KKA?13

466 85 1
                                    

"Mak... Nadz mana? Batang hidung dia pun Zeefa tak nampak lagi." Datin Ayzeefa mencari bayang anaknya namun hampa, tidak kelihatan juga.

Mana budak sorang ni?

Dah tahu keluarga nak datang terus buat hal.

"Nadz tak bagi tahu kamu ke Zeefa?" tanya tokwan semula. Terkejut Tokwan. Tak sangka Nadz tak bagitahu mummy daddynya.

Datin Ayzeefa mengerutkan wajahnya.

"Takdelah pula mak. Kenapa? Nadz pergi mana?"

Anak lelaki ada sorang je tapi yang sorang ni lah buat hidup aku tak tentu arah.

"Dia dah balik dua hari lepas. Katanya dah start kerja minggu depan."

"Bertuah punya budak!" Datin Ayzeefa mengurut dadanya perlahan.

Sampai hati Nadz larikan diri daripada mummy... Mummy cakap benda betul. Tak nak dengar ke cakap mummy?

Datin Ayzeefa senyum ke arah tokwan dan berlalu pergi ke ruang tamu. Riak kecewa di mukanya jelas kelihatan.

Ayra yang baru pulang daripada kebun tokwannya masuk ke dalam rumah sambil berlari-lari.

"Tokwannnnn tengok Ayra dapat apa? Rambutan tokwan! Banyak giler rambutan. Bestlah." ujar Ayra.

Dah nama budak bandar, confirm balik kampung suka buat aktiviti macam ni.

"Banyak ye Ayra dapat? Haa makanlah puas-puas ye sayang." ujar Tokwan sambil menggosok kepala Ayra.

Ayra yang tersengih-sengih sambil membawa rambutan itu terus meletakkan rambutan tersebut ke atas meja di dapur.

"Tokwan kenapa dengan mummy? Termenung je dari tadi. Takut tau Ayra nak tegur." tanya Ayra sambil mengopek rambutan.

"Pasal apa lagi Ayra oii? Kamu rasa? Tokwan pun tak tahulah sampai bila mummy dengan along kamu ni nak macam ni. Haih" mengeluh panjang tokwan melihat gelagat menantu dan cucunya.

"Ayra kesianlah dekat mummy. Selalunya apa yang mummy bagitahu ada betulnya. Along biasa la tu dia tak nak ambil risiko. Mesti nak enjoy dengan life dia kan?" Ayra bertanya pendapat tokwannya.

"Takpelah macam tu. Kita doakan yang terbaiklah untuk along dan mummy kamu ye Ayra." ujar Tokwan.

Tak boleh fikir kuat nanti naik darah tinggi pula aku ni. Bisik tokwan dalam hati.

"Kejap lagi Ayra pergi slowtalk lah dengan mummy eh? Tokwan jangan risau tau."

Tokwan hanya mengangguk. Dia menyambung kerja di dapur.

_____________________________________________

"Sayang!" laung seorang perempuan.

Arin terkejut mendengar laungan itu.
Bapak ahhh! Siapa yang nak bersayang bagai. Ramai orang kut. Tak malu ke brader? Eh sister la.

Suara perempuan tadi kan. Ah kesah lah ni aiskrim aku ni sape nak ganti!

Arin memandang lelaki di hadapannya tajam.

"Selagi kau tak ganti, selagi tulah aku takkan bergerak dari sini." ujar Arin.

Matanya masih memandang lelaki itu. Geram!

Kalaulah syaitan membelengu perasaan dan minda akal aku ni, memang aku ambil sisa baki aiskrim cair ni lenyek ke muka dia yang hensem tu.

Biar viral! Baru puas hati!

Eh tapi sebab dia hensem... Mesti kalau aku buat macam tu ramai yang kecam aku. Payah lah kalau muka aku ni macam kelepek goreng. Buat salah sikit terus kena hentam. Nasib ler.

Kau Kan Ada?Where stories live. Discover now