-6-

1.5K 69 26
                                    

for others love
might be just word.
but for me,
love is simply you.






P R I N C E S S O F D R E A M S


Dari jauh, aku memerhatikan gelagat dua manusia itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Dari jauh, aku memerhatikan gelagat dua manusia itu. Tangan aku masukkan ke dalam poket hoodie.

Budak lelaki itu kelihatan sedikit muram. Bibirnya memuncung dengan tangan yang memeluk tubuh. Sesiapa yang melihat, pasti jatuh hati dengan kecomelan dia.

Si ayah sudah menggelengkan kepala. Dia menekan button lif sebelum menundukkan badannya untuk si anak. Entah apa yang dia cakapkan, anak lelakinya terus tersenyum.

Leher ayahnya dipeluk. Pipi lelaki itu dikucupnya bertalu - talu. Haih comel. Bilalah agaknya aku boleh ada anak secomel itu?

Ayahnya tersenyum. Tangan anak digenggam kemas. Pemandangan itu hilang apabila mereka berdua masuk ke dalam lif bersama.

Saat pintu lif itu tertutup, aku dapat melihat si ayah mencium kepala anaknya penuh kasih.

Aku mengeluh berat. Bodohnya aku pernah terfikir nak rampas suami orang. Tengoklah Adrian. Lelaki itu begitu bahagia bersama anaknya.

Aku bukan pelakon popular yang terkenal dengan gossip kerana merampas suami orang itu. Huh, bermadu?

Eloklah kalau madunya manis. Tapi kalau masam? Tak pun masin ke? Erk. Tak mahu!

Langkah aku diatur ke luar. Bayangan Adrian dan kanak - kanak kecil itu masih segar.

Mereka sangat comel. Budak kecil itu memang comel. Haih, untunglah ibu dia. Dapat anak comel dan suami handsome!

"Husna?"

Lamunan aku terhenti. Aku tersentak.

Farhan tersenyum pada aku. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket hoodie. "Berangan apa?"

Aku cepat - cepat menggeleng. Bibir tersenyum nipis. "Tak ada apa. Abang dari mana?"

"Dari pejabatlah. Husna balik dengan abang je lah eh?" Dia mengangkat kening. Tawaran diberikan.

Pantas aku menggeleng lagi. "Tak apa, Husna nak ambil udara luar dulu. Abang baliklah. Husna boleh jaga diri."

Kali ini Farhan tak bersuara. Tangannya terus menarik lengan aku yang berlapik itu ke sebuah bangku.

Entah kenapa, serta - merta aku teringatkan teguran sentap Adrian tempoh hari. Bagaimana seorang mualaf boleh berkata begitu?

Huh, isteri dia mesti bukan calang - calang. Haih, kenapalah aku kena fikirkan lagi pasal crush ke tiga ribu aku tu.

"Duduklah sini." Farhan menepuk tempat kosong di sebelahnya. Dia tersenyum lebar.

Memang manis. Itulah agaknya kelebihan yang menjadikan abang kawan aku ini playboy.

Yang Terakhir✔️Where stories live. Discover now