;Pengemis

454 4 0
                                    

"Bangun!" satu sepakan tertusuk pada perut aku, nafas seakan berhenti senak akibat disepak Aiman.
"Ya? dah pukul berapa?" tanya aku takut-takut. "7:30 pagi" jawabnya ringkas. Terus aku bangun untuk pergi ke 'bilik' aku. Belum beberapa tapak aku melangkah Aiman sudah bersuara. "Ada aku suruh kau bergerak dari sini?"  suaranya perlahan namun berbaur ugutan. Terus aku berlari ke arah lantai dan duduk di situ sambil mendongak ke arah Aiman.
Air mata yang hendak keluar terus aku seka. "Dengar sini baik-baik, esok kita balik rumah Ibu,But jangan ingat aku nak sweet-sweet dengan kau macam kat cerita melayu tu. Faham?" terus aku mengangguk. Aiman berlalu daripada situ namun pantas aku kejar dia. "Awak, boleh tak saya nak salam awak?"  Dahi Aiman berkerut namun tangannya dihulurkan. Terus aku cium tangannya. Setelah menyalam Aiman terus aku pusing untuk berlalu dari situ. Bunyi pintu ditutup menandakan Aiman sudah berangkat ke  pejabat.

Aku meneliti muka aku di cermin bilik air. Mata sembab akibat menangis. Rambut serabai. Muka tiada seri. Aku seperti pengemis.
Ya, mungkin aku pengemis, aku pengemis cinta Aiman. Badan aku terasa lemah tidak bermaya. Aku takut untuk berhadapan dengan Aiman tapi ini adalah ujian daripada Allah S.W.T untuk aku.

Petang itu, aku bercadang nak keluar beli barang dapur memandang sekarang dah hujung bulan. Barang dapur pun dah habis.Tapi memang kena minta izin Aiman. Kalau tak parah aku kena nanti.

Aisyah: awak boleh saya keluar?

Aku terus bersiap untuk keluar, mana tahu Aiman bagi. Tak sampai 5 minit telefon aku berdering.

"Nak pergi mana?" terus suara Aiman menerpa.
"Assalamualaikum, saya nak pergi supermarket nak beli barang dapur. Barang dapur dah habis."  Aku tersenyum,sengaja aku memerli dia.
"Waalaikumussalam, okay. tapi lepas beli barang jangan berani kau nak melencong pergi tempat lain. Duit ambil dekat atas meja dalam bilik aku. Tutttt..
belum sempat aku nak cakap apa-apa terus dia tutup.
Perlahan-lahan aku menuju ke bilik Aiman. Lalu aku ambil duit belanja yang Aiman maksudkan.

"Tahu-tahu je aku nak beli barang dapur. Hai lah Encik Suami kenapa lah kau macam ni. Tak apa aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku" aku tekad. Aku akan buat apa saja demi perkahwinan kami.

Sampai saja dekat family store terus aku serbu tempat barang dapur. "Ikan apa? tenggiri ke kembung? hmm haa! tanya Aiman lah" terus aku keluarkan phone then call Aiman.

Tuttt.Tuttt.Tut-

"Nak apa? cakap cepat jangan nak perli aku! aku dah lambat ni!"
terus aku tergelak tapi cepat-cepat aku diam. Buatnya dia maki aku naya je.
"Awak, ikan kembung ke ikan tenggiri?" tanya aku pada Aiman.
"Tu je? nak tanya! sampai call aku bagai!" Ish! dia ni orang tanya jawab jela. "Jawab jela tak payah nak bebel" aku bebel pula dekat dia. Takut? memang takut, tapi ah! tak kisah lah aku nak buat dia jatuh hati pada aku. Aku tekad.
"Dua-dua je senang bye. Aku busy ni. Kau call lagi mampus kau aku kerjakan"  Terus Aiman menamatkan panggilan. Lepas Aiman cakap macam tu memang tak berani lah nak call lagi. Malas nak tambah koleksi lebam kat badan. Aku hanya mampu tersenyum nipis. Masa aku tengah berjalan tiba-tiba ada orang menegur aku.
"Aisyah?" aku pandang orang yang panggil aku itu. "Ya Allah! Sarah!" terus aku peluk Sarah. Dah lama tak jumpa dia. Last jumpa 3 tahun lepas semasa aku nak berangkat ke London. " Dah balik sini tak bagitahu! Ngajuk ah!" Aisyah tersengih lebar bukan sengaja dia lupa tentang Sarah. Lepas balik London terus dia sibuk pasal hal perkhawinan dia dan Aiman.
"Jom Lepak! dah lama tak lepak."
pinta Sarah. Terus aku bersetuju namun aku lupa pesan Aiman 'lepas beli barang  jangan nak melencong tempat lain' .

"So macam mana life sekarang? Ada baik? Ni dah bertudung aku tengok lawa kau. But muka kau cengkung sikit kenapa?" Aih. Banyak pulak si Sarah ni bertanya.

"Haha, aku okay je. Alhamdulillah Sarah. Allah tetapkan jodoh aku dengan Aiman. Aku dah kahwin dengan dia"  terus membulat mata Sarah. "Aiman? Aiman Redza? bekas tunang kau?" aku cuma mengangguk kepala. Banyak kami berborak, Sarah dah pun bertunang dan akan melansungkan perkahwinan tahun depan. Sedang kami berborak aku mengerling jam tangan aku. Membulat mata aku melihat jam menunjukkan jam 7:30 p.m. Terus aku ambil barang yang aku beli dan meminta diri . Aku dan Sarah sempat bertukar nombor telefon mana tahu bila-bila nak lepak lagi.

"KAU PERGI MANA?" berdentum suara Aiman menjerkah aku. Barang-barang yang aku beli bersepai di atas lantai.
Aku hanya menunduk, tak guna aku cakap apa-apa bukan Aiman nak percaya.
"Sial! , aku dah pesan awal-awal kan?! Dah siap beli barang terus balik!" bertalu pipi aku disepak, Aiman menarik tudung aku dan mencampaknya di lantai. Mata Aiman mencerlung memandang barang yang bersepah di lantai, terus dia meluru ke arah plastik-plastik barang yang aku beli tadi. Aku nampak dia mencapai telur.
Terus dia menghadap aku dan membaling telur-telur itu, tepat pada muka aku. Air mata aku mengalir, Aiman buat aku macam patung! Dia fikir aku takde perasaan?

"Haha! telur ni busuk dia sama je dengan kau! Bau betina jalang!"
Aku berpaling ke tempat lain, tak mampu nak pandang wajah Aiman. Hati aku rasa dicucuk dengan seribu jarum. Terus aku berlari dari ruang tamu, berharap dapat larikan diri daripada Aiman.
Berderap bunyi tapak kaki Aiman mengejar aku. Aku terasa badan aku di tolak ke arah dinding. Kepala aku dihentak di dinding berkali-kali oleh Aiman.
"Awak, sakit awak stop!" aku jerit pada Aiman namun Aiman tidak emdahkan.

"Kau sakit?! Sakit lagi hati ni bila tahu kau curang dengan aku dulu! Bodoh ! Betina Sial!" Satu tendakan padu tepat mengena di perut aku. Menyebabkan aku senak, sukar untuk bernafas, kepala aku terasa pening mungkin kerana dihentak bekali-kali di dinding. Mata aku tahan supaya tidak tertutup, namun apakan daya, aku tak kuat. Akhirnya apa yang aku nampak hanyalah kegelapan.

Awak!, saya sakit kenapa awak berubah sampai macam ni? Maafkan saya awak, saya menyesal buat macam tu kat awak dulu! Awak, berilah saya satu peluang lagi.

Namun sayang, Suara rayuku hanya bermain di minda.

Aku hanyalah pengemis Cinta Aiman , yang tak layak dicintai oleh dia.
.
Vote Comment Share.

Kerana Hati Ini TerlukaWhere stories live. Discover now