6

438 80 14
                                    

   Henry, Hector dan Rin terpaksa pergi ke kawasan hujung perkampungan untuk bertemu dengan si syaitan.

Sebaik sahaja Devil Forest menyapa pandangan, mereka berpandangan sebelum masing-masing mengangguk kepala.

"Apa beza David dengan korang? Bukan ke korang pun syaitan?" tanya Rin.

"Kitaorang roh bukannya syaitan," jawab Henry bersama jelingan.

"Kejap lagi kita akan masuk perkampungan syaitan. Hati-hati diorang ni licik," celah Hector.

Rin dan Henry mengangguk faham. Selepas beberapa minit, kaki mereka bertiga sudah jejak di perkampungan syaitan.

Banyak mata-mata yang memandang ke arah mereka tetapi tidak dihiraukan oleh mereka malah mereka meneruskan perjalanan mereka untuk ke rumah David.

Sebuah rumah dituju oleh mereka bertiga. Rin sedikit tersentak apabila rumah itu kelihatan agak usang berbanding dengan rumah Cadric. Air liur ditelan kasar.

Tok!

Tok!

Tok!

Pintu rumah diketuk oleh Henry.

Krek!

Kedengaran bunyi pintu terbuka daripada dalam. Seorang lelaki yang bertanduk dua bersama rupa paras yang hodoh menyapa pandangan.

Hendak pitam Rin dibuatnya. Terus dia menundukkan pandangan menghilangkan rasa gementar.

"Henry, manusia yang datang berjumpa dengan aku suatu ketika dulu. Kenapa lama sangat kau mahu tuntut jasad kau? Perjanjian kita dah lama batal dua bulan yang lalu," kata lelaki itu. Rasanya dialah yang orang panggil David.

Berkerut dahi Henry. Perjanjian? Batal? Apa semua ni?

Melihat wajah Henry yang terpinga-pinga dengan dahi berkerut seribu membuatkan David tertawa lucu. Kepalanya digeleng beberapa kali.

"Ouh, aku lupa yang kau telah beri ingatan kau juga kepada aku sebagai bayaran benda yang paling berharga bersama kekasih kau ketika dahulu. Nantilah aku cerita, jemputlah masuk," kata syaitan itu lagi.

Mereka bertiga masuk ke dalam sebelum hampir setiap daripada mereka ternganga mulut kerana melihat ada banyak keranda yang diisi dengan jasad manusia. Salah satunya merupakan jasad Henry.

"Pergilah masuk dalam badan kau. Lepastu kau akan kembali menjadi manusia dan semua ingatan kau akan kembali. Jadi, tak perlulah aku cerita, buat membazir air liur je," kata syaitan itu lagi.

"Bagusnya, aku dah ada dua kawan manusia," kata Hector bersama sindiran.

Rin ingin tergelak apabila wajah Hector sudah bertukar cemberut manakala Henry memberikan jelingan kepada lelaki itu.

"Jadi... kau ada jumpa kekasih kau?" tanya David.

"Macamlah aku ingat," sindir Henry.

David tergelak lagi. Kepalanya digosok perlahan sebelum matanya jatuh pada Rin. Senyuman penuh makna terukir di bibir.

"When someone love each other, pisahkan macam mana pun diorang tetap akan bersatu juga," bisik hati kecil David.

"Pergilah masuk dalam jasad kau lepastu blah. Aku nak sambung tidur ni," rungut David.

Henry mencebik sebelum perlahan-lahan dia mendekati jasadnya. Dalam masa yang sama timbul rasa kagum apabila dirinya memiliki rupa paras yang kacak.

Rasa gentar dan takut cuba dikawal sebaik mungkin. Perlahan-lahan dia masuk menembusi jasad badan miliknya sebelum semuanya bertukar menjadi gelap.

[445 patah perkataan]

4 | Autumn Ghost ✔️Where stories live. Discover now