-14-

1.2K 58 8
                                    

tell them,
tell them all i know now.





P R I N C E S S O F D R E A M S




Tangan aku mengemaskan kolar bajunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






Tangan aku mengemaskan kolar bajunya. Setelah siap, aku menepuk kedua bahunya. Segaris senyuman diukir. "Dah siap."

Adrian senyum. Tangannya menarik lengan baju sehingga ke bawah siku. "Erm, sorry. Abang tak selesa kalau pakai macam biasa." ucapnya saat melihat mata aku memandangnya tajam.

Pantas aku menggeleng. Tubuh yang dah nak berpaling tadi, kembali di hadapannya. "Tak apa. Husna suka je abang pakai macam mana pun."

Aku membetulkan lipatan lengan bajunya supaya kemas sedikit. Hari ini Adrian mahu pergi temu duga di beberapa syarikat.

Pada mulanya aku tidak mahu Adrian bekerja di bawah syarikat orang lain. Yalah, kelas muzik yang pernah dibukanya dulu masih teguh sehingga kini.

Tapi Adrian keras kepala. Nak juga cari kerja lain. Katanya bidang muzik sudah tidak sebati dalam dirinya.

Nak buat bagaimana lagi? Aku hanya mempu menurut kehendak dia. Lagipun aku bukan sesiapa untuk menundukkan lelaki ini.

"InshaAllah abang akan dapat kerja dekat syarikat Adam. Husna doakanlah abang..." dia tersenyum.

Keluhan berat aku lepaskan. Kata - kata Whilly tempoh hari masih berlegar di dalam minda.

"Kau nak berhenti sebab arwah Zahra? Adrian, are you stupid? Lagu, muzik, melodi... semua itu kenangan untuk kau dan Zahra! Zahra boleh mencari muzik setiap kali dia rindu dan kau pula meninggalkan muzik sebab terlalu rindu! Damn stupid!"

Aku mengetap bibir. Pandangan mata aku terarah pada gitar yang diletakkan di sudut bilik. "Kenapa abang tak nak main muzik dah?"

Tangan Adrian yang sedang mengemaskan tali lehernya terhenti. Adrian memandang aku lama. Seperti ada sesuatu yang tidak terluah dari bibirnya.

"Sebab Kak Zahra?" Aku memberanikan diri menyoal. Punggung dilabuhkan di birai katil.

Adrian tidak menjawab. Dia terus melangkah ke luar dari bilik. Membiarkan aku termangu sendiri di dalam bilik ini.

Dia tidak jawab pun aku sudah tahu jawapannya. Tentu sekali kerana arwah isterinya.

Langkah aku atur ke luar bilik. Adrian sedang mengucup kedua belah pipi Ayden penuh kasih. "Jaga diri. Jangan susahkan mama Husna."

Wait-

What?!

Ayden dan aku berbalas pandangan yang penuh bingung dan keliru. Namun, anak kecil itu pantas mengangguk laju. "Ya, Ayden akan dengar cakap mama."

Adrian senyum segaris. Pipi anaknya dicuit manja. "Nanti bila ayah balik, kita main basikal sama - sama okay?"

"Dengan mama Husna?" Tangan kecil Ayden terus menarik aku merapati mereka. Dia tersenyum lebar.

Yang Terakhir✔️Where stories live. Discover now