3

2.1K 85 21
                                    

bilakan ku bisa
menerima ketiadaanmu



P R I N C E O F P I A N O



Selepas membersihkan diri, aku keluar dari bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Selepas membersihkan diri, aku keluar dari bilik. Sebelum ke ruang tamu, sempat aku menjenguk bilik Ayden. Ternyata anak kecil itu sudah bangun.

Dari jauh aku dah nampak Ayden yang tengah hidang makanan di atas meja. Macam mak - mak pulak gayanya.

"Anak ayah masak ke?" Soal aku. Kerusi ditarik.

Ayden tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. "Taklah. Ayden sapukan roti bakar je untuk breakfast sebab Ayden tak sampai nak masak." jawabnya.

Aku mengangguk faham. Baguslah, seriau juga aku nak bagi dia memasak sendiri. Pandai ke tak, dia tetap budak lagi.

"Nanti ayah belikan tangga boleh untuk Ayden panjat?" Dia menarik kerusi di hadapan aku. Sekeping roti dicapainya.

Nak tercekik roti dalam mulut aku dengar permintaan Ayden. Budak sebaya dia minta mainan, dia minta bangku nak masak?

Wow, kagum kuasa sepuluh!

Melihat respon aku, Ayden mengerdipkan matanya. Dia tersenyum lebar. "Please..."

Aku menggelengkan kepala. Air teh yang dibancuh Ayden aku minum. "Tak boleh, Ayden bukan datang sini untuk masak atau jaga ayah."

Ini dah macam terbalik. Aku yang jaga dia atau dia yang jaga aku? Huh, tak pasti. Yang pastinya, Ayden memang spesies rare dalam dunia ni.

Ayden mencebik. Dia menyandarkan badannya. "Ayah ni, kan Ayden dah cakap. Ayden ni boleh buat semua benda! Setakat masak tu... alahai." dia buat muka berlagak.

Tangan aku menepuk dahi. Hei budak ini lah... sama degil macam mak dia.

"Ayah nak pergi kerja ke?" Soal Ayden tiba - tiba. Dia duduk tegak memandang aku.

Aku mengangguk. "Haah. Ayden ikut ayah."

Dia mengangguk faham. Jelas sekali, dia telah dididik untuk mendengar kata. Andai saja aku boleh putarkan masa- aku nak...

Tiba - tiba terasa bahu aku ditepuk. Aku berpaling ke sisi, Ayden sedang tersenyum pada aku.

"Kenapa?"

Tiba - tiba.

Tubuh aku terus didakap dari tepi. Ayden menyebamkan mukanya pada lengan aku. "Ayden suka... peluk ayah."

Ya Allah, kuatkanlah hati ini untuk terus membesarkan dia.

Perlahan tangan aku naik mengusap kepalanya. Dahi Ayden aku cium penuh kasih. "Ayah sayang Ayden, lebih dari segalanya. Ayah janji akan jaga Ayden."

Ayah janji.

Ayden melepaskan pelukan. Pipi aku dikucupnya. "Apa ni ayah? Asik menangis macam budak - budak hehehe."

Yang Terakhir✔️Where stories live. Discover now