B.B.M : 49

4.7K 218 24
                                    

Syirah memandang ke arah luar tingkap. Fikiran masih lagi memikirkan suaminya yang sedang terlantar tidak sedarkan diri.

Masuk sahaja dalam ward Syirah terus melakukan pemeriksaan Cardiotocography atau bahasa singkat nya CTG, bagi memeriksa bunyi denyutan jantung baby dan sakit contruction nya.

"Nabila, makan dulu... lepas makan nak kena suntik ubat induce kan..."suara Puan Mia menyentakkan lamunan Syirah.

"Ah baik mama"Syirah tersenyum.

"Mama lepas makan sebelum suntik induce boleh tak Syirah nak tengok Mikael dulu?"soal Syirah mengharap. Sudah 4 minggu dia tidak bersua muka dengan suami nya itu.

"Sayang... kan doktor dah cakap lepas makan rehat 1 jam then terus suntik ubat induce"

Syirah mengukir senyuman pahit. "Okey mama"

Bekas makanan dibuka lalu dia menjamu selera. Matanya asyik merenung mesin yang memeparkan degupan jantung baby nya dan bacaan contruction .

Bacaan contruction itu kekal pada number 10 hingga 15. Bermakna sakit contruction nya belum datang lagi.

Selesai sahaja makan dan berehat akhirnya doktor datang ke ward Syirah. Dan memberikan suntikan induce.

~ Selepas 2 jam ~

"Ahh Mama, sakit..."Syirah memejam matanya seketika. Sakit contruction nya mulai datang.

Nafas ditarik dan dihembus. Tangan Puan Mia digenggam kuat. Suara tangisannya kedengaran.

"Sabar ya sayang... bukaan Nabila baru 2 cm... inhale... exhale..."Puan Mia mengurut bahagian peha ke punggung Syirah. Mengurangkan sedikit rasa sakit yang menyerang menantu nya itu.

Mesin CTG dilihat. Bacaan Contruction mulai meningkat ke angka 80.

"Mama... sakit..."

"Ye sayang... sabar"

Puan Mia memujuk lagi. Dia tahu Syirah dalam keadaan yang teramat sakit kerana bacaan contruction menantu nya meningkat lagi ke angka 99.

"Argh..."Syirah memegang perutnya.

"Ya allah... Allah Huakbar..."

Kalimah suci sentiasa meniti di bibir Syirah. Air mata nya satu-persatu menitik. Sakitnya tidak terhingga Ya Tuhan...

"Subhanallahi Rabbil 'Arsyil-'azim. Kaannahum Yauma Yaraunaha Lam Yalbatsu Illa 'Ashiyyatan Au Dhuhaha Kannahum Yauma Yarauna Ma Yu 'Aduuna Lam Yalbatsu Illa Sa'Atan Min Naharin Balarghun Fahal Yuhlaku Illal-Qaumul Fasiqun" ( Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar. Seolah-olah mereka pada hari mereka melihatnya (hari kiamat), tiada mereka berhenti melainkan pada waktu petang hari atau pada waktu dhuha. Seolah-olah pada hari mereka melihat apa yang dijanjikan, mereka tiada menetap melainkan pada suatu saat pada siang hari. Inilah yang disampaikan kepada mereka maka tidak dibinasakan, melainkan kaum yang fasik )

Doa bagi mengurangkan rasa sakit bersalin diulang berkali-kali.

"Mama! Argh! Air ketuban dah pecah"makin lebat air mata Syirah apabila rasa sakit tadi mulai terasa sangat sakit lagi. Bacaan contruction sudah menunjukkan angka 100.

"Mama... tolong selematkan baby kalau mama terpaksa buat pilihan antara Syirah dengan baby please..."

Air mata Puan Mia menitik. Puan Mia menggeleng lalu dia mencium ubun-ubun menantunya.

"Okey Nabila... bertenang... Inhale... Exhale... Insya-Allah semuanya akan selamat. Kejap lagi Doktor Husna sampai"

Syirah mengikut kata Puan Mia. Nafas ditarik dan dihembus.

"Okey Puan Syirah. Now saya nak awak tenang! Tarik nafas perlahan dan hembus melalui mulut baru push!"kata Doktor Husna sebaik sahaja memeriksa bukaan laluan Syirah.

"Okey Puan Syirah... ready..."

Syirah cuba bertenang. Palang katil dipegang kuat. Saat yang lain bertarung bersama suami dia bertarung sendirian. 'Ya allah aku takut...'

'Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan aku Ya allah'

"Okey Puan Push!"

"Argh!!"sekali Push namun kepala baby masih belum kelihatan.

"Push lagi!!"arah Doktor Husna lagi.

"Ya Allah! Arghh!!"Syirah meneran kuat hingga jelas kelihatan urat dikepalanya.

Namun kepala baby masih belum kelihatan.

"Ya Allah puan tolong push kuat sikit! saya takut baby lemas minum air ketuban!"

"Arghh!!"

"S-saya ta-tak boleh..."Syirah menangis ketakutan. Dia menggeleng lemah. Pegangan nya pada palang katil itu mulai terlepas.

Lelah.

Tidak mampu.

Mata nya terasa sangat berat.

'I need you..."

"Ya Allah puan push! Please!"Doktor Husna menjerit separuh mati di celah kelangkang Syirah.

Mata Syirah beralih ke tangannya apabila terasa tangannya digenggam kuat.

Tangan Mikael yang bercucuk IV drip itu menyapa pandangan.

"B-bie... I can't..."Syirah mengadu lemah.

"Hey sayang... aku tahu kau kuat... please... demi baby kita"Mikael mengucup lembut bibir dan ubun-ubun Syirah.

"Argh!!!"

Dengan sekali teran akhirnya baby lelaki selamat dilahirkan.

Mikael mengucup lembut pipi Syirah. Namun pergerakan nya terhenti apabila Syirah membisikkan sesuatu kepadanya.

"I-I'am s-sorry... Jaga ba-baby elo-elok ya..."

"Hey sayang! Open your eyes! Doktor What's wrong with my wife!"pipi Syirah ditampar perlahan.

Pandangan Syirah semakin gelap. Perkara terakhir nya didengari adalah suara Mikael.

"Ya Allah sayang!! Open your eyes!"

Suara Mikael. Tuan Danish Mikael. Satu-satunya lelaki yang dicintai sepenuh hatinya.

'I promise to love you until the last of my breath...

And I keep it'

#tbc.

TM | | BabyGurl Mr.Mafia - C -Where stories live. Discover now