-11-

1.2K 58 14
                                    

heart doesn't bleed red,
it bleed silence.



P R I N C E O F P I A N O


Jemari aku mula membuka satu persatu butang Baju Melayu yang aku pakai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Jemari aku mula membuka satu persatu butang Baju Melayu yang aku pakai. Setelah membuka butang, aku duduk di birai katil.

Hari ini, hari yang paling aku kesalkan di dalam hidup ini. Hari yang paling perit untuk aku katakan.

Bingkai gambar di tepi katil itu aku capai. Aku tidak sangka, suatu ketika dulu Zahra yang meletakkan gambar ini di situ.

Waktu itu, kami baru berpindah masuk ke dalam rumah ini. Saat itu, aku akui bahawa seorang Zahra telah berjaya menundukkan jiwa aku.

Air mata aku jatuh lagi. Ya Allah, tolong aku untuk redha dengan permegiannya... tolong aku. Namun sungguh, aku rindu.

Rindu ini rindu yang paling sakit aku pernah rasakan.

"Adrian,"

Bahu aku terasa disentuh lembut. Gadis itu memandang aku bingung. Dia mahu mengeluarkan bicara, namun bibirnya terhenti.

Aku bangun dari duduk. Bingkai gambar itu aku letakkan kembali pada tempatnya. "Ya? Awak nak apa - apa ke?" Tanya aku.

Husna menggeleng. "Tak ada apa."

"Baguslah. Saya nak tengok Ayden kejap. Nak tidurkan dia," ujar aku mendatar. Langkah diatur ke luar bilik.

Bilik Ayden di sebelah bilik aku dituju. Saat aku memulas tombol itu, aku lihat seorang anak lelaki sedang terlena di atas katilnya.

Aku masuk ke dalam biliknya. Katil Ayden didekati. Sebelum aku menarik selimut menutup tubuhnya, aku menarik sesuatu di dalam pelukannya itu.

Bingkai gambar itu diperhati lama. Gambar kahwin aku dan Zahra. Tentu Adrian rindukan ibu dia.

Gambar itu diletakkan di tepi. Bibir aku mendarat pada dahi Ayden. "Ayah minta maaf, Ayden. Ayah minta maaf sebab tak mampu beri Ayden rasa kehidupan satu keluarga."

Air mata aku jatuh. Aku melutut di sisi katil. "Ayah minta maaf sebab terpaksa buat Ayden peluk gambar setiap malam... isk isk... ayah minta maaf. Ayah minta maaf jika selama ini Ayden terpaksa peluk gambar ayah, hari ini Ayden kena peluk gambar ibu."

Ayah minta maaf. Ayah menyesal.

Tangisan aku terhambur di sisi tubuh yang lena itu. Belakang tapak tangan aku menyeka air mata yang jatuh.

Lalu perlahan - lahan aku bangun dari dudukku. Kepala Ayden aku usap sebelum melangkah ke luar dari biliknya.

Masuk ke dalam bilik, mata aku jatuh pada Husna yang sedang duduk di birai katil. Rambutnya basah, jelas sekali baru lepas mandi.

"Ayden dah tidur?" Soalnya.

Aku mengangguk. Jam tangan aku buka dan letakkan di atas meja solek. "Dah."

Yang Terakhir✔️Where stories live. Discover now