BBM : 50

5.1K 221 36
                                    

Tangan nya bergetar. Kata-kata doktor Husna di dalam labour room tadi sungguh menakutkan Mikael.

'Maaf Tuan, tapi baby keluar tanpa Uri. Uri baby tersekat dekat Rahim Puan Syirah. Kami dan cuba dengan cara vacuum tapi tak berjaya.'

'Habis tu? Ada jalan lain tak? Please do anything asalkan Isteri aku selamat'

'Ada Tuan Danish. Saya terpaksa masukkan tangan saya sendiri dalam rahim dan tarik Uri tu keluar. Tapi risiko nya kemungkinan rahim akan rosak atau kita akan kehilangan Puan Syirah sebab dia kehilangan banyak darah'

'Do anything. Asalkan isteri aku selamat.'

Jawapan Doktor Husna itu benar-benar menakutkan Mikael. Kini dia berada di luar labour room. Menunggu kehadiran Doktor Husna. Semoga jawapan yang dia terima nanti positive.

'Ya Allah, kau permudahkan lah urusan isteri ku Ya tuhan'

"Mikael, awak duduk dulu. Kang pengsan lagi satu hal saya nak kena dukung awak. Awak tu dah tua! Kang patah tulang saya"arah Puan Mia. Dia tahu anak lelaki nya itu sedang gelisah. Dia juga berharap semoga semua nya baik-baik sahaja.

"Tuan Danish..."suara Doktor Husna menarik perhatian mereka.

"Macam mana dengan Syirah?"soal Mikael cemas. Dia melihat tangan dan baju Doktor Husna yang basah dengan darah iaterinya itu.

"Alhamdullilah semua nya selamat. Puan Syirah sudah sedar dan kami telah pindahkan dia kedalam ward yang Puan Mia dah tempah 2 hari lepas"

Mikael menarik nafas lega. "Alhamdullilah."

"Kami dah bersihkan baby. Kejap lagi Tuan Danish boleh adzan kan baby ye"usai berkata demikian Doktor Husna berlalu pergi.

"Mama! Mika dah jadi daddy! Ya allah!"Mikael memeluk erat tubuh Puan Mia.

"Ya ya i know! Yeay saya dah jadi tok mama. Ala kyeoooo!!"

"Jom la! Mikael nak jumpa Syirah"

"Ah tak pe awak pergi dulu. Mama nak balik ambil barang Syirah lepas tu mama datang balik dengan papa"

"Oh okey"

Mikael berlari anak ke ward Syirah.

Sebaik sahaja sampai di ward tubuh Syirah yang sedang duduk membelakangi dirinya dipeluk erat.

Namun dia pelik apabila Syirah seakan-akan tidak membalas pelukan nya.

'Aku salah bilik ke?'

Diintai wajah Syirah. Eh betul lah muka Syirah!

"Sayang kau kenapa?"soal Mikael pelik.

"Wuaaaaa jangan dengar Syirah! Tu semua syaitan! Suami kau belum sedar la! Jangan dengar! Shuu! Shuu!"Syirah menekup telinga nya.

Mikael menepuk dahi. Aduh keluar dari labour room terus biul.

"Oi! Ni aku la! Suami kau!"kepala Syirah ditunjal perlahan.

"B-bie?"soal Syirah takut. Wajah Mikael dipandang.

"Hah! Ni aku Tuan Danish Mikael, babi ka--eh salah ni aku Bie kau!"

"Bie!"Syirah menarik leher Mikael lalu dipeluk erat tubuh suaminya itu.

"Hey baby"Mikael membalas pelukan isterinya. 

"Baby mana?"soal Syirah dibalik celah leher Mikael.

"Nurse tengah bersihkan baby. Kejap lagi baru dia orang bawa masuk baby"

TM | | BabyGurl Mr.Mafia - C -Where stories live. Discover now