Bab 34 : Jelous Nak Mampus!

2.8K 209 3
                                    

KLIK!

Bunyi pintu tertutup buatkan dia kerling ke jam tangannya untuk lihat waktu.

9 malam.

Well...well..

Tengok siapa yang baru balik lepas seharian tidak kelihatan.

Damon duduk tegak dari melunjurnya di atas katil itu lantas bersila memerhati isterinya berjalan masuk melintasi katil lalu mula menanggalkan kasut tumit dari kaki lalu kot membiarkan handbag Gucci edisi khas warna hitam tergeletak atas lantai macam tu saja.

"Awal balik.."sindir Damon sewaktu mematai pergerak Devina yang bergerak ke sana sini dalam bilik tu melakukan sesuatu.

"Ah-ha-ha. So funny."gelak Devina yang dibuat-buat sambal buat muka masa tanggalkan kot dari badan lalu di letakkan dengan malas ke atas lengan sofa. Penat dia!

Kening Damon mencerlung tak puas hati. "ke mana awak pergi seharian ni?Call tak jawab. mesej tak repyl?Memangnya awak sedar tak awak ni isteri saya?"bebelnya semasa bangun dari katil untuk dapatkan Devina..

Devina yang sedang Tarik sanggul lepas dari rambutnya itu berdiri empat langkah dari katil tu menghadap Damon. "Awak ni dah kenapa?Hah?Nampak tak saya baru balik?"dia mencekak pinggang kejengkelan sewaktu memerhati langkah Damon mendekati dia. "Bukan nak tanya hari saya macam mana ke?Saya okay ke?Dah makan ke?Penat ke tak?Ini tak membebel macam saya tak ada benda lain nak di buat selain duduk dalam rumah ni macam tunggul."

Damon berdiri melangit depan Devina tidak lama selepas itu.

Oleh kerana itu, Devina terpaksa dongakkan kepala untuk bertentang mata dengan suaminya.

Damon ikut mencekak pinggang sewaktu tunduk memandang ke bawah. Kalau orang lain takut dengan isterinya, dia tidak. Dia adalah suami. Kuasa veto adalah miliknya. Bukan Devina. Jadi suka atau tidak, Setiap kata-kata dia adalah satu perintah yang Devina kena ikut."Saya tanya sebab saya risaukan awak. Bukan saja membebel macam ni hari-hari. Awak ingat saya suka ke. Kalau awak tak suka saya membebel dan buat awak jengkel. Berhenti la dari jadi isteri yang tak guna dan mula praktis jadi isteri sepenuh masa untuk saya. Susah sangat ke?"

Berdengus tak percaya Devina di buatnya. "Apa awak cakap?Isteri tak guna?Hello.Cakap tu biar elok sikit ya."dada tu di tunding dengan jarinya semasa berkata. Suka hati nak label dia macam tu. Ingat Damon ni bagus sangat ke!

"Saya serius Devina."jari tu dipegang Damon serta merta. "Ke mana awak pergi seharian ni?Dengan siapa?Kenapa lewat malam macam ni baru pulang?"soal dia dengan kening mencerlung marah.

Devina tepis tangannya ke tepi supaya di lepaskan. Dan ianya pun terlepas begitu saja. "Kerja la. Ke mana lagi. Saya Bersama dengan Haden sepanjang hari ni. Kalau itu yang awak nak tahu la."balas dia dengan geram. Hish!Dia tak pernah sibuk tanya rutin Damon, yang dah sibuk nak tanya pasal dia kenapa. Jaga tepi kain masing-masing sudah la!Rimas!

"Haden.Haden.Haden. Itu saja nama yang keluar dekat mulut awak kan. Siapa lelaki tu. Kenapa awak asyik Bersama dengan dia. Selama ni saya diam kan diri sebab saya tak nak jengkelkan awak. Dan sekarang saya tak tahan lagi awak tahu tak!"marah Damon dengan sejujurnya. Sumpah panas hati dia sekarang ni sebab Devina luangkan masa dengan lelaki lain lebih dari Bersama dengan dia, suami Devina sendiri!

"Ya sudah. Lepaskan saya. Saya tak mintak awak teruskan perkahwinan ni pun."bidas Devina dengan bengang.

Damon terdiam buat seketika. Terasa dengan kata-kata Devina. "No way. Saya takkan ceraikan awak Devina."

"Kalau macam tu berhenti buat perangai menjengkelkan ni!"tegas Devina dengan mata menjegil geram. "FYI, Haden adalah kawan baik saya. Orang yang selalu ada di samping saya sewaktu saya susah, waktu saya sakit, waktu saya sedih dan jugak waktu saya perlukan sokongan. Kalau awak beri saya pilihan sama ada awak atau dia, saya akan pilih kawan baik saya. Jadi berhenti jelous nak mampus macam ni. Saya sedar saya isteri awak. Saya tahu batasnya. So jangan ajar saya macam saya budak-budak yang tak tahu apa itu batas pergaulan!"

21. Menantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now