IM SO HAPPY

1 1 0
                                    

''deasy, apa ada yang kau mahu ceritakan pada kami?'' soal mary

Selepas kejadian yang menimpa deasy kemarin, mary mengajak deasy dan irene untuk pergi ke cafe. Pada mulanya, deasy menolak kerana dia tahu niat mary mengajaknya namun akhirnya dia mengalah selepas mary berpura-pura merajuk di hadapan deasy

''apa yang kamu mahu tau?'' soal deasy kembali, irene dan mary serentak memandang antara satu sama lain sambil tersenyum sebelum memandang deasy semula

''semua'' serentak mereka menjawab deasy

''saya terlibat dalam pergaduhan dengan steve'' ujar deasy sambil melihat telefonnya

''itu kami tahu su-''

''sebelum kejadian di kantin dengan steve'' sambung deasy yang memotong ucapan mary

mary dan irene terdiam dan cuba memikirkan maksud dari perkataan deasy, akhirnya deasy meletakkan telefonnya di meja dan memandang kedua rakannya itu selepas tidak mendengar suara dari mereka

'' hari di mana mira berjaya menarik perhatian saya dengan kehilangan mey-...dita''

''yang ternyata hanya berlegar-legar hingga senang diperdaya'' deasy tersenyum sinis selepas teringat kembali kejadian tersebut

''apa maksud kau diperdaya? siapa yang diperdaya? dita?'' soal irene

deasy memandang mereka sejenak sebelum kembali menceritakan kejadian yang menimpanya pada hari itu. Di mana deasy telah diarah untuk ke tempat yang dikatakan beradanya meydita namun malang tidak berbau ketika deasy tergesa-gesa menuju di tempat itu, sebuah van berhenti tepat di hadapannya dan keluar beberapa lelaki yang memakai pelitup muka mencuba menarik deasy masuk.

Deasy cuba untuk melawan namun dengan keadaan yang tidak bersedia dan jumlah lelaki yang banyak dia terpaksa mengalah. Matanya ditutup dan tangannya diikat, sampai sahaja dia di tempat itu dia dapat merasakan tangannya dipegang dengan kuat. Matanya masih ditutup namun dia mengenali suara yang merupakan dalang dari semua ini terjadi. Tapi deasy tidak memberitahu dengan irene dan mary bahwa ia mengenali orang itu, dia juga tidak menceritakan apa yang dibualkan mereka hanya saja dia mengatakan mahu mengusik meydita, irene dan mary merasa kurang percaya dengan deasy tapi untuk saat ini mereka hanya diam agar deasy tetap meneruskan ceritanya.

Sepanjang perbualan deasy dengan orang itu, deasy dapat merasakan yang dia hanya mahu melihat deasy memberontak dan hilang sabar. Memandangkan deasy masih dalam keadaan yang tenang dia memanggil seseorang untuk membuang kesabaran deasy malang sekali deasy mengenali suara itu juga iaitu steve angelo, oleh itu deasy tetap tenang tapi steve yang merasa marah kerana tidak dapat membuat deasy memberontak dengan itu deasy yang tidak dapat melihat apa-apa dalam keadaan itu, tiba-tiba merasa perutnya dipukul dengan sesuati benda yang keras hal itu membuatkan deasy mengerang kesakitan. Tidak tahu apa yang terjadi setelahnya kerana tiba-tiba saja, keadaan menjadi kacau dan deasy dibiarkan di situ seorang diri.

Semasa dia cuba membuka ikatan yang menutupi penglihatannya, pandangan pertama yang dia dapat lihat adalah sebuah ruangan sebuah bangunan yang terbiar. Tanpa membuang masa dia cuba bangkit sambil memegang perutnya yang sakit untuk keluar dari situ

''tidak sangka yang saya boleh percaya seseorang melalui telefon'' ujar deasy sambil terkekeh

''sekarang sudah jelaskan?'' sambung deasy

mary hanya mampu mengangukkan kepala dengan ragu, manakala irene hanya menghelakan nafas. Bagi mereka ini tidak cukup, masih banyak lagi yang deasy belum ceritakan dan itu disedari oleh deasy tapi diendahkan begitu saja

.

Hari berganti hari, semuanya berjalan seperti biasa seperti tiada kejadian yang pernah berlaku. Mary dan deasy pergi ke kolej seperti biasa, irene dan suzy bekerja seperti biasa walaupun masih bermusuhan seperti selalunya, agatha pula semakin sibuk dengan kerjanya sehingga sering balik lewat manakala meydita pula padat dengan jadual kelasnya.

Itu yang dapat dilihat dengan rutin harian mereka tapi hanya mary saja yang menyedari perubahan sikap deasy kebelakangan ini sejak mereka di cafe tempoh hari, tidak sepenuhnya kelihatan berubah namun deasy menjadi mudah diajak bicara.. hanya dengan rakan-rakannya saja tapi tetap saja bagi mary ini mungkin satu harapan untuk membuatkan deasy kembali bersosial semula. Deasy juga tidak menolak ketika diajak keluar bahkan ia mula gemar memesan makanan yang tidak ia sukai sebelum ini kecuali makanan yang alergi baginya seperti makanan laut, sudah semestinya dia tidak memesan itu.

.

'' yo, jarangnya kau di rumah'' ucap dita yang sedang menonton televisyen pada agatha yang baru balik dan langsung merebahkan dirinya di sofa

''haihh, entah kenapa tiba-tiba banyak kerja yang saya mahu urus'' ucap agatha dengan lelah

''hmm samalah, assigment saya pun makin banyak ni''

''faktor pertengahan tahun ka ni'' sambung dita sambil terkekeh diikuti dengan agatha

''sekurang-kurangnya, kamu ada cuti dita bukan macam kami ni yang mahu minta cuti baru kena bagi itupun kalau kena bagilah'' ujar agatha dan dibalas dengan gelak tawa dita

''sekurang-kurangnya, kamu ada pekerjaan tetap bukan macam kami masih belajar tapi belum tentu dapat kerja lepas habis'' kekeh dita lagi kerana berjaya mengejek agatha

''oh mahu lawan nasib eh'' usik agatha yang turut ketawa

''bukan lawan nasib tu tapi memang kenyataan '' sambung dita

'' tapi serius kalau mahu cari kerja jangan jadi polis kecuali kau minat'' agatha kembali serius

''lah, kau ingat saya mahu ka juga jadi polis. Tengok kau ja pun sudah rasa macam sesak nafas sudah'' kekeh dita yang membuatkan agatha kembali ketawa

.

Suara gelak tawa deasy dapat didengari oleh semua pelajar yang berada di perpustakaan itu, deasy yang sedang memakai earphone untuk menonton drama merasa dirinya dipandang dan menyedari kalau suaranya telah menganggu pelajar di situ, dia segera menunduk meminta maaf sambil tersenyum kaku dan kembali menonton.
Bukan hanya pelajar disitu yang merasa pelik dengan kecerian deasy, mary, mark dan kenny yang baru sampai dan melihat keadaan itu merasa aneh dengan deasy. Mereka segera menghampiri dan duduk bersama deasy

''apa yang lucu sangat tu deasy?'' soal kenny sambil melirik ke arah telefon deasy

deasy yang baru menyedari ketibaan mereka langsung menyambut mereka dengan senyuman

'' tidak, pelakon di drama ni lucu'' kekeh deasy yang membuat kenny tersenyum melihat deasy

''drama apa tu deasy?'' soal mary sambil mengeluarkan buku-bukunya

''Be melodramatic, tengoklah seronok ni'' jawab deasy

''oh itu, sudah saya tengok.. pelakon apa yang buat kau rasa lucu tu?'' soal mary lagi tanpa melihat deasy

''eun jung, lawak ni kisah dia'' kekeh deasy dengan perlahan

mary memandang deasy yang sedang menonton drama itu bersama kenny

''lawak?'' soal mary dan berjaya menarik perhatian deasy untuk memandangnya

''bagi kau itu lawak?'' soalnya lagi dan hanya dibalas dengan anggukan kepala deasy

mary tidak dapat berkata apa-apa dan hanya menganggukan kepalanya juga

Time do Change us[ON HOLD]Onde histórias criam vida. Descubra agora