I Will Be Fine

17 3 0
                                    

Di rumah

"kau pasti ka kau boleh tinggal sendiri ni deasy?" tanya faisya

"ya,bahaya tinggal sendirian sekarang"anna

"bagus kau kasih sewa ja bilik kami supaya kau tidak tinggal sendirian"thania

"hei hei,jangan risau..saya boleh jaga diri saya la haha..besokkan kamu semua pindah?kenapa kamu perlu pindah serentak Huhu hahah"jawab deasy dengan selamba

Faisya,anna dan thania merupakan rakan baik seumuran deasy dari sekolah menengah lagi.Deasy  merupakan pemilik rumah banglo dua tingkat itu atas usahanya selama ini yang belajar sambil bekerja dari sekolah menengah.

Kerana merasa kurang nyaman tinggal sendirian,deasy mengajak rakan baiknya iaitu faisya, anna dan thania untuk tinggal bersamanya namun setelah beberapa bulan tinggal bersama,faisya yang berketurunan India itu terpaksa balik ke India untuk mengguruskan syarikat ayahnya Di sana.Anna pula yang berdarah mat salleh perlu kembali ke England untuk berjumpa ayah kandungnya dan berkuliah Di situ manakala thania telah menjadi usahawan dan perlu tinggal bersama keluarganya untuk menjaga mereka.

Deasy terpaksa kekal tinggal disitu kerna rumah itu miliknya dan dia masih belajar Di kolej  yang berdekatan dengan rumahnya,dia juga bekerja separuh masa sebagai penulis buku Di suatu syarikat.

"memandangkan ini hari terakhir sebelum kami semua pindah mari kita semua pergi membeli belahhhh!" kata faisya dengan riang membuatkan semua mereka bergelak ketawa melihat gelagat faisya
.
Di pusat beli belah

"marilah kita pulang saya penat sudah" kata deasy dengan nada yang lemah

Mereka semua telah berada Di dalam pusat membeli belah itu selama 5 jam kerana faisya yang mengajak mereka menonton wayang,bermain Di arcade, membeli pakaian serta makan Di kedai makan sebanyak 2 kali

"nanti,kita pergi pantai lagi" faisya mengatakan hal itu sambil melihat kedai kedai Di pusat beli belah itu

"pantai!? ui mau malam sudah ni" kata anna yang serta penat

"barulah seronok,kan deasy?...kau kan suka pergi pantai malam-malam"jawab faisya

" pandailah kau,saya suka pun saya pergi sendiri ja kalau ada kamu tidaklah dapat menikmati bunyi air di pantai haha"deasy membuat thania dan anna tersentap manja

"mana ada kami bising" serentak mereka bertiga menjawab deasy membuatkan deasy tergelak melihat mereka bertiga

"uh uh,kamu lupa eh?hari tu saya bawa pergi pantai malam malam apa kamu buat?" deasy

"mana..kami bu-" thania

"thania sibuk mengambil gambar sambil menyuruh saya ambil kan gambar untuknya,anna berlari lari macam dikejar orang padahal tiada yang kejar hanya mau bermain dengan pasir..dan kau..kau faisya kau sentiasa mengganggu saya..adakah patut kau basahkan saya dengan air? "kata deasy dengan muka tahan gelak melihat rakannya yang menundukkan kepala mereka.

"sudah sudah mari kita pulang hahaha.."sambungnya
.
Di rumah

setelah siap membesihkan diri,mereka semua sibuk mengemas barang barang sebelum berpindah esok kecuali deasy yang dari tadi bermain dengan telefon bimbitnya

" yah,deasy Tolonglah kami"faisya

"why?bukan saya yang mahu pindah kan"deasy menjawab dengan nada mengejek

" kau ni kan..haihh apalah jadi sama kau nanti kalau kami pindah sudah"thania

"tiada jadi apa apa pun,sebab tiada yang bawa saya main jadi jadi" jawab deasy dengan selamba

Time do Change us[ON HOLD]Where stories live. Discover now