B.B.M : 28

4.7K 228 52
                                    

Suara yang kuat itu mengejutkan lena Mikael. Dia menarik rambutnya kebelakang. Dikerling ke sebelah isterinya sudah hilang. Haih kalau dah balik rumah mama memang selalu la dia ditinggalkan di bilik tanpa morning kiss. Kesian.

Dia menapak keluar dari bilik dan bergerak ke dapur tingkat 2. Kelihatan Syirah sedang membantu Mama nya menyediakan makan malam. Rambut paras dada isterinya dipandang.

'Haih dari belakang pun cantik'desis hati nya. Tubuh Syirah dirapati lalu dipeluk dari belakang.

"Allah! Hey terkejut la, Bie!"Syirah memukul tangan Mikael yang berada elok dipinggang nya.

"Kau lupa something la"kata Mikael tanpa nada.

"Huh? Lupa apa?"

"Kau lupa nak kejut aku mandi wajib sama-sama"

Puan Mia yang sedang meneguk air tersedak.

"Bi-"

"Aku tak habis lagi"potong Mikael laju.

"And you forget to give my morning kiss"

"Woi mangkuk nak bergula naik bilik! Habis mata suci aku"Darwisy yang sedang mengusap belakang Puan Mia menyampuk.

Mikael hanya buat derk. Ada aku kesah?

"Tula kau Wisy! Aku suruh kahwin tak nak. Kan dah terliur"kata Darwia sedikit kuat. Tuan Deniell hanya menggeleng melihat kerenah anak menantu nya.

"Eh kau ni. Aku sibuk la. Takut tak boleh bahagi masa"

"Eleh alasan bodoh"Darwia mencebik seketika.

"Aik Abang, mana Venustraphobia kau?"soal Darwia sinis. Bukan soal sejujurnya lebih kepada memerli. Elok sahaja lelaki itu memeluk Syirah.

"Entah. Dah mampus kot"

"Dah-dah tak nak gaduh. Mikael pergi naik bilik mandi wajib lepas tu solat. Lepas solat turun makan malam. Kejap lagi Luth,Hayden,Asyraf dengan Lyra datang."tegah Puan Mia. Kang kalau dibiar mahunya ruang dapur tu jadi mahkamah!

Kening Darwia ternaik. "Mandi wajib?"

"Hah aku tambah umat tadi"

(ˢᵏⁱᵖ)

"Eh mana Darwia?"soal Luth. Patut la terasa kurang. Adik perempuan Mikael tiada di meja makan.

Puan Mia memandang Darwisy. Menyuruh anak lelaki nya memberi jawapan kepada soalan Luth.

"Wia ada dekat atas. Senggugut katanya"jawab Darwisy ringkas. Bukan nya dia tidak tahu kenapa Darwia tidak mahu turun makan. Wia tidak mahu turun kerana kehadiran Lyra dan Asyraf. Bukannya dia tidak perasan perubahan wajah adik kembarnya apabila nama Asyraf dan Lyra disebut. Darwisy mengeluh dalam diam. Sebagai abang dia mahu yang terbaik buat Darwia. Jadi masa depan Darwia biar dia yang tentukan.

Luth hanya meng'ouh'kan sahaja.

"Aik Syirah mana?"

"Dia teman Wia dekat atas."jawab Mikael tanpa nada. Hayden hanya mengangguk. Dah biasa dengan jawapan tanpa nada dari Mikael.

"Syarikat macam mana? Okey?"soal Mikael. Walaupun dia tahu tentang keadaan syarikat nya daripada Hayden tetapi keadaan di meja makan itu agak tegang jadi dia mengbangkit isu itu. Tidak lain pastinya perihal cinta tiga segi adik nya. Asyraf, Darwia dan Dylyra.

"Syarikat okey je. Tak de masalah"Asyraf menjawab soalan Mikael sebentar tadi. Dia mengeluh sebentar. Apa masalah Darwia sebenarnya? Kenapa gadis itu memutuskan hubungan mereka?

TM | | BabyGurl Mr.Mafia - C -Where stories live. Discover now