SPECIAL CHAP : PART THREE ( II )

2.9K 141 50
                                    

Izzwan Lee
×
Khadijah Alfian

Izzwan Lee×Khadijah Alfian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( ●●● )

"Izzwan Lee, aku nikah akan dikau dengan puteri bongsu ku, Khadijah Binti Alfian dengan mas kahwin seberangkat set alat solat dan senaskah Al-Quran dibayar tunai."

"Aku terima nikah Khadijah Binti Alfian dengan mas kahwinnya seberangkat set alat solat dan senaskah Al-Quran dibayar tunai"Izzwan berkata sekali lafaz.

"Sah?"soal Encik Alfian. Mata memandang ke arah saksi.

"Sah"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdullilah"dengan sekali lafaz Khadijah sah menjadi isteri Izzwan.

Setelah sunat lepas nikah dilakukan, penyerahan mas kahwin diadakan. Seterusnya upacara batal air sembahyang, Izzwan mendekati Khadijah. Upacara membatalkan air sembahyang berlangsung.

Izzwan mengambil cincin lalu disarungkan di jari manis isterinya.

Isteri?

3 hari dia istikarah, dan hati nya memilih keputusan ini. Menikahi gadis itu.

Khadijah tersenyum manis. Dia menyalam tangan Izzwan lalu Izzwan mengucup lembut dahi nya.

"Be a good wife, Khadijah Lee"bisik Izzwan perlahan ditelinga Khadijah.

Khadijah mengangguk. Walaupun dia memakai tudung, tetap terasa hangat nafas suami nya ditelinga.

'Khadijah Lee... Sound's good'

( ●●● )

Selepas majlis sanding selesai, Khadijah terus memasuki bilik tidur nya.

Penat!

Sampai pipi naik cramp asyik senyum.

Suaminya?

Izzwan Lee masih lagi melayan tetamu dan kawan-kawannya dibawah. Al-maklumlah, Izzwan Lee kan Chief Engineer disayangi ramai.

Khadijah mengeluh penat. Bahu diurut perlahan. "Mahu tercabut bahu aku kalau macam ni."

Tangan menanggalkan segalanya pin dan peniti yang berada di tudungnya. Shawl putih susu itu dibuka perlahan. Selesai dibuka, anak tudung dan getah rambut turut dibuka. Ahh, lepas beban di kepala nya.

TM | | BabyGurl Mr.Mafia - C -Where stories live. Discover now