Bab 2

1.5K 50 0
                                    

Sebut pasal malang, memang betul takdir dia sekarang malang. Hazreal kata malang tak berbau. Oi jebon, kalau malang tu boleh dicium baunya dari jauh, memang semua manusia hidup mewangi! Manusia bodoh mana yang tunggu musibah? Tiada satu manusia pun yang suka dengan malapetaka! Erhan sendiri masih tak percaya dengan malang yang menimpa dirinya.

"Relaks ah... Hang jangan buat muka macam taik!"

Ceh, ayat nak pujuk hati member pun sikit tak touching! Dengar rasa sakit hati lagi adalah. Dah menginjak ke petang baru nampak muka. Phuiii.

"Hang dah makan ka? Menonong aje balik tadi. Patutnya hang cerita kat kami dulu. Bukan main blah macam tu saja." Hazreal mula membebel. Pandai pula mereka cari dia di sini. Ingatkan dia akan duduk sorang-sorang di tepi sungai sampai ke sudah. Sejak diheret ke bilik disiplin tadi, mana sempat dia makan apa-apa. Meloya tekak dengan bebelan cikgu adalah. Pula tu, bila tengok muka Hilani tadi, dia cuma rasa nak hulur penyepak saja.

"Aku tak ada mood," jawabnya malas.

"Sebab benda yang jadi tadi? Eh, kami taulah hang tak buat macam tu." Hazreal tepuk bahunya. Ah, seratus kali dipujuk pun, takkan reda kemarahan yang membungkam dalam hatinya.

"Kami tau. Kami tau! Ada tadi hangpa mai backup aku dalam bilik tu? Haram! Aku sorang-sorang tau." Erhan tayang muka tak puas hati. Ooo... Masa seronok bukan main lagi bersama-sama tagline member kamceng. Kawan sampai mati konon! Bila dia dalam kesusahan, seorang pun tak datang tolong tadi. Pigidah! Dia juga yang nampak jahat akhirnya. Puak-puak budak perempuan tu bukan main ramai datang backup kawan sepet mereka tu. Hati makin panas bila wajah itu sibuk nak bergayut di depan matanya. Syooh... Pi main jauh-jauh. Karang makan penampar Si Erhan.

"Tak baik kau cakap macam tu. Aku dengan Amir cari Cikgu Kamran di bilik dia. Lama kami tunggu tau. Lepas tu Nawal datang suruh masuk kelas. Cikgu Lim dah bising-bising sebab kami ceng kelas sejarah dia. Dia siap tanya lagi. Mana itu satu lagi Abedul?" terang Hazreal sepatah-sepatah. Erhan yang duduk tersandar di pokok besar cuma terdiam. Sikit pun tak rasa kelakar.

Dia serabut dengan macam-macam benda dah ni, jadi penjelasan segunung sampai langit ketujuh pun belum tentu meredakan hatinya. Puncanya cuma satu, Farah Hilani!

"Amir mana?" tanya Erhan. Selalu mereka memang melepak bertiga. Kalau di sekolah, Cikgu Adi suka menggelar mereka Tiga Abedul. Agaknya mungkin sebab rupa mereka nampak bodoh-bodoh cerdik dan sisi handsome wajah asli Melayu kut.

"Dia singgah beli rokok la. Macam hang tak kenal dia tu. Sehari tak hisap, otak dia boleh jammed kut."

Diam seketika

"Hoi. Betul ke tak?" tanya Hazreal separuh berbisik. Mahu terjegil mata Erhan bila diajukan soalan bengong macam tu. Takkan tak kenal dia? Mati hidup balik pun, dia takkan terjebak dengan perkara macam tu. Dia masih tau bezakan baik dan buruk. Budak perempuan itu lainlah, dari raut wajah memang terserlah kebodohan tujuh tingkat!

"Hang pun percaya cerita mangkuk ayun tu ke? Pernah ke hang nampak aku ada marka... Eh, silap... Kita bertiga pernah ke ada marka? Hang lupa dah, Mak Cik Nab jual nasi lemak tu duk perli kita muka macam tembok pecah." Erhan bertanya kembali. Bunyi sangat sinis. Bab girlfriend tu sebut pelan-pelan sikit. Malu!

"Alah, Mak Cik Nab tu bagi free pun aku tak mau. Hihi, manalah tau kut hang ada feeling sikit dengan dia dalam diam-diam. Cantik apa dia?"

"Ceh, mata pun tak bopa nak celik, kulit pucat macam kurang darah. Tak kebulur aku," jawab Erhan sambil membelek penumbuk sendiri. Kan best kalau tumbuk Hilani tadi. Sekali pun jadilah. Biar bertelur atas dahi si penipu tu.

"Amboi, tak suka pun, janganlah mengata laju sangat. Nanti terjilat balik susah tau! Tuhan kalau kalih sikit aje hati kita, hah, baru hang ada akai."

"Apa jilat-jilat? Hang kalau datang sini nak sakitkan hati aku baik tak payah mai langsung. Hang pi blah jauh-jauh. Aku dah cukup serabut dengan umi, datang pula bahana lain. Aikkk... Aikkk rasa ringan kaki aku, nampak!" Erhan melepaskan geram. Batu kecil yang ada di tepi punggungnya dibaling sepenuh hati. Pulp-pulp bunyinya bila terjatuh dalam air.

"Umi? Awat dengan mak hang?" Hazreal rasa dia dah tertinggal kereta api ni. Cerita apa yang dia terlepas pandang? Keningnya bertaut rapat menunggu Erhan membuka mulut namun hampa bila Amir sudah sampai dengan menunggang Honda 70 milik datuknya. Bunyi dari ekzos yang kuat sudah cukup memeriahkan kawasan situ.

Bukan Dark MetalikWhere stories live. Discover now