KKA?18

450 72 0
                                    

"Mar, saya ada hajat ni." ujar Datin Ayzeefa perlahan.

Berdebar juga ye nak tanya benda macam ni. Tergagap-gagap sampai rasanya.

"Zeefa ni macamlah tak biasa dengan saya. Apa hajat tu? Besar ke kecil?" tanyanya sekadar bergurau.

Pelik juga sahabatnya hari ni. Hajat apa pun tak tahulah kita.

Puan Mardiah mengambil kuih sardin gulung lalu disuap ke dalam mulutnya. Sedapnya!

"Apa kata kita satukan anak awak dengan anak saya?" nada suara Datin Ayzeefa kedengaran begitu ceria.

Puan Mardiah terkejut mendengarnya. Nasib baik kuih sardin gulung sudah dikunyah dan ditelan ke dalam perutnya. Kalau masih di mulut, mesti tersembur lagi-lagi apabila mendengar ini. Siapa je yang tak terkejut?

"Zeefa... Awak ni bergurau pun kena ada tempatnya.. Benda ni bukan main-main. Dua hati akan terlibat dengan apa yang awak kata tadi."

Puan Mardiah memandang Datin Ayzeefa dengan pandangan tidak percaya. Bukan tak setuju. Tapi benda ni rumit. Dengan anak-anak lagi.

"Plis kita cuba.Saya nak sangat kita berbesan.." mata Datin Ayzeefa begitu berharap.

"Zeefa dah bincang ke dengan suami dan anak tentang hal ni?" ingin tahu Puan Mardiah terus bertanya.

"Dah. Suami saya setuju. Nadz pun setuju." mata Datin Ayzeefa bersinar.

"Nanti saya tanya dulu ye anak perempuan saya. Tak boleh nak bagi kata putus lagi." Puan Mardiah hanya mampu memberi ayat sebegitu.

Dia tidak mahu memberi harapan yang tinggi. Takut benda lain yang jadi.

"Takpe. Saya tunggu."

Mata Datin Ayzeefa bersinar. Tak lama lagi jadi lah rancangan aku. Senang hati!

______________________________________________

"So everything's good and saya suka dengan design baju until pelamin. But there's one thing yang saya belum settle.." ujar Cik Zarra.

Matanya memandang tepat ke arah Mel dan tidak berpaling sedikitpun ke arah Arin.

Arin hanya diam membatu. Mulutnya masih tidak lekang dengan senyuman walhal dalam hatinya dah geram dengan perangai pelanggannya itu. Tiada angin tiada ribut nak buat muka derk dengan dia. Aku tunggul ke apa? Tunggul lagi okay daripada aku la. Setidaknya tunggul ada juga orang rempuh. Aku ni memang tiada guna dekat sini. Fuhh panas!

Koyak rabak hati aku. Kan aku buat thread dalam twitter cakap pasal dia. Haaa baru tahu feel Koyak to you too macam mana. Biar padan muka dia kena viral. Kau apa tahu netizen kita ni. Mulut pedas macam sambal nyet! Nak guna slogan ni dah huwaaa. Sabar je lah.

Sabar Arin hari ni baik punya. Dont let her ruin your day!

Tidak menunggu lama Arin bangun daripada kerusi itu.

Ye lah orang dah tak nak kita pun tak kebulur.

"Saya minta izin ke depan dulu ye." Arin terus pergi tanpa berpaling.

Yes go baby! Gooo!!!!

Mel hanya menggangguk faham. Dah tahu dah perangai Arin. Dia tengah geram tu. Baiklah bagi ruang dia bertenang. Kejap lagi perang besar pula meletus.

Cik Zarra hanya memandang tanpa reaksi.
Bakal ibu mertuanya sudah pulang terlebih dahulu kerana ingin menjemput suaminya yang baru pulang dari outstation.

Lagipun banyak dah settle. Tinggal sikit je lagi.

"Cik Zarra nak bagitahu apa ye tadi?" tanya Mel ramah.

"Oh yeah, I nak sorang mua untuk makeupkan I.Apa nama dah mua famous tu Mia Ahmad. Yess! I want her. Untuk majlis tunang and nikah."

"Okay Cik Zarra. No problem! Yang tu nanti saya inform dia terus. Ada apa-apa lagi tak Cik Zarra?"

"Nope. That's all. Kalau macam tu I balik dulu la." Dia bangun daripada kerusinya.

Beg tangannya diletakkan di tangan kirinya.
Dia berjalan melepasi Arin tanpa berpaling sedikitpun.

Arin yang memandang gelagat perempuan tersebut hanya menggelengkan kepalanya. Dah lah Arin kau fikir pasal perempuan tu. Buat semak otak je. Fokus on positive things! Bisik Arin.

____________________________________________

"Abang, tadikan.. Zeefa datang. Lepastu..." meleret Puan Mardiah memberitahu suaminya.

"Lepastu apa Mar?" tanya Encik Azman biasa.

"Dia datang bagitahu hasrat nak satukan anak lelaki dia dengan anak perempuan kita."

Encik Azman memandang tepat ke arah Puan Mardiah sambil tersenyum.

"Abang kenapa senyum sorang-sorang? Risau saya banggg! Saya tengah serius ni... Abang senyum-senyum pula." bebel Puan Mardiah.

"Apa yang nak dirisaukannya Mar? Eloklah tu! Saya pun setuju. Arin bukannya ada sapa-sapa pun. Keluarga diorang pun baik dengan kita. Tak salah langsung."

Ish abang ni. Haduh getus hati Puan Mardiah. Bukannya tak setuju tapi runsing denga puterinya sorang tu. Dah terbayang mukanya yang beriak tidak setuju dengan semua ni. Tak bagitahu pun memang dah tahu.

"Kalau Arin tak setuju? Abang nak buat apa?"
Tanya Puan Mardiah.

"Dia kena terima! Nak cari lelaki baik bukan senang sekarang. Dah jumpa baik nikahkan terus. Bercinta lama-lama pun bukan jamin kebahagiaan."

Aduh tersentap Puan Mardiah. Tahu yang suaminya amat marah dengan perbuatan bekas kekasih Arin yang dulu.

Luluh hati seorang ayah apabila anak yang ditatang bagai minyak penuh dimalukan sebegitu rupa dua tahun yang lalu.

Puan Mardiah yang memandang suaminya terus berfikir. Harap Arin pun terbukalah fikirannya. Kalau tak naya!

____________________________________________

"Aku tak faham seriously aku memang tak faham."

Arin menghamburkan kemarahannya.

"Ok. Ok Arin I know! Sabr okey? Biasalah tu mungkin mood Cik Zarra kureng baik tengah period ke kan? Think positive okey babe?!"
Mel menenangkan Arin.

Arin macam biasalah kalau dia marah memang naik hantu lerr kalau tak kawal. Baik kita kawal. Slow talk. Kejap lagi sejuk la tu hati dia.

Haaa ye lah haih.

Sedang leka Arin termenung, telefonnya berbunyi.

Oh panggilan daripada abah. Arin berdehem sebentar dan terus mengangkat panggilan tersebut.

"Ye abah? Kenapa?"

"Minggu depan balik abah ada benda nak bagitahu."

"Bah, tak boleh bagitahu sekarang ke? Takut Arin ada kerja boss tak kasi cuti ke?"

Hah balik? Ish takde angin takde ribut nak suruh kita balik. Nak kata nak buat surprise birthday pun aku rasa lambat lagi tarikh aku...

Ishh.. Apa pula yang abah tengah fikir..

"Takde benda ni penting. Kalau kamu tak balik minggu depan abah sendiri yang bagi kata putus."

"Bah,...... Benda apa..?"

Tiba-tiba talian sudah dimatikan oleh abahnya. Aish memang buat overthinking la ni. Abah nak bagitahu benda penting apa?

Dah lah minggu depan banyak tempat kena cover. Kena jadi mua, kena tolong deco pelamin. Ish... Memang tak sempat lah nak balik.

Ke nak bodek tanya umi. Aku dah rasa dup dap dup dap dalam hati ni.

Panik enggak? Panik enggak?

Paniklah! Ashiapp.....

Pening dah aku nak fikir. Banyak benda dah yang aku tengah fikir.

Being adult is sucks.

Haih..

Nak jadi budak balik.....

======= Do vote and comments❤️========

Kau Kan Ada?Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt