Apa yang boleh diperkatakan apabila luka lama terusik kembali? Ditinggalkan terkontang-kanting oleh seseorang yang amat dicintai. Sebuah penipuan terbongkar menyebabkan kedua-dua pihak terpaksa mengundurkan diri, Si jejaka membawa diri, Si gadis menyembunyikan diri. Rasa bersalah merobek hatinya sekali lagi apabila jejaka itu muncul dalam hidupnya buat kali kedua. Muhammad Aiman Redza, seorang jejaka yang sopan,pemalu,pendiam tetapi kerana satu penipuan dibuat oleh cinta pertamanya membuatkan dia berubah 360 darjah. Luka yang dibiarkan selama 3 tahun kini berdarah semula apabila gadis yang pernah melukainya muncul buat kali kedua tetapi kali ini gadis itu muncul untuk menagih kemaafan. Nur Aisyah Syakila, orangnya seindah namanya, semua orang menyenanginya dengan sifat lemah lembut nya. Tetapi kerana terdesak gadis ini membukukan satu penipuan yang mampu merobek hati si jejaka yang dicintainya. Terbongkarnya rahsia itu lantas gadis ini menyembunyikan diri . Setelah 3 tahun dia kembali untuk menagih kemaafan. Bukan semudah itu untuk meraih kemaafan pelbagai rintangan perlu dihadapi. "Aku tak mampu nak bohong diri aku, aku still benci kau atas apa yang dah kau buat. Mustahil aku dapat maafkan kau" -Aiman Redza "Apa yang saya lakukan memang salah. Tetapi tidak layakkah saya dimaafkan oleh awak? Saya sayang awak Aiman."-Aisyah Syakila Dapatkan Aiman memaafkan Aisyah? Cekalkah hati Aisyah untuk menghadapi segala rintangan yang bakal dihadapi? .