2

482 87 14
                                    

   Mulut Rin terkumat-kamit menyumpah seranah si hantu. Kakinya dihentak sedikit apabila mengikuti langkah hantu itu daripada belakang.

Namun, apabila matanya ditayang dengan banyak susuk tubuh entiti yang menakutkan segera dia berlari anak sebelum hujung belakang baju lelaki itu dipegang perlahan. Air liur ditelan kesat.

"Kenapa kau ni?" tanya hantu itu pelik.

"Saya takutlah. Kenapa awak je yang rupa elok? Tapi yang lain..."

Rin termati kata. Hendak diteruskan takut ada yang dengar dan mengambil hati. Agaknya lelaki itu faham tak apa yang dirinya cuba sampaikan.

"Tulah aku pun pelik. Kadang-kadang aku rasa yang aku ni manusia yang disumpah untuk jadi hantu. Hahaha...  ada ke macam tu?"

Hantu itu tertawa hambar membuatkan Rin berasa serba salah.

"Maafkan saya encik hantu. Saya tak berniat pun nak guriskan hati awak," pinta Rin perlahan.

"Encik hantu? Nama aku Henry lah, Henry Tazeki." Cebik hantu itu seraya memperkenalkan dirinya.

"Ouh. Saya Rin Akira." Rin tersenyum nipis sebelum berjalan bersebelahan dengan Henry.

Rasanya tidak perlulah dia takut lagi, lagipun lelaki itu sudah memberi jaminan yang dirinya tidak akan diketahui oleh para hantu yang dia manusia kerana hantu perempuan banyak yang cantik dan tak semua hodoh. Berbeza dengan hantu lelaki. Kebiasaannya mereka akan kelihatan hodoh dan mengerikan.

Mata Rin meliar melihat sekeliling bagi memerhati permandangan di situ. Tiada beza pun dengan dunia manusia cuma yang bezanya penduduk jelah.

Rin sedikit tersentak apabila Henry menyulam tangan mereka berdua tetapi lelaki itu masih lagi tampak dingin dan beku tanpa memandangnya.

"Jangan salah faham tapi hantu pun pandai menggatal," kata Henry mendatar.

"Ouh kalau macam tu awak pun mesti pandai menggatal jugak kan? Eeeee, hantu gatal," usik Rin sambil mengerling ke arah wajah Henry.

"Annoying betul," kata Henry perlahan.

Rin mengulum senyum. Wajah Henry yang sedikit kemerahan membuatkan Rin terhibur. Kenapa comel sangat ni?

Selepas beberapa minit berjalan, mereka tiba di depan sebuah bangunan yang tertulis Ghost Clinic. Rin meneguk air liur kasar. Kenapa seram sangat Ghost Clinic ni?

Tetapi sejurus itu, dahinya ditepuk perlahan. 'Dah nama pun Ghost World mestilah tempat hantu suram dan seram," getus hati kecilnya.

Henry menarik tangan Rin masuk ke dalam Ghost Clinic. Terdapat seorang hantu perempuan di kaunter pembayaran. Selepas mengambil angka giliran mereka duduk di kerusi untuk menunggu.

"Awak berdarah sikit pun kena pergi klinik ke? Saya boleh je rawat," kata Rin.

"Ubat manusia tak berkesan kepada hantu macam aku," balas Henry dengan nada berbisik.

Rin mengangguk faham.

"Doktor klinik ni kawan aku. Dia pun ada rupa paras yang handsome tapi aku lagi handsome," kata Henry dengan senyuman bangga.

Rin mencebik.

"Perasan."

Tiba-tiba...

Dahi Henry berkerut dengan mata terpejam sambil memegang bahagian dadanya.

Rin yang kebetulan pusing memandang wajah Henry terkejut dengar perubahan hantu itu.

"Hey, are you okey?"

Lengan lelaki itu disentuh perlahan.

"Sakit. Dada aku sakit," adu Henry.

Lelaki itu meringkuk kesakitan di atas lantai. Dari duduk di kerusi tadi terus terbaring di bawah.

Rin cemas. Segera dia berlari ke kaunter pembayaran.

"Awak tolong saya, Henry sakit!" pinta Rin kepada jururawat itu. Nasib baik jururawat itu masih lagi mempunyai rupa paras yang elok.

Jururawat itu mengikuti langkah Rin. Apabila melihat keadaan Henry terus sahaja dia masuk ke dalam bilik doktor tanpa membuka pintu memandangkan mereka hantu dan hantu tidak mempunyai jasad yang nyata.

Rin sabar menunggu di sisi Henry. Kepala lelaki itu diusap lembut.

"Awak sabar okey, kejap lagi doktor datang," kata Rin dengan nada sebak.

Sayu hatinya melihat lelaki itu masih lagi menahan kesakitan yang teramat. Selepas beberapa saat, barulah seorang doktor lelaki yang agak kacak keluar daripada bilik doktor.

"Henry, kan aku dah cakap yang kau tak boleh keluar daripada Ghost World. Ish, degil betul," bebel doktor itu sambil memapah Henry untuk masuk ke dalam biliknya. Rin juga turut membantu.

"Diamlah. Aku tengah sakit ni."

Doktor itu menggelengkan kepalanya apabila melihat Henry yang masih lagi keras kepala.

[630 patah perkataan]

4 | Autumn Ghost ✔️Where stories live. Discover now