;Lambat

501 4 0
                                    

"Malam ni aku balik lambat tak payah tunggu aku." Aiman menujal kepala Aisyah. Lalu berlalu keluar dari dapur.
"Kau jangan sesekali nak keluar. Kalau nak keluar, langkah mayat aku dulu. FAHAM?!" jerit Aiman dari pintu rumah.
"Aiman,kenapa awak berubah ni? dulu awak tak macam ni? Haritu awak baik tapi.... sekarang?"
Aisyah menangis sambil menatap nasi goreng yang di masaknya. Sikit pun Aiman tak jamah masakan dia, tiap-tiap hari makanan akan terbazir. Kenapa Aiman tiba-tiba mengasari Aisyah.

Aisyah POV
Dah pukul 2 pagi, kenapa Aiman tak balik lagi ni? Aduhh! Kalau call nanti kena maki pula.Haish macam mana ni, aku ni tak boleh tidur kalau dia tak ada kat rumah.
Ahh! call jelah.

Tutt.. Tutt.. Tutt.. Tu-
"Aim-" belum sempat aku bersuara. "Nombor yang anda dial tidak dapat dihubungi, Sila cuba sebentar lagi" Ah! sudah. Telefon dia mati pula. Aduh! mana dia ni?
Aiman! balik lah saya risau.
Aku capai tudung lalu berlalu ke pintu. Aku bercadang nak cari Aiman. Aku tahu dia bawa kereta dan dia lelaki tapi hati ini tak tenteram aku kena cari dia juga.

Aku jalan sambil-sambil perhatikan persekitaran aku. Mana tahu kereta Aiman lalu ke. Lama aku jalan adalah dalam 1 jam. Aku nampak bus stop. Aku pergi sana nak rehatkan kaki aku lenguh cari Aiman. Ya Allah, kau jagalah Aiman.Sungguh aku sayang dia.

Flashback
"Aiman! lama tak jumpa awak. Yela busy lah katakan sampai tunang sendiri tak nak jumpa."
Aku sergah Aiman.

"Awak.. balik dulu ye? nanti saya telefon awak ye? maaf lah saya sibuk sikit." terus Aiman pandang tempat lain. Sakit. tu yang aku rasakan. Aku batalkan extra class dengan anak murid aku semata-mata nak jumpa dia! Sekarang?! dia halau aku.

"K" satu perkataan tu. Itu lah perkataan last aku tutur kan pada dia. Sejak tu aku berubah. Berubah sebab Aiman. Aku duakan kan dia tanpa aku sedar.
MAAFKAN SAYA AIMAN. KERANA SAYA HATI AWAK TERLUKA.

End of flashback

Terus aku tersedar dari lamunan. Aku tengok jam tangan aku. Dah pukul 3:30 pagi. Terus aku pecut lari balik rumah. Tapi bila sampai Kondo Aiman buat aku terkedu. Aku nampak kereta dia dekat parking lot. Aku dongak tengok rumah kami kat tingkat 6 . Lagi terkedu aku tengok lampu terbuka.
Habislah. Tu je ayat mampu aku ungkap. Aku tahu sekarang Aiman dah mula berkasar dengan aku. Mesti kena teruk ni. Perlahan-lahan aku menuju ke lift. Dalam hati memohon perlindungan daripada Allah S.W.T.

Krekkkkkkk..

Aku buka pintu, aku tak cuba untuk sembunyi sebab aku tahu mesti Aiman akan tunggu aku. Masuk je dalam rumah aku dapat rasa malam ni aku akan rasa kesakitan yang teruk.

"KAU PERGI MANA?!" terus suara Aiman berdentum. Aku hanya tunduk di lantai tak mampu nak berkata apa-apa. "KAU PEKAK KE BODOH! AKU TANYA NI?!"
Aiman terus meluru kearah aku terus. Pipi kiri aku ditampar, air mata yang ditahan akhirnya gugur.
"M-maaf s-say-" belum sempat aku habiskan kata-kata aku dia dah potong.
"TULAH KERJA KAU! MINTA MAAF JE! EH! KAU TAHU TAK KATA MAAF TU TAK SESUAI KELUAR DARI MULUT PEREMPUAN JIJIK MACAM KAU NI!" dahi aku ditujal berkali-kali. Tangan aku ditarik pergi ke dapur. Terus badan aku ditolak le lantai.
"Malam ni! kau tidur sini! jangan kau berani pergi tempat lain. Aku tahu kau bergerak daripada dapur ni mampus kau, aku kerjakan!"
Perut aku disepak oleh Aiman. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku tak mampu nak buat apa-apa. Aku tiada kudrat untuk melawan Aiman. Malam itu aku ikut arahan Aiman, aku tidur di lantai dapur satu inci pun  aku tak gerak. Aku tidur bertemankan airmata sekali lagi.
Ya Allah kau bantulah aku melembutkan hati suamiku. Ya Allah sungguh aku terasa terseksa hidup bersama dia Ya Allah. Bagaimana untuk aku mengharungi hari yang akan datang dengannya Ya Allah.

Hati aku merintih mengadu pada Yang Maha Esa.

TBC.

VOTE,COMMENT,SHARE

Kerana Hati Ini TerlukaWhere stories live. Discover now