke sini."ajunya sambil tepuk-tepuk bahu pula.

Mendengar permintaan itu, naluri Damon terus beritahu dia, drama seterusnya akan berlangsung tak lama lagi. Dan ia takkan berakhir dengan baik. Datuknya itu pasti akan dalam masalah besar."Please. Don't be harsh to him."mintanya sambil tarik Devina bersandar ke badannya. Lantas anak rambut yang ada di tepi mata Devina di selak ke belakang telinga.

Tersentuh dengan tingkah lemah lembut Damon Devina letakkan tangan dia di pinggang Damon lalu tersenyum meleret. "He piss me off. Berani dia sentuh company keluarga dia sedangkan saya tak usik satu sen pun dari dia."katanya selepas itu.

"Still he just an old man."pesan Damon lagi sebelum kucup tepi mata Devina. Harap-harap dapat sejukkan hati Devina yang tengah panas sekarang ni.

Devina hanya membiarkan tindakan Damon. Dia cengkam kuat kain kemeja dipinggang menahan sabar. Sumpah dia tengah sakit hati sangat sekarang ni. Tapi tak apa. Sebab kejap lagi Knight akan terima padahnya!

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now