Prolog

2.2K 82 0
                                    

Farah Hilani sembunyikan wajah di bawah bantal. Tiba-tiba dia rasa seram sejuk. Ah, itu bukan tanda-tanda nak demam. Apa yang berlaku tadi membuatkan dunianya berhenti berputar sekejap. Cuma perasaan terkejut itu boleh buat dia tak jamah makan selama seminggu atau silap-silap boleh lajak sampai dua minggu ataupun dia akan terus makan dan makan demi memujuk hati sendiri. Fikirannya sangat serabut sekarang. Kalau waktu begini, sekalipun Hadif ajak berjumpa, sorry, Hilani memang takkan ikut. Bala semakin dekat menghampirinya.

"Arghhh... Kenapalah hitam metalik tu datang balik? Dia cari aku ke?" Hilani menghentak kaki berkali-kali di atas katil. Pusing kiri tak kena dan pusing kanan pun tak selesa. Wajah itu ada di mana-mana. Dah macam saka mengekor dia sana sini!

Beep!

Hilani mengangkat bantal yang menutup wajahnya tadi. Bantal itu diayun laju jatuh betul-betul di depan pintu biliknya. Sebab apa? Simple. Dia tengah serabut sangat jadi mana yang paling hampir itulah yang jadi mangsa. Eh, dia sendiri pun mangsa keadaan sebenarnya. Tangan menggagau telefon di bawah punggung. Peti mesej dibuka. Hilani mencebir bila melihat nama si pengirim.

"Orang tengah serabut kepala... Dia pula sibuk ajak makan!" Hilani membebel seorang diri. Mesej Hadif dipandang sepi. Hilani membuka grup WhatsApp officemate. Laju tangannya scroll setiap gambar yang ada. Aha! Gambar terakhir sengaja dizoom lebih dekat. Membulat matanya merenung lelaki di dalam gambar itu.

"Sah! Memang dia.... Dark metalik!" Hilani masih merenung lama wajah itu. Setelah sekian lama, lelaki itu muncul semula di depannya untuk menunaikan janji.

Bunyi klise sangat kan, nope, mereka bukan kekasih dan takkan berkasih! Mahu tak mahu, dia terpaksa pasrah walaupun ikutkan hati, nak sangat dia lari ke hujung dunia. Hari yang paling dia takutkan sudah pun datang. Ya, ibarat kiamat kecil untuknya. Ternyata lelaki itu tidak pernah lupa tentang janji yang dilafaznya.

Bukan Dark MetalikWhere stories live. Discover now