-9-

1.3K 62 21
                                    

i know that
your love is gone





P R I N C E O F P I A N O






Tersenyum aku melihat diri aku di dalam gambar itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Tersenyum aku melihat diri aku di dalam gambar itu. Bahagia. Waktu itu aku rasa hidup aku lengkap dengan kehadiran Zahra di sisi.

Berbeza dengan kini...

Aku rasa kosong. Pemergian Zahra memberi impak yang besar di dalam hidup aku. Sangat besar.

Meski masih ada Ayden di sisi, aku tetap rasa ada kurangnya di dalam hidup aku. Aku mahukan Zahra di sisi aku, membisikkan kata cintanya.

Akhirnya, air mata aku jatuh menyentuh pipi. Sekuat mana pun seorang lelaki, pasti ada seorang wanita yang mendukung di belakangnya.

Namun kini, hidup aku sudah kosong. Ada kalanya aku mahu mati sahaja. Kerana aku masih tak mampu menerima hakikat bahawa hidup aku- tanpa Zahra.

"Adrian,"

Lamunan aku terhenti. Aku mengangkat wajah. "Adam?" Dahi aku berkerut.

Adam tersengih. Dia duduk di sofa hadapan aku. "Aku nak balik dah nanti."

Aku tersenyum senget. Teringat pula yang Adam ini datang ke sini sebab merajuk dengan si isteri. Aduhai, hati tisu!

Gambar di dalam pegangan aku letakkan di atas meja. Aku duduk bersilang kaki. "Baguslah. Ingatkan tak nak balik terus. Merajuk je sampai mampus."

Mata Adam membulat. "Eh mulut kau ni boleh tahan jugak eh?!" Balasnya tidak puas hati.

Eleh, Adam.

Bibir aku mengukir senyuman manis. "Sayang jugak dekat bini kan?" usik aku. Hakikatnya, aku bahagia melihat Adam bahagia.

Dia turut tersenyum. "Sayang. Terima kasih sedarkan aku, Adrian." ucapnya, ikhlas.

Aku mengangguk perlahan. Badan bersandar tenang. "Biasalah tu. Kita kan kawan? Kena lah saling mengingat." balas aku.

"Sebab kita kawan lah kau tak boleh tipu aku, Adrian."

Tersentak. Aku angkat wajah memandang Adam. Rupa - rupanya gambar aku sudah berada di dalam pegangannya.

Nafas dihela. "Aku nak balik Malaysia. Ada banyak kenangan aku dan dia dekat sana. Ayden pun tak suka duduk sini."

Adam mengangguk faham. Matanya memandang wajah aku tajam. "Kau nak pindah sana sebab Ayden atau sebab kau yang terlalu rindu?"

Yang Terakhir✔️Where stories live. Discover now