KKA?22

514 82 15
                                    

"The purest heart, loyalty and priceless love." Suara garau dari belakang menarik minat Ariana Fayrie.

Arin menoleh ke belakang untuk melihat jejaka yang menegurnya. Matanya tidak berkelip. Sejambak bunga mawar putih yang ada di tangan kanannya terlepas dari genggamannya. Terkejut. Satu patah perkataan yang boleh digambarkan melalui mata Ariana Fayrie.

Melihat sejambak bunga mawar putih yang lolos dari genggaman si gadis di hadapannya membuatkan tangan Nik Ayden Nadzrin tangkas menangkap bunga tersebut.

"Miss me beauty?" Ayden mengangkat kening kirinya. Masih tidak bergerak hatta sedikitpun wanita di hadapannya ini.

"Hey, dont look at me like that dear. Rindu betul kau dengan muka handsome aku ni." Nik Ayden Nadzrin mengenyitkan matanya.

Mata Nik Ayden Nadzrin mencerlung melihat ke arah Ariana Fayrie yang masih terkedu. Seluar jean longgar berwarna biru gelap jenama H&M, blouse berwarna putih suci sehingga paras lutut dan bawal shawl berwarna koko muda lembut jenama atyrahq. Itu yang dipakai oleh Ariana Fayrie.

Walaupun oufitnya biasa-biasa tapi masih kelihatan mengikut trend semasa. Nik Ayden Nadzrin tidak menyangka bahawa perempuan yang menutup aurat masih boleh bergaya. Contohnya, hanya di depan matanya kini. Sungguh ayu dengan tudung bawal shawlnya yang labuh menutupi paras dada.

Sejuk mata memandang. Itu yang hati Nik Ayden Nadzrin tengah lalui. Dup dap dup dap. Getar di hatinya kian terasa!

You got my heart and that's dangerous! Eh cop sabar jap!

Nik Ayden Nadzrin kembali ke alam realiti. Bunga mawar yang ada di genggamannya dihulurkan semula kepada pemilik asal.

"Tak nak ambil ke beauty? Hey dah lah tu termenung! Fikir sampai mana dah tu? Sampai aku lafazkan akad nikah ke?" Tangannya masih menghulurkan bunga itu.

Ariana Fayrie tersedar. Mukanya terus diselubungi warna merah. Sel-sel Ariana Fayrie dah sedar. Timbul malu kerana merenung lelaki di hadapannya lama.

Nik Ayden Nadzrin menarik balik bunga itu dekat dengannya. Matanya meneliti bunga mawar putih yang segar. Mindanya menerawang. Tak boleh jadi ni! Aku kena tanya.

"Who give this to you beauty?" Nada suaranya menunjukkan getar cemburu? Entahlah. Nik Ayden Nadzrin tidak tahu. Keliru.

"Beli sendiri je." Eh kenapa bunyi macam terlalu single? Nayalah kau Ariana Fayrie.
Ish ish ish.

Nik Ayden Nadzrin menarik nafas lega. Sekurangnya tidak ada saingan lagi buat masa ni. Aish apa yang kau melalut ni Ayden?!

"Really?" Tanya Nik Ayden Nadzrin lagi. Inginkan kepastian.

"Eh takdelah pergi rompak. Haish dia ni kan tadi dah kata beli sendiri, aku belilah. Lambat lagi nak ada orang bagi." Bebel Ariana Fayrie panjang.

Nik Ayden Nadzrin tersenyum apabila mendengar bebelan daripada mulut munggil itu. Sudah lama dia tidak mendengar celoteh wanita ini. Oh, she is coming back into my life.

"What do you mean by the purest heart, loyalty and priceless love?" Tanya Ariana Fayrie. Ingin tahu juga.

Sungguh geram dengan jejaka yang berada di hadapannya. Menyapanya secara tiba-tiba. Mujur saja Ariana Fayrie tidak melatah dan menggelabah. Tiba-tiba datang dengan ayat berpuitis.

Nik Ayden Nadzrin mendekati Ariana Fayrie. Terlalu hampir sehingga tiada jarak yang memisahkan mereka. Ayden membelek bunga mawar putih itu.

"Maksud bunga yang aku pegang ni beauty. Mawar putih. Sesuci warnanya. Selalunya, bakal pengantin akan pilih tema bunga ni untuk majlis perlahwinan. Kau yang single lagi alone ni kenapa beli bunga ni?! Dah tak sabar nak kahwin? Tahan sikit! Nanti aku jumpa parents kau, nak?" Ayden memberi penerangan namun terselit juga maksud tersirat.

Kau Kan Ada?Where stories live. Discover now