what happen?

3 1 0
                                    

Sudah seminggu sejak malam itu berlalu,meydita dan agatha tidak mengeluarkan topik itu apatah lagi bila ada irene mahupun mary di rumah tersebut

Deasy juga lebih sering pulang lambat ,seolah-olah dia yang menyewa di rumah itu

Mary dan irene juga tidak mengatakan apa-apa

.

"Deasy.."

Irene cuba memecahkan keheningan diantara mereka bertiga. Mary yang sedang memandu manakala deasy duduk di sebelah kerusi pemandu hanya diam sejak masuk ke dalam kereta

Irene yang berada di kerusi penumpang belakang terasa canggung untuk meneruskan katanya setelah melihat deasy yang menyimpan telefonnya dan menutup mata

Sekali lagi keheningan terjadi diantara mereka

"Apa lagi saya patut buat"irene dan mary terkejut mendengar deasy berkata seperti itu dalam keadaan yang sama menutup matanya

Mary sesekali melirik ke arah deasy, irene pula cuba untuk menyusun ayat yang mahu dia jawab pada deasy

"Kalau itu saja kau tanya sama kami, kami langsung tidak dapat jawab sebab banyak perkara yang perlu kau buat dan kami tidak tahu soalan kau ini bermaksud perkara yang mana"jelas mary sambil fokus memandu

Deasy tersenyum sinis mendengar suara mary

"Apa yang sedang kau fikirkan sekarang ini? "Tanya irene sambil memajukan dirinya di tengah mereka

"kamu rasa yang mana perlu dibuat sekarang? "Tanya deasy kembali yang masih enggan membuka matanya

"Apa kau betul-betul mahu kalau kami beritahu? "Mary kini memberhentikan kereta di hadapan rumah deasy

"Mungkin"deasy yang merasakan kereta itu sudah berhenti membuka kembali matanya

Berasa agak pelik kerana irene dan mary langsung keluar dari kereta setelah deasy menjawab pertanyaan mary

Deasy keluar dan melihat kedua rakannya yang masuk ke rumahnya tanpa menunggu pemilik rumah

.

Ceklek

"Haii kak irene kak mary"sapa meydita setelah melihat dua wanita yang baru masuk ke rumah itu

"Haii dong..dong..dongseng?dongsaeng?dita dita!"balas irene dengan riang walaupun sedikit terbelit

"Hehe,kak irene pun mau jadi eonnie dita ka"kekeh meydita mendengar irene yang cuba berbahasa korea

"Eonnie?oni apa? Onichan? "Tanya mary dengan wajah binggungnya dan mengundang tawa meydita, irene serta agatha

"Eonnie la kak mary..maksud dia kakak kalau di Korea haha"meydita kini ketawa terbahak-bahak

Mary hanya tersenyum malu sambil mengosok kepalanya yang tidak gatal

"Kakak-kakak sudah makan malam? "Tanya meydita setelah selesai ketawa

"Sudah, ini pun baru balik dari makan malam"jawab irene sambil duduk di sebelah meydita

"Bukan kamu sama deasy ka atau dia balik lewat..lagi"agatha memperlambatkan perkataan terakhirnya

"ya,tadi kami sama-sama.."

"Mana dia? "Meydita kini bertanya

"Entah, takkan masih dalam kereta"kini irene mula rasa pelik kerana deasy tidak kunjung masuk ke rumah

"Biar say-"

Ceklek

Baru saja mary mahu berdiri, bunyi pintu yang dibuka membuatkan semua mereka di ruang tamu itu melihat deasy yang masuk ke dalam rumah

Time do Change us[ON HOLD]Where stories live. Discover now