KKA?24

364 75 4
                                    

2 jam berada di dalam aeon mall. Normal ke abnormal? Perempuan memang macam ni kan biarpun cuci mata.

Tangan kiri dan kanan Ara Farisya penuh dengan plastik makanan dan beg kertas baju yang dibeli di beberapa kiosk dan butik. Memang betul-betul spend duit kakak dia! Cekik darah!

Berbeza pula dengan Ariana Fayrie yang hanya ada satu beg kertas. Betullah kata orang nak spend dekat diri sendiri kedekut. Rasa membazir. Tapi bila spend dekat siblings atau orang kesayangan, banyak mana pun tak kisah. Lagi bahagia bila melihat senyuman adiknya yang tidak lekang daripada bibir.

Mereka berdua menuju ke arah parking kereta. Dari jauh, Ariana Fayrie dapat mengesan sesuatu yang tidak kena pada keretanya.

Makin dekat akhirnya, terlopong mulut Ariana Fayrie. Peluh timbul di dahinya. Ara Farisya hanya terdiam dan melihat reaksi kakaknya.

Alamak! Bumpernya kemek dan lampu sebelah kanannya pecah! Manusia manalah yang takde hati perut langgar keretanya.

Hampir saja air mata Ariana Fayrie ingin pecah melihat keadaan keretanya. Walaupun bukan nazak sepenuhnya tapi hatinya begitu sakit! Mana nak cekah duit? Nak repair semua ni? Geramnya hanya Allah saja yang tahu! Dia tengah menyimpan dan menahan air matanya yang nak menitis beberapa saat saja lagi.

"Kakak..." Ara Farisya menegur kakaknya yang kaku tidak bergerak.

"Jap, adik. Not now." Ariana Fayrie mengesat air matanya laju. Tewas. Dia tidak mahu adiknya memandang dia dengan keadaan begini.

Dia menangis bukan kerana takut, tapi geram! Geram dengan si pelaku! Sabar Arin! Kau kena sabar! Ingin saja dia menyumpah seranah tapi dia tidak tahu siapa yang buat semua ni.

Ariana Fayrie meninjau-ninjau pula bahagian hadapan keretanya. Nasib baik tidak ada apa-apa. Alhamdulillah. Turut ada secebis kertas diselitkan di wiper.

"I'm so sorry. I terlanggar kereta you tadi. Do call me. I tunggu hampir sejam tapi tak ada sesiapa datang. 017-9305873 :)"

Astaghfirullah. Rupanya aku dah salah sangka. Tapi boleh percaya ke? Orang zaman sekarang. Dah lah letak nombor je, nama tak letak. Timbul was-was dalam hati Ariana Fayrie.

Ariana Fayrie mendail nombor tersebut. Harap tak tipulah. Talian bersambut.

"Assalamualaikum, hai 017-9305873?" Bergetar suara Ariana Fayrie.

"Ya, siapa ni?" Suara perempuan bersambut.
Lembut.

"Saya owner kereta yang awak langgar tadi." Kena berani Arin! Dia yang langgar kereta kau, memang kena gantilah!

"Oh yeah, I ingat. I minta maaf. So sorry.  Afeeya's here. Panggil Feeya. Tadi I bawa anak saudara I umur 5 tahun, time tu dia nangis and tertarik tangan I so I lost control." Dah macam rap, laju betul Feeya bercakap.

"It's okay. Tapi, macam mana kita nak settle down hal ni?" Tanya Ariana Fayrie tanpa berdalih. Memang kena fikir wey! Mampus aku nak tanggung hal ni!

"Macam ni, I akan tanggung semua kos. You.."
Feeya tidak tahu nama tuan kereta yang dia langgar.

"Fayrie. Panggil Fayrie je." Seperti tahu apa yang bermain di minda Feeya, Ariana Fayrie terus memberitahu namanya.

"Okay, Fayrie jangan risau tau. I akan tanggung semua kos. Sebab it's totally my fault. So nanti you nak hantar kereta you dekat workshop mana?" Feeya tidak tahu workshop di sini yang berhampiran jadi lebih baik dia tanya Ariana Fayrie terus.

"Hmm... Saya biasa servis dekat tepi stesen minyak Caltex Ketereh. Ada workshop dekat situ. Tapi hari ni rasanya tutup awal." Tenang Ariana Fayrie menjawab. Mujurlah dapat seseorang yang mudah bertolak-ansur.

Kau Kan Ada?Where stories live. Discover now