B.B.M : 29

4.5K 208 45
                                    

"Kau bagi dia pergi misi dekat Rusia tu?"soal Luth dengan nada yang agak tinggi. Mana nya tak misi dekat Rusia tu umpama misi berani mati!

"Kau kan ada. Apa nak risau"jawab Mikael selamba. Dia yakin Darwia akan selamat jika lelaki itu sentiasa berada di sisi adiknya.

"Aku? Kenapa dengan aku?"

"Macam aku tak tahu apa pekerjaan kau Syed Luth Zulfaqar atau lebih tepat INSP Luth?"sinis sahaja suara Mikael menuturkan ayat tersebut.

Luth tersenyum. Seperti sangkaannya dia tidak akan mampu menyorokkan status perkerjaan nya yang sebenar. Tambahan pula dia memegang jawatan yang penting dan bakal diletakkan dibawah Police Interpol .

"Weyh kau jangan bagitahu Mikayla aku jadi partner dia nanti"sejujurnya Darwia belum mengetahui tentang pekerjaan nya yang sebenar.

"Kenapa kau tak bagitahu dia tentang pekerjaan kau? And kau tahukan Mikayla tu personality dia yang lagi satu? Kau tahukan dia ada Dissociative Identity Disorder?"soal Mikael direct.

"Aku saje je tak nak bagitahu dia fasal pekerjaan aku. Nanti dia tahu la tu. Untuk soalan kedua, aku tahu Mikayla tu personality dia yang lagi satu. Tapi bagi aku Darwia ke, Mikayla ke, dua-dua tetap sama"dua-dua orang penting dalam hidup aku. Sambung Luth. Namun ayat terakhir hanya mampu diungkapkan di hati.

"Bila korang gerak ke Rusia?"

"Secepat mungkin."

"Jaga adik aku baik-baik. Apa-apa jadi dekat dia, kau aku bunuh"anak mata Mikael menikam anak mata hazel gold flecks Syed Luth Zulfaqar.

"Aku tahu la kerja aku. Kau tu jangan lupa bagi aku anak buah. Aku nak jadi papa cepat"Luth tersengih nakal. Bahu Mikael ditumbuk berkali-kali.

"Nak anak kahwin lepastu buat sendiri. Jangan minta aku anak. Apa kau ingat bini aku kilang buat anak untuk kau. Lagipun umur kau tu dah 29. Boleh kahwin dah. Kang lama-lama takut menopause pulak. Lagipun kesian dekat Ibu dengan Walid kau dekat arab sana hah. Tunggu cucu dari kau tak dapat-dapat. Kau anak sulung tapi kau je tak kahwin lagi. Adik kembar kau si Fia dengan Fina tu dah bernak-pin--"

"Yang kau nak bebel macam mak cik tua ni dah kenapa? Memekak la"bidas Luth kasar. Dia paling tidak suka keluarganya membahaskan tentang 'kahwin'. Rimas!

"Benda betul kan"

"Dah la malas aku layan kau. Baik aku naik bilik tidur lagi bagus"Luth melangkah meninggalkan Mikael seorang diri di dalam bilik kerja nya itu.

Mikael menggeleng perlahan. Suruh kahwin pun susah! Laptop yang berada di depan nya dihidupkan. Spec mata nya dibetulkan lalu beberapa fail diteliti sebelum ditanda tangan. Kopi dihirup perlahan.

"Bie"

Mikael menoleh. Kelihatan Syirah lengkap memakai baju tidur satin nya sambil memeluk teddy bear .

"Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat kan"soal Mikael lembut.

"Tak boleh tidur la"teddy bear yang berada di pelukan di campak ke sofa yang ada berdekatan dengan meja lalu Syirah  bergerak ke arah Mikael.

"Come here"peha nya ditepuk berkali-kali. Syirah hanya menurut. Peha Mikael diduduk lalu tangannya dilingkarkan di lehar sang suami. Wajahnya disembamkan di leher Mikael. Bau cologne Mikael sangat kuat dibahagian leher. Sexy!

"Bie.."panggil Syirah perlahan.

"Lebiu"

Mikael hanya tersenyum. "Lebiu more sayang"

TM | | BabyGurl Mr.Mafia - C -Where stories live. Discover now