5

444 79 7
                                    

  Henry mengeluh perlahan. Dia melangkah masuk ke dalam sebuah rumah usang di mana peramal mimpi terhebat tingga. Setelah lama berfikir barulah dia membuat keputusan ini.

Hector dan Rin mengikuti daripada belakang. Rin pula sudah dua hari berada di Ghost World, katanya malas nak pergi kerja. Sekali sekala cuti.

Sebaik sahaja mereka masuk, pintu tertutup dengan sendirinya.

Bam!

"Oh, shit." Henry mendengus geram.

"Choi! Mulut tu jaga sikit!" marah Hector.

Henry mencebik. Dia berjalan ke hadapan sebelum mereka berhenti di ruang besar di dalam rumah itu. Terdapat seorang roh tua lelaki yang sedang duduk bersila.

"Bukan ke manusia tidak dibenarkan berada di sini? Apa kau buat di sini wahai manusia?" tanya Cadric dengan suara yang garau.

Rin tersentak. Henry dan Hector pula mempamerkan riak wajah terkejut.

"Nampaknya kamu sudah mula suka dengan hantu lelaki itu. Hmmm," kata roh itu lagi.

Sekali lagi Rin tersentak. Serta merta rona pada pipinya kelihatan. Bagaimana roh itu tahu? Ah ini sungguh memalukan!

Rin memandang ke kanan dan matanya bertembung dengan mata hijau itu, terus dia mengalihkan pandangan.

Henry tersenyum sinis.

"Kau tak perlu tau tentang Rin. Aku cuma nak tau tentang apa sebenarnya yang terjadi sebelum aku mati. Aku ada mimpi sesuatu. Boleh tengok kan?" tanya Henry. Dia duduk bersila di depan roh itu.

Cadric mengangguk. Dia menutup matanya sebelum kepala Henry dipegang.

"Aku nampak kau bersama seorang gadis. Korang... bercinta. Dan lepastu... ada lori datang kemudian langgar perempuan itu," kata Cadric.

"Kau... buat perjanjian dengan syaitan?" soal Cadric dengan nada terkejut sebelum dia menjatuhkan tangannya.

Henry membuka matanya. Otaknya cuba memproses kata-kata yang dikatakan oleh Cadric.

"Aku tak ingat. Apa yang aku tau bila aku bangun, aku dah jadi hantu," jawab Henry dengan wajah kecewa.

"Apa yang aku boleh cakap kau telah tukar jasad kau dengan syaitan itu untuk memberikan nyawa pada perempuan tu. Aku tak dapat buat apa-apa. Cara yang terbaik pergilah jumpa David. Berbincang dengan syaitan itu," kata Cadric.

Henry meraup wajahnya. Pening betul kepala dia sekarang ni.

"Terima kasih," ucap Henry.

Rin memandang Henry dengan pandangan kasihan. Siapa agaknya yang sudah berjaya mendapat hati lelaki itu?




    Malam itu, Rin dan Henry tumpang tidur di rumah Hector memandangkan hari sudah lewat malam.

Rin berjalan keluar daripada rumah mendekati Henry yang berada di luar rumah. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan.

"Boleh saya duduk sini?" tanya Rin perlahan menahan rasa malu yang bertandang.

"Duduklah."

"Apa awak akan buat kalau awak jumpa teman wanita awak tu balik," tanya Rin perlahan.

Henry tersenyum.

Jarak mereka yang tidak berapa dekat memudahkan Henry untuk mendekatkan wajahnya dengan gadis itu.

Mata Rin membulat besar apabila bibirnya terasa ditindih.

"Kalau orang tu kau, aku akan buat benda ni lagi sekali pada musim luruh," bisik Henry sebelum dia bangun dan berlalu pergi.

"Kalau orang tu bukan saya?"

Rin memberanikan diri untuk bertanya membuatkan langkah Henry terhenti walaupun wajahnya memerah. Matanya bertentangan dengan sepasang emerald green itu.

"Aku tak akan buat apa-apa."

[483 patah perkataan]


4 | Autumn Ghost ✔️Where stories live. Discover now