KKA?28

401 67 2
                                    

Hye :) Nak bagitahu yang chapter ni penuh dengan flashback. Jangan confuse tau. Kalau nak ingat balik just baca chapter 1. Ni kira sambungan untuk chapter tu. Selamat membaca!

====

-2 tahun lalu-

" Anyeong, my sunshine." Ceria angahnya menjawab panggilan daripada adiknya.

Mendengar suara angahnya membuatkan Ariana Fayrie menghamburkan tangisan tanpa henti. Sungguh, hatinya sakit dengan apa yang terjadi. Tidak dapat dibendung kalau dengan angahnya.

"What's wrong my sunshine? Who hurt you?" Nada Arsyad Fauzan terus berubah risau.

Dia tahu Ariana Fayrie menangis. Selalunya adiknya dahulu yang akan menyapanya. Ni dia dahulu yang memulakan bicara. Di situ sudah timbul perasaan pelik.

"I hate him! I really do!" Esak Ariana Fayrie.

Go on. Keep hurting me but if I tell about you to my brother, you're in dangerous bro. 

"Shhh, don't cry my sunshine. Dekat mana sekarang. Let angah know." Arsyad Fauzan cuba menenangkan Ariana Fayrie.

Luluh hatinya mendengar tangisan si adik. Siapa yang berani sakiti adiknya sampai begini?

"KLIA. Arin dekat sini." Jawab Ariana Fayrie dengan suara seraknya.

"Hang on my little sunshine. Angah will be there okay?" Pujuk Arsyad Fauzan.

Arsyad Fauzan  meletakkan telefonnya di tempat duduk sebelah namun, telefonnya jatuh ke bawah seat pula. Arsyad Fauzan membiarkan sahaja.  Dia terus memecut laju menuju ke kawasan KLIA. Yang dia tahu, dia mahu adiknya selamat dan tenang di sisinya.

Kebetulan dia berada berdekatan dengan sini. Berjumpa dengan rakannya untuk mengambil kamera yang dipinjam. Dua hari yang lalu, sahabatnya berkahwin. Arsyad Fauzan turut bersyukur dan gembira dengan kebahagiaan mereka.

Tak sangka takdir mereka berdua bersama. Tu lah, zaman universiti kuat bergaduh kan last-last dah melekat.

Jodoh tu rahsia Allah kan? Tak cepat tak lambat. Datang pada waktu yang tepat.

 Aku? Mungkin jodoh aku sesat lagi.

Dear jodoh,

Jangan lama-lama sangat tau :)

Ni bakal suami awak tunggu dekat sini.

Ish poyolah kau ni Arsy. Sempat lagi berangan! Focus! Kau tengah drive ni! Hujan lebat lagi ni!

Mindanya menerawang lagi. Adiknya, Ariana Fayrie. Tak guna siapa yang sakitkan adiknya! Kalau dia jumpa lelaki bangsat tu, memang dia akan tikam 41 kali dan campak ke laut! Seumur hidupnya, dia dan keluarganya tidak pernah sekalipun menyakiti hatta menyentuh Ariana Fayrie. Kau senang-senang je nak mainkan adik aku?!!! Memang nak kena dia ni! 

Deringan telefon berbunyi. Siapa pula yang call aku? Ke Arin? Ada apa-apa yang buruk berlaku ke? Matanya tidak lepas memandang ke arah hadapan dan pada waktu yang sama turut melihat ke arah bunyi telefonnya.

Deringan yang bersambung tiada henti membuatkan tangan kirinya cuba untuk menggapai telefonnya yang jatuh di bawah tempat duduk sebelah. Arsyad Fauzan membongkokkan badannya ke bawah lagi. Jauh pula telefon ni nak jatuh! Jarinya menguis lagi sehingga terkena bucu telefonnya. Terus diambilnya telefon itu dan melihat melihat gerangan yang menelefonnya.

Pin! Pin!

Belum sempat Arsyad Fauzan ingin melihat nama si pemanggil, bunyi hon yang hampir dengannya membuatkan dia berpaling ke hadapan.

Kau Kan Ada?Where stories live. Discover now