KKA?29

359 70 4
                                    

Hyeee sorry buat korang tertunggu :( bulan ni dgn bulan depan author agak sibuk sebab dh nk final exam hihi :) korang doakan tau author dapat keputusan cemerlang untuk sem 1 ni. I'm trying my best untuk cari ruang update chapter.

====

Ariana Fayrie tersedar daripada lamunannya. Teringatkan angahnya lagi. Merindukan seseorang yang sudah tidak ada di dunia ni memang sakit kan?

Tak mampu buat apa-apa. Hanya memori yang wujud di kepala.

Puan Mardiah menyentuh bahu anaknya lembut. Dia mengangkat punggungnya daripapada sofa yang empuk itu. Tujuannya sekarang ingin pergi ke dapur.

"Tolong umi masak, boleh?" Tanya Puan Mardiah.

Masak? Cringeee tapi tangan aku memang handal bab-bab dapur tapi satu je masalah aku.

Malas.

Kalau aku ada satu sifat tu haa sampai ke sudahlah tak berasap dapur. Tapi, nak tengok umi buat sorang-sorang? Memang taklah! Akan ku bantu walaupun kemalasan menguasai diri!

Ariana Fayrie terus berjalan ke arah dapur. Lagi cepat dia tolong umi, lagi cepat dapat makan! Cakap pasal makan, lajulah kerja nak dibuat. Demi sesuap nasi!

______________________________________________

"I'm gonna meet her family this week. Nadz patut ikut sekali." Ceria Datin Ayzeefa menyapa anaknya yang tengah santai melihat telefonnya.

"Apalah yang menarik sangat dalam telefon tu sampai mummy yang cun pun kamu tak nak tengok ni?" Datin Ayzeefa membidas anaknya. Pedas.

Nik Ayden Nadzrin buat tak tahu dengan apa yang mummynya ucapkan tadi. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Penatlah nak fikir benda ni. Rimas. Serabut.

Datin Ayzeefa melihat anak sulongnya acuh tak acuh sahaja dengan percakapannya. Geram!

"Mummy je lah yang pergi. Nadz tak boleh. Ada flight ke Sarawak." Akhirnya Nik Ayden Nadzrin menjawab.

Yang ni bukan tipu sunat, tetapi memang betul yang dia ada duty. Bolehlah mengelat.

Melihat mummynya yang seperti helang merenung mangsanya sebelum diterkam, Nik Ayden Nadzrin menghela nafas.

"Mummy, next time okay? I am really busy." Nik Ayden Nadzrin memujuk mummynya.

"I'll send her picture to you." Datin Ayzeefa mengalah.

Lepas ni lembutlah hati Nik Ayden Nadzrin. Tak boleh terlalu memaksa nanti lain jadinya. Kita ikut rentak dia.

Nik Ayden Nadzrin menganggukkan kepalanya.

Whatever. Suka hati mummylah. Nak hantar gambar pula. Ish! Keep it secret je. Malas pula nak ambil tahu.

Risau takut mummynya mahu membahas lagi, Nik Ayden Nadzrin terus melarikan diri ke bilik tidurnya.

Enough for today! Duk sibuk hal kahwin memanjang mummy ni! Takut sangat dengan ancaman Ariqa bekas kekasihnya. Sebab minah senget tu lah hidup aku huru-hara!

_____________________________________________

Semua keluarga Ariana Fayrie berada di meja makan. Puan Mardiah, Encik Azman, along, Ariana Fayrie dan adik bongsunya Ara Farisya.

Kau Kan Ada?Where stories live. Discover now