-13-

1.3K 60 9
                                    

people never forget
how you made them feel.





P R I N C E O F P I A N O




P R I N C E   O F   P I A N O

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








"Husna okay?"

Aku melabuhkan punggung di birai katil. Sejak pertemuan dengan Whilly tadi, Husna asik berdiam diri. Sepatah kata pun tidak keluar dari mulutnya.

Dia bukan Husna yang aku kenal. Tambahan pula aku sudah berumah tangga sebelum ini. Ah, aku kenal sangat perangai perempuan macam mana.

Husna mengangkat keningnya pada aku. "Kenapa? Husna okay je." suaranya mendatar.

Aku tergelak kecil. Dari nada suaranya aku sudah tahu yang Husna memang tidak okay.

"Yalah tu. Jangan tipu abanglah. Abang kan berpengalaman," aku sempat bergurau di hujung ayat. Punggung diangkat dari katil.

Husna menjuihkan bibirnya mendengar jawapan aku. Dia membuka pin tudungnya, lalu dia letakkan tudungnya di atas kerusi. "Apa yang abang tahu pasal perempuan?"

Langkah aku atur menghampirinya. Pinggang ramping milik Husna dipaut dari belakang. "Banyak. Sampai tak terkira."

Aku dapat rasa tubuhnya kaku. Tangan Husna berhenti membelek wajahnya. Nafasnya deras.

"Husna, abang nak minta maaf."

Husna tidak menjawab. Dia hanya memandang aku dari pantulan cermin. Namun anak matanya langsung tidak dapat membohongi aku.

"Husna terasa dengan Whilly?" Aku mengeratkan rangkulan. Dagu aku labuhkan di atas bahunya.

Dia berdehem. "Erm... sikitlah. Tapi tak apa, Husna dah biasa."

Dahi aku berkerut. Aku memusingkan tubuhnya menghadap aku. "Apa yang Husna dah biasa?" Tanyaku.

Matanya memandang tepat ke dalam anak mata aku. Husna menggigit bawah bibirnya.

Aku menarik bawah bibirnya dari digigit menggunakan hujung jari. "Apa yang Husna dah biasa? Cakaplah dengan abang."

Husna mengeluh kecil. Tangannya sudah berani diletakkan di atas bahu aku. "Nanti kalau Husna cakap, bukannya abang faham. Entah - entah nanti abang marah Husna pulak." balasnya perlahan.

Aku tersenyum senget. Tidak mampu menyalahkan Husna kerana tidak mempercayai aku kerana sebelum ini, aku terlalu keras padanya.

Dahi aku merapat pada dahinya. Sepasang anak mata itu direnung dalam. "Okay. I'm trying to understand you. Now Husna boleh bagitahu abang tak?"

Kedua belah tangannya menolak dada aku menjauh. Dahi Husna berkerut. "Abang ni memang suka rapat - rapat macam ni eh? Clingy betul!"

Aku tergelak kecil. Sebelum ini, Zahra juga ada merungut begitu. Katanya- aku asik mahu memeluknya.

Yang Terakhir✔️Where stories live. Discover now