7

633 93 75
                                    

   Musim luruh yang datang di kota Jepun itu membuatkan ramai orang berasa gembira dan teruja. Daun-daun jatuh menyembah bumi.

Permandangan yang cantik memenuhi kornea mata penduduk Jepun.

Rin Akira tersenyum manis sambil duduk di bangku yang terdapat di taman rekreasi itu. Matanya ralit memerhati gelagat orang-orang yang lalu lalang serta pasangan kekasih yang sibuk membuat aksi romantik.

Chup!

Dia terus menoleh ke sisi apabila pipinya terasa ada sesuatu yang hangat singgah di situ. Saat matanya bertembung dengan sepasang emerald green itu, vermillion miliknya mengukirkan sebuah senyuman.

"Lama ke tunggu?" tanya Henry seraya mengambil tempat di sebelah gadis itu.

"Baru je," jawab Rin ringkas.

"Cantik kan? Saya suka bila musim luruh tiba," kata Rin.

"Yeahh, secantik orang sebelah aku," usik Henry.

"Mengada." Rin menolak perlahan tubuh Henry sebelum dia tersipu-sipu malu kerana dipuji.

Henry menarik tangan Rin dan menyulamkan tangan mereka berdua sebelum kekura tangan Rin dikucup lembut. Kemudian tangan itu diusap melahirkan rasa terharu buat Rin.

Henry tersenyum dan Rin juga buat benda yang sama.

"Awak ni memang Autumn Ghost lah!" kata Rin perlahan.

"Kenapa pula cakap macam tu?" tanya Henry dengan dahi berkerut.

"Sebab awak pernah janji sesuatu yang awak akan buat bila musim luruh dan saya tau disebabkan perjanjian tu awak ada kelebihan untuk menjadi hantu sesuka hati. Am I right?" Rin tersenyum sinis dengan keningnya sedikit terangkat.

Henry mengusap belakang tengkuknya apabila rahsia terbesarnya berjaya dibongkar oleh gadis itu. Tajam betul mata Rin sekarang ni.

"Macam mana boleh tau ni? Tak aci betul," omel Henry.

"Hahaha! Sejak terserempak dengan awak saya jadi lebih berhati-hati. Tak sanggup dah nak tertegur hantu handsome," balas Rin bersama gelakkan.

"Nakal." Pipi Rin dicubit geram.

"Tak sangka semua berlalu dengan cepat. Macam mana dengan Ghost World sekarang?" tanya Rin.

"Okey je. Macam tulah," jawab Henry.

"Macam tak percaya saya kekasih awak. Hahaha! Popular juga saya." Penuh bongkak dan bangga Rin menyatakan ayatnya berserta pakej sengihan kambing.

"Perasan betul," bidas Henry.

Akhirnya mereka terdiam tanpa mengeluarkan sebarang suara. Masing-masing asyik menghayati permandangan yang terbentang luas di depan mata sehinggalah...

"Rin," panggil Henry.

Rin tersentak. Terus dia menoleh ke arah Henry sebelum matanya terkebil-kebil dengan tindakan lelaki itu.

"I love you."

Sejurus itu, bibir gadis itu ditindih lembut membuatkan rasa kasih dan cinta mereka semakin mekar dan bertambah.

                               End


[381 patah perkataan]

Jumlah patah perkataan: 4399 pp

Done! Hope you enjoy!

CikMimpiTeam

Ehem! Nak tanya beberapa soalan sikit pada readers.

1) Cerita ni macam mana? Best atau hambar?

2) korang nak bagi berapa?

?/10

3) Bab mana korang rasa paling sweet?

4) Sayang saya tak? Eh? HAHAHA!

4 | Autumn Ghost ✔️Where stories live. Discover now