KKA?21

516 87 10
                                    

Bam!

Bunyi pintu ditutup bergema seluruh rumah sewa Mel dan Arin. Mel yang baru duduk di sofa terkejut apabila Arin bertindak sebegitu rupa.

Astaghfirullah! Mujur ada sorang je kawan macam ni. Cuba bayangkan kalau aku ada 10 orang kawan yang sebijik perangai macam Arin ni? Kalau tak? memang boleh mati awal aku! Asyik terkejut je!

Pintu rumah pun boleh hancur kalau begini caranya!

Arin gelisah. Lilitan tudung bawalnya dibuka dengan kasar. Sejak keluar daripada wad yang didiami lelaki itu, dia tidak senang duduk. Cuba untuk bertenang, namun hampa.

Keluhan dilepaskan. Sekali lagi dia mengeluh berat. Damn! How can I met him?

Mel memandang Arin yang masih kecoh ke sana ke sini tanpa henti. Mel bangun daripada sofa dan menghampiri Arin.

"Rin, kau dah kenapa? Benda boleh bincangkan? Try slow talk dengan aku?" Mel cuba menegur Arin.

Dari dalam kereta tadi lagi, Ariana Fayrie diam. Tidak ceria seperti selalu. Mungkinlah kalau dia cerita, aku boleh tolongkan?

Mel menarik Arin untuk duduk bersamanya di atas sofa yang berwarna koko. Arin cemberut wajahnya namun kakinya mengikuti setia Mel.

"Mel, kau tahukan tadi siapa yang aku jumpa?"
Tanya Ariana Fayrie.

Arin memandang Mel tidak berkelip tanda dia begitu serius. Mel menarik nafasnya panjang. Dah agak! Si Wan Hazriq Daniel punca mengapa si Ariana Fayrie sebegini rupa.

Mel mengangguk. Dia kenal sangatlah si Riq tu! Dulu, sewaktu Arin dan Riq bersama, Mel kerap berjumpa dengan lelaki itu. Tangannya memegang tangan Arin untuk menyalurkan sedikit kekuatan. Arin menggengam erat tangan Mel.

"Mel, kalau aku tahu tu dia... Memang aku biar je dia mati dekat situ. Kenapa sekarang? Kenapa aku kena jumpa dia lagi? Aku penat Mel." Keluh Ariana Fayrie.

"Kau tahukan Mel, berapa lama aku nak heal diri aku dengan luka yang dia bagi? Bukan aku kata aku tak move on, tapi kalau boleh aku tak nak dia ada depan aku walaupun sesaat. Aku tak nak ingat dia dan aku tak nak ingat peristiwa hitam tu lagi." Arin tatap mata Mel.

"Mel, aku rasa puas hati tengok dia terlantar macam tu. Jahat ke aku?" sambung Ariana Fayrie lagi.

Sakit dia cuma tuhan saja yang tahu! Hati dia rasa sedikit puas apabila melihat keadaan Wan Hazriq Daniel.  Mel terus memeluk Arin erat. Orang kata, kalau tak mampu nak kata apa setidaknya peluk. Itu juga tanda kita memberi semangat. Tapi, jangan pergi peluk orang yang bukan mahram pula! Aku lepuk kan satgi! Kalau yang dah halal aku tak kisah okey! 

"Aku tahu,Arin. Tak salah pun kau nak rasa macam tu. Kau yang lalui semua perit tu dengan diri kau sendiri. You have right! Aku takkan judge kau pun babe. Kau handle dia kira baik sangat dah. Kalau aku, pergh memang aku tumbuk sedas si Riq tu!" Mel memberi semangat betul-betul di telinga Arin.

Pelukan dilepaskan. Mel memandang Arin. Bangga apabila melihat Ariana Fayrie sudah semakin tabah dan cekal. Sudah tidak menangis seperti dua tahun yang lalu. Walaupun dia tahu bahawa kesedihan Arin bukan hanya disebabkan oleh Wan Hazriq Daniel sahaja. Masih ada kesakitan yang Ariana Fayrie sembunyikan dari lubuk hatinya. Biarlah masa yang menetukan segalanya. Aku sahabat kau Arin, setakat mana kau perlukan aku, selagi tu lah aku akan ada untuk kau.

_____________________________________________

"Mel! Sinilah kejap!" Laung Ariana Fayrie dari dapur. Nasi goreng kampung ikan bilis dihidangkan.

Hari ni betul-betul bersemangat Ariana Fayrie nampaknya! Selepas subuh, terus masuk dapur. Niat di hati memang nak bagi berbau sedikit di dapur. Dengan memasak, hati dia berasa tenang. Salah satu cara yang berkesan bagi Arin untuk menghilangkan kesedihan walhal apa pun yang terjadi. Mujurlah ada bahan-bahan masakan. Kalau tak, memang tidak menjadilah rancangan aku ni!

Kau Kan Ada?Where stories live. Discover now