3

478 84 24
                                    

   Rin menatap sekujur tubuh di atas katil itu dengan pandangan sayu. Walaupun baru berkenalan tetapi melihat lelaki itu sakit sungguh membuatkan hatinya dihurung rasa bersalah.

"Aku Hector. Janganlah risau pasal dia, kejap lagi bangunlah tu. Macam tulah jadinya bila dia terluka dan berada di dunia manusia. Aku masih lagi tertanya kenapa dia je yang macam tu by the way aku tau kau manusia," kata Hector tak bernada.

Rin mempamerkan riak wajah terkejut. Bibir dikemam perlahan dengan tubuh yang sedikit menggeletar takut. Jantung pula berdegup kencang memainkan irama yang rancak. Dup-dap. Dup-dap.

Wajah tampan Hector dikerling sekilas sebelum jarinya bermain sesama sendiri.

"Macam mana awak tau? Tapi... bukan ke Henry sekarang dekat Ghost World?" tanya Rin perlahan.

"Sebab Henry tak berminat dengan spesies hantu. Elly hantu yang paling cantik pun dia tolak. But... you better than she lah. Betul tapi dia tetap ada dekat dunia manusia tadi. Rasanya dekat sana dia dah start sakit tapi biasalah kalau orang keras kepala ni,"  jawab Hector sambil mencebik.

Rin mengulum senyum dalam diam. Tak sangka pula dirinya menjadi pilihan lelaki itu. Nampaknya rupa dia takdelah teruk sangat. Cantik dan comel macam author. Eh, tiber.

"Habistu sekarang macam mana dengan Elly?"

Soalan itu terpacul keluar daripada mulut kerana rasa ingin tahu yang meluap-meluap. Kalau lelaki itu bangun mesti dia takkan dapat mengorek rahsia lagi.

"Dah jadi isteri hantu lain."

Hector memberikan jawapan seraya duduk di kerusi. Matanya menghadap komputer di depannya.

Rin mengangguk faham. Mata setia memandang wajah Henry menunggu lelaki itu bangun.

Tak lama kemudian, tangan lelaki itu mula bergerak sebelum mata Henry terbuka dengan perlahan-lahan. Sepasang emerald green itu merenung dalam sepasang hazel Rin membuatkan Rin tertunduk malu. Dirinya jadi tidak keruan apabila direnung lelaki itu.

Hector memutarkan matanya ke atas. Inilah manusia dan hantu zaman sekarang drama betul!

"Awak okey?" tanya Rin perlahan.

"Dah okey sikit, kau berborak apa tadi?" Soalan berbalas soalan.

"Errr... borak biasa-biasa je," jawab Rin bersama senyuman kekok.

"Ouh. Jom jalan-jalan sebelum aku hantar kau balik, nak?" soal Henry.

"Bolehlah, saya pun cuti hari ni," jawab Rin bersama anggukan.

"Good! Jom, aku nak tunjuk kau something special dekat sini."

Henry turun daripada katil dengan perlahan sebelum tangan Rin ditarik lembut tetapi sebelum dia melangkah pergi sempat ucapan terima kasih diucap buat kawan baiknya.

"Thanks, bro!"

"Takde hal lah! Lain kali sakitlah lagi boleh aku rawat kau," bidas Hector.

Henry menjeling sebelum meneruskan langkahnya.


   Mata Rin bagai terpaku dengan keindahan kegelapan malam di dunia Ghost World ditambah pula dengan cahaya kelip-kelip yang menyinari tempat itu.

Kaki mereka berdua menyusuri masuk ke dalam hutan. Bunga-bunga di situ bercahaya biru dan sangat cantik membuatkan Rin teruja.

Senyuman tidak lekang daripada bibir gadis itu. Henry tersenyum kecil melihat keletah Rin yang persis kanak-kanak itu.

4 | Autumn Ghost ✔️Where stories live. Discover now