the story never end

1 1 0
                                    

''hei babe kau pergi mana tadi'' tanya daniel sambil merangkul pundak deasy

'' apa kau mahu'' deasy melepaskan tangan daniel di bahunya

deasy sekarang berada di depan stor peralatan sukan yang berada jauh dari kawasan kelas dan perpustakaan, tiada siapa yang lalu di kawasan itu kerana merupakan penghujung jalan kolej. Terdapat daniel dan empat lagi rakannya yang sedang memandang deasy, dua daripada mereka berada di belakang deasy.

''sudah jelaslah saya mahu kau babe'' jelas daniel dengan mengenyitkan matanya pada deasy

''najis'' kutuk deasy sambil memutarkan bola matanya menatap dua orang rakan daniel yang berada di belakang daniel

Daniel agak tersentap dengan kutukan deasy tapi dia cuba untuk bersikap tenang di depan rakannya

''jay, Jason kamu masih setia lagi dengan dia ni?'' tegur deasy dengan sinis kemudian pusing kebelakang memandang dua lagi rakan daniel

''kamu pun marvin? caeser? apa lagi yang dia bagi dengan kamu sampai kamu masih ikut dia macam anjing'' daniel hanya mampu mengetapkan bibir mendengar deasy cuba mengutuk dirinya

''deas, jangan libatkan kami'' ujar jay dengan tenang walaupun disindir oleh deasy

deasy kembali berhadapan dengan daniel, jay dan Jason

''oh maaf, saya bukan mahu libatkan kamu pun saya cuma terkejut melihat kamu masih dengan dia ni. Lagi satu kalau kamu tidak mahu terlibat kenapa kamu masih di sini bukankah ini urusan saya dengan dia saja?''

daniel melihat jay dan memberikan lirikan mata untuk mengarahkan mereka tinggalkan mereka berdua, jay yang memahami maksud lirikan mata daniel langsung membawa dua rakannya untuk menjauh dari mereka. Kini tinggalah daniel dengan deasy di depan stor

''cepat beritahu apa yang kau mahu, saya masih banyak kerja yang perlu dilakukan''

''kau tidak mahu jay dengan yang lain terlibat tapi kenapa kau biarkan mereka terlibat?'' kini daniel tersengih dan menunjukkan ke arah di mana mark, Kenny, dan mary bersembunyi di sebalik pokok di padang yang berada tidak jauh dari mereka.

Deasy yang memusingkan badan melihat ke arah dimana daniel menunjukkannya langsung memandang mereka bertiga dengan tajam dan kembali menatap daniel dengan pandangan yang sulit diartikan.

'' kau tidak mahu arahkan mereka beredar dari si-''

daniel yang belum sempat menghabiskan kata-katanya langsung ditarik oleh deasy untuk masuk ke dalam stor yang tidak dikunci itu.

.

''deasy!'' panggil seseorang yang baru masuk ke perpustakaan itu

semua orang memandang orang itu dan deasy kerana orang itu telah meninggikan suaranya di dalam perpustakaan, setelah meminta maaf dengan orang-orang di sekitar dia kembali menuju ke tempat di mana deasy berada

''kenapa kau pergi, daniel tunggu kau di sana'' kata orang itu sambil cuba mengambil nafasnya kembali setelah berlari mengejar deasy ke perpustakaan

serentak mary, kenny dan mark memandang deasy dengan penuh tanda tanya, deasy yang telah menjadi tempat perhatian rakannya langsung terkaku sambil memandang orang itu

''hei? kau tidak mahu ikut?'' tanya orang itu lagi

''marvin'' pelan mary menyebut nama orang itu tapi mampu didengar oleh deasy

''apa kau buat disini?'' nada bicara mark menjadi tegas di hadapan marvin

''mark! wah lama tidak jumpa ap-''

''apa yang kau buat disini, pelajar kolej lain dilarang masuk sini'' kini mark seakan menahan amarahnya

''say-''

''vin tunggu saya di luar'' deasy mengatakan itu tanpa memandang marvin sambal mengemaskan barangnya di meja

marvin langsung menganggukkan kepala dan keluar dari situ

''deasy!'' mary menatap tajam pada deasy yang mengendahkan mereka

mark memegang tangan deasy untuk menghentikannya dari pergi dari situ

''saya tidak lama'' jelas deasy sambil memandang mark

''kau ingatkan apa yang sudah pernah terjadi?'' soal mark yang masih mengharapkan deasy untuk tetap bersama dengan mereka

deasy memandang mary dan mark kemudian menatap Kenny

''kamu semua juga yang kata its all in the past and I need to forget it tapi kamu juga yang mengungkitkan perkara itu setiap kali berada dalam situasi seperti ini''

mark dan mary sedikit tersentap dengan kata-kata deasy

''sekejap saja kemudian saya akan kembali, saya harap kamu akan tunggu'' ujar deasy kemudian melepaskan pegangan tangannya dari mark dan berlalu pergi dari situ

''mari ikut dia'' mary masih lagi memandang ke arah dimana deasy pergi

''hei pretty virus mari kita hanya tunggu dia, dia pasti akan kemb-''

''Kenny kalau kau duduk sini kalau kau mahu tunggu, mary mari ikut dia'' ucap mark dengan serius sambil mengemaskan barangnya

Kenny yang mendengarkan itu hanya mengelengkan kepala namun dia tetap mengikuti mereka berdua

.

''disini mereka mahu berjumpa!?'' mark melihat deasy yang bersama-sama dengan marvin di luar stor itu merasa amat geram

''sudah cukup jelas amaran yang saya bagi dengan dia tapi tetap juga mahu jumpa? deasy pun satu tidak pandai menolak ish'' mary yang turut geram mengundang tanda tanya pada mark

''mereka pernah berjumpa lagi sebelum ni? bukan kau pernah cerita mereka berjumpa 3 bulan yang lalu sahaja?''

''saya tidak pasti mereka ada jumpa lagi atau tidak selepas itu tapi tengok dari gaya deasy mereka seperti sudah berjumpa baru-baru ini lagi''

mark kembali memandang ke arah deasy namun dia terkejut apabila hanya melihat daniel dan deasy yang tinggal di sana dan sedang memandang ke arah mereka

''saya sudah kata kita hanya perlu tunggu dia di perpustakaan saja'' celah Kenny yang kelihatan santai di belakang mary dan mark

''apa dia nampak kita?'' tanya mary sambil berusaha menyembunyikan dirinya di belakang pokok itu

''apa yang deasy buat?''

pertanyaan mark membuat mary melirik ke arah deasy dan melihat dia sedang menarik tangan daniel untuk bawa dia masuk ke dalam stor sukan itu

''sekarang? apa yang kita perlu buat?

.

.

''mitchell''

''ah? ada apa inspektor katty?'' Agatha menghentikan kerjanya dan memandang inspektor katty yang berada di depannya

''kau diminta untuk menghantar laporan berkaitan kes yang berlaku tempoh hari di jalan cheras beserta dengan beberapa lagi laporan dan dokumen, apa kau sudah menyelesaikannya?''

''laporan? bukan tarikh akhir menghantar laporan dan dokumen itu minggu hadapan? saya sudah menyiapkan semua itu tapi saya masih perlu mendapatkan beberapa maklumat lagi sambil menyelesaikan laporan baru yang saya terima'' ujar Agatha

''mereka pasti mendapatkan beberapa maklumat berkaitan kes itu kerana itu mereka memintanya dengan lebih awal. Saya rasa kau perlu menghantarnya segera dahulu kemudian kau sambung semula tugasan kau yang baru itu''

''jangan risau kebanyakkan dari kami pun diminta untuk berbuat demikian, fahamlah keadaan kita sekarang ini sangat sibuk akibat kejadian yang berlaku semasa pilihan raya tempoh hari '' katty menghelakan nafas dan mengundang tawa kecil dari Agatha

''apa yang boleh kita lakukan, ini sudah menjadi tanggungjawab kita'' kekeh Agatha

'' apa-apa pun semangat'' inspektor katty memberikan semangat kepada Agatha dan kemudian pergi dari situ

'ini adalah satu cabaran baru, semangat Agatha Mitchell!'

Time do Change us[ON HOLD]Kde žijí příběhy. Začni objevovat