B.B.M : 32

4.4K 205 20
                                    

Syirah mengusap jawline Mikael. Sejak kandungan dia mencecah 3 bulan, morning sickness nya berpindah kepada lelaki itu. Kadang-kadang terasa lucu juga melihat Mikael yang selama ini garang dan beku bertukar mood.

"Bie nak asam tak? Asyik muntah je ni"soal Syirah lembut. Tangannya masih setia bermain di muka sang suami.

"Entah la. Penat dah tekak aku ni, asyik muntah je. Dah la kejap lagi aku ada meeting dengan client dari Jepun, aduh macam mana ni" Mikael merungut perlahan. Haih susah la morning sickness ni! Dia nak buat kerja pun tak boleh.

"Urm awak hantar la Darwisy ke, Darwia ke?"

"Darwisy ada kes dekat court, Darwia tak de dekat Malaysia, dia kena lapor diri dekat Spain"jawab Mikael mendatar.

"Luth? Asyraf? Hayden?"hah ambil kau, semua disebut.

"Luth ikut Darwia lapor diri dekat Spain, Hayden tak boleh sebab dia ada meeting dengan client dari US, Asyraf ada tugas dekat balai"

"Haih susah la cam ni.."Syirah mengeluh berat. Kesian suaminya, disebabkan morning sickness ini suami nya mendapat beban. 

"Sorry sebab saya, awak susah"mata terasa hangat.

Mikael tersenyum nipis. Lembutnya hati seorang Nur Syahirah Nabila.

"Tak payah nak minta maaf bagai, kau dah sanggup mengandungkan zuriat aku pun aku dah happy. Pengorbanan kau lagi besar kalau nak dibandingkan dengan morning sickness ni."Mikael tersenyum nipis. Ubun-ubun Syirah dikucup lembut lalu turun ke pipi dan ke hidung dan akhirnya bibirnya melabuh sekejap di bibir merah Syirah.

Air mata Syirah dilap menggunakan jari nya. Sejak mengandung emosi Syirah semakin rapuh. Ada masanya dia akan menangis tanpa sebab dan ada masanya dia akan gembira tanpa sebab. Alahai isteri..

"Yang tak boleh pergi meeting ni aku, yang kau menangis macam kau pulak mangsa keadaan ni dah kenapa"kata Mikael.

"Isk..saya minta..Isk..maaf..Isk..sebab sa ..Isk saya, Bie..Isk kena mo..Isk morning..Isk..Sickness..I'm sorry..Isk"ujar Syirah diselangi tangisan nya. Wajah yang putih kemerahan itu bertambah merah apabila air mata nya semakin lebat.

"Dah tak mau nangis! Nasib kita duduk dekat penthouse aku, kalau duduk dekat mansion mama mau aku kena basuh dengan mama tahu"sudah 1 minggu sejak mereka berpindah masuk ke penthouse Mikael. Dan keadaan agak berbaloi kerana Syirah dapat melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tanpa bantuan dari orang gaji. Walaupun sudah banyak kali Mikael menawarkan orang gaji namun Syirah tetap menolak.

"Aku okey la. Nanti kalau aku mual pandai-pandai la aku uruskan. Kau duduk rumah diam-diam, kalau tak aku ikat kaki kau dekat birai katil tu"

Syirah hanya mengangguk malas. Nak menipu pun tak boleh sebab Mikael sudah memasang CCTV di setiap pelesuk rumah ini kecuali tandas. Hah tak kan dia nak basuh pinggang dalam tandas pulak kan.

"Ye saya tahu la. Tak payah nak bebel, bingit telinga ni hah"Syirah menolak wajah Mikael menjauhi mukanya lalu asam di atas meja diambil lalu dimakan.

"Kau tolak aku?"

"Saya bukan tolak Bie, saya suruh Bie siap sebab sekarang ni dah pukul 1.30, meeting Bie tu start pukul 2.30, kang lambat jangan salahkan saya eh"

Mikael menayang muka bosan. "Ha ye la!"

"Baju saya dah iron, tinggal awak ambil dan pakai. Ada dekat atas katil tau"kata Syirah sambil tangannya mengusap baby bump yang sudah mula kelihatan. Cute!

Setelah setengah jam berada di dalam bilik akhirnya Mikael keluar dari bilik itu.

"Aik pakai kemeja hitam je?"simple sangat pakaian suami nya itu. Hanya mengenakan seluar slack berwarna hitam dan kemeja senada dengan nya. Tidak ada tie mahupun blazer atau coat. Dah tu tiga butang teratas terbuka pulak tu!

TM | | BabyGurl Mr.Mafia - C -Where stories live. Discover now