KKA?25

432 70 2
                                    

Ariana Fayrie memandu sehingga masuk ke perkarangan rumah keluarganya. Debar di hati kian terasa. Berdetak laju seperti ingin keluar daripada badannya!Adrenalinenya juga turut memainkan peranan.

Umi dan abah baru sahaja ingin menapak masuk ke dalam rumah namun, mereka berhenti melangkah apabila melihat lampu kereta yang menyilaukan pandangan mereka. Umi terus masuk ke dalam rumah setelah terdengar bunyi telefon. Tinggal abahnya yang setia menunggu dari luar.

Ariana Fayrie dan Ara Farisya keluar daripada kereta. Abah memeluk Ara Farisya.
Ariana Fayrie hanya selesa memerhati. Suka dengan suasana sekarang.

"Mana bagasi adik? Biar abah yang ambil." Encik Azman sudi menghulurkan bantuan kerana tahu puteri-puterinya sudah kepenatan.

"Dalam bonet bah." Jawab Ara Farisya.

Melihat abahnya melangkah mendekati bonet membuatkan Ariana Fayrie dan Ara Farisya terkejut. Lupa! Matilah aku!

"Abah! Tak payahlah biar adik sendiri yang ambil." Larang Ara Farisya buat abahnya.

Encik Azman tidak menghiraukan panggilan anak bongsunya. Kalau kata dia nak ambil memang dialah yang nak ambil. Muktamad keputusannya.

Ariana Fayrie memintas abahnya. Tangkas seperti atlet! Ariana Fayrie betul-betul berdiri di hadapan bonet kereta menghadap Encik Azman. Ara Farisya juga turut serta.

"Tak apa abah. Biar Arin yang ambil. Abah masuk dengan adik dulu." Ariana Fayrie mati kutu. Tak tahu nak beri alasan apa.

"Korang berdua ni kan.. Tepi! Abah nak ambil ni." Encik Azman menolak lembut anak-anaknya.

Ariana Fayrie dan Ara Farisya sudah kecut perut. Muka mereka juga pucat seperti tiada darah yang mengalir. Berdebar! Kejap lagi memang abah akan tahu!

Encik Azman pelik melihat reaksi anak-anak perempuannya. Orang nak angkat bagasi je yang muka macam nampak hantu kak limah ni kenapa?

Encik Azman berpaling ke arah bonet kereta. Matanya tertancap kepada satu figura. Mukanya berubah merah. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Ariana Fayrie. Sakit di kepalanya makin tinggi.

"Langgar apa tadi? Tak cukup angah kamu mati, nak jenazahkan adik sendiri pula ke!!?" Sinis Encik Azman berkata.

Ara Farisya memeluk erat kakaknya. Takut dengan situasi sekarang. Seriau melihat muka abahnya yang bengis. Ariana Fayrie menghela nafas berat. Ya tuhan, kuatkan aku.

"Aku ingat kau dah belajar dari kesilapan dulu tapi tak. Sama je! Tahu nak susahkan keluarga! Yang pandai sangat bawa adik jalan-jalan kenapa? Dah tahu diri tu malang nak heret orang lain sekali.." Encik Azman terus menghamburkan semua amarahnya.

"Dah plan awal-awal nak bunuh adik kau sama macam kau bunuh angah kau?! Abang kandung kau sendiri! Macam tu?!" Sambung Encik Azman.

Terkedu Ariana Fayrie mendengarnya. Kini, bagaimana dia harus menelan balik kepahitan yang sudah ditinggal dua tahun lalu?

Air mata yang ditahan terus mengalir tanpa henti. Terasa hati sampai ke tulang hitam mendengar bait ayat yang abahnya tuturkan. Silapnya. Menyangka abah sudah dapat menerima dirinya seperti dahulu. 360 darjah abahnya berubah. Mengungkit satu kisah yang cuba dia sembunyi.

Bunuh. Abah panggil aku pembunuh. Aku memang bunuh angah ke? Aku yang bunuh angah? Tangan Ariana Fayrie ketar. Telinganya berdesing mendengar perkataan bunuh. Sakit!

"Abah, bukan salah Kak Arin! Ada orang yang langgar kereta tu jangan buat Kak Arin macam ni. Tolong abah! Kesian kakak." Ara Farisya sudah meraung.

Sudah cukup seksa dan derita untuk Ara Farisya menanggung apatah lagi kakaknya. Dia mahukan keluarga bahagia yang dahulu. Bukan seperti sekarang!

Encik Azman tidak peduli. Amarahnya masih ada. Naik turun laju dadanya menahan amukan di hati.

Kau Kan Ada?Where stories live. Discover now