1

592 98 26
                                    

CikMimpiTeam

CikMimpiOfficial

Hope you enjoy! Maafkan saya kalau hambar 👉👈

______________________________________

   Rin membuka matanya apabila badannya sudah mendapat rehat yang cukup. Mata digosok perlahan sebelum matanya jatuh pada jam di dinding.

'Lambatnya aku bangun, dah pukul 10 pagi dah nasib aku tak kerja hari ni.' Desis hati kecilnya.

Rin bangun daripada perbaringan seraya rambut yang berserabai ditolak ke belakang. Mata yang baru terbuka disaji dengan susuk tubuh lembaga wanita di penjuru bilik. Perlahan bibirnya merengus kasar. Itulah yang dia akan nampak jika matanya terbuka.

Deria keenam merupakan kelebihan yang dia peroleh sejak kecil lagi. Walaupun sudah terbiasa dengan makhluk halus tetapi kadang-kadang terkejut juga.

Langkah terus diatur menuju ke bilik air. Tuala yang disangkut dicapai sekali sebelum matanya tunak memandang lembaga itu.

"Jangan nak mengendap aku. Lainlah kalau kau ni lesbian," tutur Rin selamba.

Lembaga itu mencebik.

"Tak inginlah."

Seusai itu, terus sahaja lembaga itu menghilangkan diri. Rin tersenyum senang. Sekurang-kurangnya dia bolehlah mandi dengan aman tanpa rasa was-was.

  


  Mata Rin meliar melihat sekeliling untuk mencari kedai makan yang menarik untuk dimasuki.

Deretan kedai yang menempatkan berbelas-belas restoren diperhati satu per satu. Memandangkan dia bukannlah gadis idaman Melayu, jadi memasak bukanlah salah satu kelebihannya. Termasuk author, hohoho.

Sedang dia leka melihat, tiba-tiba...

Buk!

Rin terkedu apabila dia telah terlanggar seorang lelaki dan lelaki itu jatuh terduduk di atas jalan raya. Segera dia mencangkung tepi lelaki itu dengan wajah cemas.

"Maafkan saya encik, saya tak sengaja," pinta Rin berkali-kali.

Saat lelaki itu mengangkat wajahnya, sepasang emerald green itu merenung dalam anak mata hazel milik Rin membuatkan gadis itu terpaku. How can people have beautiful eyes like that?

"Kau... boleh nampak aku?" soal lelaki itu dengan riak tidak percaya.

Rin meneguk air liur kesat. Janganlah cakap yang depannya itu bukan manusia. Mana mungkin hantu boleh sekacak tu.

"Mestilah, encik kan manusia. Encik okey tak ni? Nak saya bawa pergi klinik?" Soalan berbalas soalan.

Rin sedikit gugup ketika bertentangan mata dengan lelaki yang tidak dikenali itu. Wajahnya membahang malu. Dia menunduk menunggu jawapan lelaki itu.

"Nampaknya kau masih lagi tak boleh bezakan yang mana hidup dan yang mana yang dah mati. Hmm... nevermind. Aku pergi GC je nanti," jawab lelaki itu seraya bangun daripada duduknya. Punggung dia dikibas sedikit.

Berkerut dahi Rin Akira. Otaknya masih lagi cuba memproses kata-kata lelaki itu. Wajah polos dan blur Rin membuatkan lelaki itu tertawa kecil.

Perlahan kepala Rin diusap lembut sebelum...

"GC tu maksud dia Ghost Clinic. Ye, aku hantu. Cuma... aku tak pasti kenapa aku boleh sentuh kau. Tak kisahlah, sekurang-kurangnya boleh rasa jadi manusia semula," kata lelaki itu selamba.

Hampir jatuh rahang dia dibuatnya apabila hantu itu dengan selambanya mengaku. Patutlah orang yang lalu lalang pandang dia lain macam. Rupanya dia cakap sorang-sorang bagi pandangan manusia biasa!

Terus tubuh lelaki itu ditolak sebelum dia bangun untuk pergi.

Hantu itu pula tercengang dengan tindakan drastik Rin. Bibirnya diketap geram.

"Hey! Ingat hantu tak cedera ke hah? Kalau ye pun marah, temanlah aku pergi klinik. Inilah manusia, dah buat salah tinggal macam tu je," jerit lelaki itu.

Terhenti langkah Rin. Dia menoleh ke belakang sebelum mencebik menyampah. Kakinya diatur ke lelaki itu semula.

"Dekat mana Ghost Clinic?" soal Rin dengan pandangan malas.

Lelaki itu tersenyum penuh makna. Dia bangun sebelum berjalan mendekati Rin. Ketinggiannya yang melebihi kepala Rin membuatkan gadis itu terpaksa mendongak untuk melihat wajahnya.

"Dekat Ghost World. Nak ikut?" tanya hantu itu dengan keningnya terangkat sedikit.

"Saya manusia mana boleh masuk dunia hantu," jawab Rin mendatar.

"Siapa cakap? Jom ikut aku."

Lengan Rin terus ditarik hantu itu membuatkan Rin terpaksa mengikuti. Kenapalah banyak-banyak manusia dirinya juga yang boleh dipegang hantu itu?

Nak kata dia kaya, takdelah kaya sangat. Biasa-biasa.

Nak kata cantik, memang cantik pun.

Keluhan berat terlepas daripada bibir kecilnya.

[621 patah perkataan]

4 | Autumn Ghost ✔️Where stories live. Discover now